Bebas Atau Terpenjara?

Pihak Mana Sebenarnya Yang Terpenjara?


Kebebasan itu milik setiap pemainnya,

Namun pengertian anugerah itu begitu subjektif,

Yang diluar akan berjuang untuk hidup,

Yang di dalam juga bersaing untuk bernafas,

Di luar akan berkata aku bebas bergerak ke mana jua,

Di luar juga mengaku sudah bebas,

Tidak perlu lagi hidung ditarik untuk mengikut apa jua kata kehendak yang lain,

Namun adakah itu kebenaran bahawa mereka telah bebas sepenuhnya?

Mereka masih juga terpenjara!

Terpenjara dari segi minda dan hati!

Tidak berpegang teguh pada pendirian diri!

Tunduk untuk menentang nafsu sendiri!

Adakah itu kebebasan yang dilaungkan selama ini?

Yang di dalam pula berkata kami juga telah bebas.

Bebas dari segi kefahaman sendiri!

Kami ada tempat tinggal yang selamat!

Makanan kami mereka beri setiap hari!

Tidak pernah kurang dan tidak juga lebih!

Kami mendapat hak yang sewajarnya!

Apa lagi yang kami mahukan kerana semuanya kami sudah miliki!

Yang di luar dan di dalam mempunyai kefahaman yang tersendiri.

Hanya mereka yang memahami apa erti bebas dan terpenjara.

Namun hakikatnya masing - masing tidak sedar bahawa mereka sebenarnya..

Sedang bebas di dalam penjara!


P/S : Faham Tak? Tak Faham Buat - Buat Faham Lah! Hehehehehe!! (^_^)Y



7 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. Bergantung dengan penjara jugak la Hans.. Macam sekarang penjara Pudu dah takder.. Jadi takder la penjara.. haha.. Gurau jer ekkk...

    ردحذف
  2. kalau tak dipenjarakan nnt dia kaco kite plak haha

    ردحذف
  3. bebas dari utang muahaha

    neway feature ko as cameo dalam short aku, sile bace

    :D

    ردحذف
  4. ermm aaa.. xpe laa..aku buat2 paham je laa.. =.=

    ردحذف
  5. jgn terpenjara dgn kelalaian duniawi..

    ردحذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم