Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans. Cuaca hari ini di tempat aku sentiasa dilanda hujan. Dari pagi sampai ke petang hujan tidak henti - henti melanda tempat aku sedang berpijak ketika ini. Sepatutnya tahap demam aku nih semakin menuju ke penunjuk sihat namun ia bertentangan mungkin kerana terpaksa mengharungi cuaca yang sejuk dan kering di pejabat.
Sedap Pula Tengok Burger Nih!
Apa - apapun, hujan yang lebat telah membuatkan aku dan beberapa orang rakan di tempat kerja tidak dapat keluar untuk mengisi perut pada waktu rehat. Memang sumpah lapar gila dan aku serta seorang lagi rakan berjalan mundar - mandir mengukur bangunan pada waktu rehat semata - mata ingin menghilangkan rasa lapar. Namun, gara - gara perut semakin menjerit meminta supaya diisi akhirnya kami berdua telah sepakat untuk menyelongkar apa - apa makanan yang wujud di dalam sebuah peti sejuk di salah sebuah bilik rahsia di pejabat itu. Alhamdulillah dapat lah menjamah kurma walaupun sebiji.
Mahu Carik Mulut Kalau Makan Burger Besar Nih! Hahaha!
Aku kemudian kembali menyambung kerja dan alhamdulillah atas sikap prihatin seorang wanita di dalam bilik dimana aku sedang bekerja ketika itu menyebabkan aku dapat minum secawan milo dan mengunyah biskut untuk mengalas perut. Syukur sangat - sangat sebab selepas makan tu aku terus menyiapkan kerja sehingga lah tamat waktu. Terima kasih kerana menaja milo, biskut dan juga cawan serta sudu kepada saya! Hehehehe!
Habis waktu kerja terus aku memborong 7 keping apam balik dan 3 keping kuih cakoi. Tanpa disangka aku berjaya menghabiskan kesemua makanan tersebut seorang diri. Muahahahahaha! (gelak jin) Sekarang perut aku sudah diam dan alhamdulillah aku sudah boleh bergembira tanpa diganggu perut yang berbunyi lagi. Mungkin selepas ini aku akan menjamah sepinggan nasi pula. Hahahahaha!
P/S : Seronok Hari - Hari Aku Dihabiskan Dengan Pelbagai Kerja Di Pejabat! Tak Ada Lah Rasa Bosan! Hehehe! (^_^)Y
gile ah hans.
ردحذفkau ni membela ke ape?
o_O
Hujan yang melaparkan perut..heheheh.
ردحذفNasib baik ada yang perasan muka kelaparan..
Kuat makan jugak ko nie.. haha..
ردحذفaku pun tgh lapar ni.. mesti bestkm praktikal dlm pejabat..
ردحذفumang aii selera,.hahahah
ردحذفkesiannya tak dpt makan. pasni gi keje bawak la bekal..
ردحذفapa??? apam balik 7 keping, apam balik yg besar ke yg kecik mak aaaiiii....OMG hahaha....
ردحذفsabar jangan ikut nafsu makan...control sikit
hoi baca bismillah tak time makan tu.. hehe
ردحذفyatie awang : mesti lah yang kecil..yang besar kurang minat..hohoho
ردحذفkalo dpt double cheeseburger ke..bigmac ke...syok jgk ni...
ردحذفsy pon cm kebulur jgk je...hihi
7 keping??byk gilo...yela saka ko dah lapar kan..hehehe
ردحذفhairan dgn org yg demam tapi nafsu makannya membuak2 macam ko. huhuhu....
ردحذفmak aihhhhh jenuh ngabiskannye yoep! hee
ردحذفahh, terliur tgk burger tu, hihihi
ردحذفamboi.. kuat giler makan... boleh jadi geng ni beb!! hahaha
ردحذفtengah lapar ni. kalau dapat makan berger sebesar tu mesti puas perut :)
ردحذفTak pernah makan lagi burger sebesar tu..:)
ردحذفbyk gila mkn..bape hektar luas perut tu??haha..
ردحذفmusim hujan ni memang cepat lapar kan
ردحذفadehh ni skang tengah terperangkap duk dalam lab sebab hujan dan memang tengah LAPAR giler
boncit.kekekeke
ردحذفإرسال تعليق
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com