Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans. Gua akui setiap daripada kita tidak dapat lari daripada menghadapi masalah atau pun berada di dalam keadaan yang sukar yang menyebabkan emosi kita berada dalam keadaan tidak stabil sama ada muram, marah atau pun sebagainya yang lebih ke arah negatif. Cuma kadang - kadang cara sesetengah manusia nih dalam berkongsi atau meluahkan rasa amarah mereka itu sangat aneh dan gara - gara satu sahaja kesilapan mudah mungkin mampu membuatkan mereka yang tiada musuh terus ada beratus - ratus musuh gara - gara salah faham yang berlaku disebabkan kecuaian mereka sendiri.
Salah satu contohnya ialah apa yang berlaku di laman facebook ketika ini. Untuk memudahkan pembaca faham apa yang gua nak sampaikan jadi gua bagi contoh nih -> Katakan lah gua bengang gila dengan Megan Fox sebab Megan Fox tolak cinta gua! Jadi, bila gua dah rasa marah sangat nih maka gua pun taip dekat wall facebook gua seperti ayat di bawah!
"Aku benci gila dekat kau perempuan!! Kau memang perempuan tak guna!! Pisau cukur!! Tak tahu malu!!"
Apabila gua taip dekat wall gua macam nih maka mesti ramai yang menjadi rakan gua di facebook akan tahu yang gua marah seseorang dan orang itu ialah perempuan. Mungkin mereka mengandaikan gua marah awek gua tau kawan perempuan gua tetapi tiada sesiapa akan terasa melainkan orang yang terlibat dalam situasi itu sahaja yang tahu ayat itu ditujukan pada mereka dan membuatkan mereka terasa.
Tetapi apabila gua menaip ayat yang sama iaitu "Aku benci gila dekat kau perempuan!! Kau memang perempuan tak guna!! Pisau cukur!! Tak tahu malu!!" ini di wall rakan perempuan gua dengan harapan agar gua dapat berkongsi masalah gua dengan kawan perempuan gua tersebut dan meminta rakan perempuan gua itu menenangkan gua maka semestinya perkara lain pula yang akan terjadi. Kenapa gua kata perkara lain yang akan terjadi? Ayat itu sememangnya merupakan ayat yang ditujukan khas untuk seorang individu sahaja dan apabila kawan perempuan gua yang membaca ayat itu di wall facebook mereka sendiri (diulangi : di wall facebook mereka sendiri) pasti mereka secara automatik akan terasa kerana ayat itu di taip di wall mereka.
Jadi, apa yang gua nak bagitahu dekat sini ialah jika kita nak berkongsi masalah dan meminta pandangan orang lain pun silalah rajin - rajinkan diri mengubah ayat tersebut bersesuaian dengan tempat yang mahu kita kongsikan sebab apabila kita berada di dunia maya nih apa yang kita taip atau kongsikan itu hanyalah tulisan dan ayat - ayat yang dibaca dan difahami orang lain berdasarkan apa yang mereka rasa. Mereka tidak dengar nada suara kita dan mereka tidak nampak riak wajah kita. Jadi, berhati - hatilah sewaktu menaip sesebuah ayat untuk dikongsikan dengan rakan - rakan kita yang lain kerana takut gara - gara hal remeh sebegini mampu memusnahkan persahabatan kalian yang sudah lama terjalin.
P/S : Manusia Semakin Pelik !
kadang2 aku pn alami perkara yg sama.. lain yg ditulis, lain yg org phm..
ردحذفhaha..aku pon selalu salah paham..ye la pikiran orang lain2 kan...
ردحذفsepatutnye buat status cmni,
ردحذفaku tak suke laki tersebut. aku tak benci cume tak suke je. smg lelaki itu dlm keadaan beriman.
ha kan sopan gitu
facebook...
ردحذفmacam-macam hal
sng citer..kalau nak buat luahan tu agak2. la derr..haha
ردحذفnak takde salah faham, deactivate je akaun facebook tu. Abis cerita. hehehe...
ردحذفngeh3...terasa dow...dush3.
ردحذفsalah paham ==!
ردحذفselalu tersalah tafsir ...
ردحذفhmm...dah pernah jadik dah....org bergurau je dgn org tuh dia fikir kita nih maki die lak... adoyaiii =.+'''
ردحذفAyat mesti betul..cara mesti baikk.. Kadang2 niat kita baik tapi cara tak baik pun orang salah paham..aku sokong kau Han's.
ردحذفAku dah tgk Hantu Bonceng semalam..memang best giler...
tak malukah diorg buat status cmtu??
ردحذفfb...yang berumah pun ramai tercerai...minta jauh benda karut tu
ردحذفyg penting jg sensitiviti org lain dlm menulis. :)
ردحذفhaa.. macam macam kan..
ردحذفkadang2 buka tuju kat kita pun tp terasa gila kentang
Ehehe, tanggung sndri la klau dh slh luah XD
ردحذفbiasa la tu .. slh fhm punye psl ..
ردحذفso klu ade hal peribadi..better setel gune pm je ..
err...
ردحذفtapi ade kew macam kes kedua???
aku tak pernah pun nak share mslh ngn owg..tapi tlios macam tue kat wall dia..
hahaha
kalau nak luahkan marah tu mebi gunakan ayat yang lebih menyenangkan sikit :)
ردحذفhaih.. fb sekarang pon dah tapahape.. kan?.. sume benda n orang nak cite kat fb..
ردحذفgeramnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!
ردحذفtentu ko tak tahu yang aku geram sebab kecomelan seorang baby ni .bukan geram sebab marah..hahahaha..
aku masih ingat lagi kata2 pakar motivasi sorang ni...maksud boleh lari tanpa kita mellihat reaksi seseorang tu..
apa aku meraban ni???!!! Grrr
hurm,,, yg ni la yg lemah pasal fb. ayt yg lagi teruk pon ade. kdg2 efek kite punye emosi plak bile bc. cuba la bwk2 bertendang n guna ayt yg boleh pujuk diri sdiri. org lain bc pon sejuk je. hurm,,
ردحذفإرسال تعليق
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com