Assalammualaikum dan salam sejahtera. Malam nih ramai orang keluar ke bandar untuk menyaksikan percikan bunga api sempena 16 September iaitu esok tetapi gua pula tiba - tiba diserang demam selepas semalaman mengalami sakit tekak yang memeritkan. Akibatnya gua terpaksa melupakan niat untuk menonton wayang petang tadi. Hahaha! Apa - apapun, doakan gua cepat sembuh yer!
Setiap peringkat kehidupan bermula sewaktu kita mula memasuki alam pra - sekolah, sekolah rendah sehinggalah menjejakkan kaki ke menara gading dan seterusnya bekerja pasti kita tidak dapat lari daripada berjumpa dengan manusia atau pun mungkin sesetengah daripada kita sendiri yang mengamalkan perbuatan Depan Manis Belakang Masam ini cuma yang berbezanya mungkin daripada segi pemikiran atau bagaimana kita mengamalkan perbuatan tersebut sahaja.
Agak menakutkan apabila kita berhadapan dengan situasi ini dimana apabila kita bersama dengan si A dan si B maka mereka berdua bercakap baik - baik sahaja namun apabila kita bersama hanya dengan salah seorang daripada mereka maka mulalah si A akan bercakap perkara yang tidak baik tentang si B dan begitulah sebaliknya. Memang kadang - kadang rasa menarik untuk kita mendengar luahan sebegitu tetapi apabila terlalu kerap maka mahu tidak mahu pasti hati ini akan terdetik dan akal mula berfikir adakah jika si A bersama dengan si B maka gua pula yang bakal menjadi bahan umpatan mereka? Hahahaha!
Jadi, jalan selamat yang gua ambil ialah gua hanya menjadi pendengar tetapi cuba mengelak untuk memberi komen panas sama ada menyokong atau menentang si pencerita atau si manusia yang dijadkan bahan cerita. Bagi gua selagi gua boleh dengar maka gua akan dengar dan hanya tersenyum memikirkan gelagat mereka ini kerana gua sedar tidak kira pada peringkat umur mana pun gua berada gua pasti akan berhadapan dengan situasi sebegini cuma mungkin suasananya sahaja yang berbeza. Depan Manis Belakang Masam memang menjadi amalan kebiasaan manusia dari dulu hingga sekarang.
P/S : Apabila Di Depan Pijak Semut Tak Mati Namun Di Belakang Belum Dipijak Semut Sudah Mati Disembur Racun Serangga! Gua Merepek Sebab Demam! Sila Abaikan Pepatah Itu! Hahahaha!
manusia ni mmg x lari dari sifat yg camni. umpat, bodek, dan ngutuk ni mmg kita belajar dari bangku sekolah. terdedah. jd serapan agama tu penting utk menguatkan otak kita utk berigt akan hukum hakam dan seksa Allah di akhirat kelak. jd, muhasabahlah diri.
ردحذفkihkihkihkih.
membebel la plak aku ni.
=____="
3 nuff hans..jumpa kao kat fb terus ikut p cni huhu...wah gambar atas:tabur gula2 kat bibir..senang faham..huhubagus hans..kalau boleh elakkan sebagai penghebah berita panas yang buat org bergaduh!
ردحذفeloklaa tu.bila Si A dah bcerita dgn kita ttg si B , dan si B dah cerita dkt kita pasal si C , jgn lah kita tokok tmbah.
ردحذفpandang , dgr , dan senyum jek. jgn kite lak lbih2. hehe :) tu mang sy sllo pesan :)
ni antara spesies backsatabbers jgk la kn???owh...shit!hate those kind of people.
ردحذفNie manusia kaki poret nie Hans.. Senang jer.. Join jer dierang poret sama...
ردحذفnice entry..=)
ردحذفsikap manusia. maka marilah sahut kempen sorry and thank you. anyway, get well soon =)
ردحذفbiasela tu kan hans.rambut same hitam.hati lain2.skang pn rambut da tak same itam lg :p
ردحذفye2.. thats right
ردحذفkalo berada di situasi camtu, lebih baik mendiamkan diri..dengan kita pun dia dh mengumpat macam2, apatah lagi belakang kita kan? tak mustahil kita pun dia kutuk di blkg kita huhu
ردحذفhaah! org salu pk cmtu..huhu dpn kite,dye ngumpat2 c B, bile dgn B dye umpat kite plakk..salu cmtu laaa kan
ردحذفإرسال تعليق
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com