Tidak semestinya anda anak bongsu maka anda manja! Tidak semestinya anda anak sulung maka anda seorang yang berdikari sentiasa! Tidak semestinya anda anak yang tengah maka anda terlalu berpandangan jauh sahaja! Ia sebenarnya bertitik tolak dari cara bagaimana anda dibesar, dilayan dan didikan daripada keluarga anda juga keadaan sekeliling anda.
Comelnya Merajuk
Kadang - kadang memang kita mahu dimanja atau bermanja dengan orang yang kita sayang dan ia kelihatan agak menarik apabila perbuatan manja itu berlaku sekali - sekala. Namun perkataan manja itu bertukar maknanya menjadi mengada - ngada apabila anda terlalu mahu dimanja atau bermanja dengan orang lain yang belum tentu suka dengan cara anda yang cuba bermanja dengan mereka.
Mungkin kadang - kadang kesilapan ibu bapa juga kerana tanpa sedar kasih sayang yang terlalu banyak mereka curahkan tanpa membiarkan anak mereka berdikari menyebabkan anak - anak mereka terlalu bergantung harap pada mereka sehinggakan banyak perkara yang anak mereka langsung tidak tahu untuk melakukannya dan mungkin ada yang lebih melucukan lagi apabila barangan sulit mereka pun masih mengharapkan ihsan ibu bapa sendiri untuk tolong belikan.
Hehehehe!! Comel - Comel!
Kadang - kadang kita kena sedar bahawa semakin bertambah hari maka kita seharusnya semakin pandai membawa diri. Ada orang yang boleh kita bermanja dan ada orang yang kita harus jaga tatasusila. Bermanja itu lumrah manusia kerana manusia mana sekali pun pastinya mahu dibuai mesra. Jangan menipu andai anda berkata anda bukannya seorang yang manja kerana hakikatnya sifat tersebut sentiasa berada di dalam jiwa anda antara sedar atau tidak sahaja. Cuma kawal lah sifat manja anda agar tidak menjadi buah bicara orang sekeliling anda.
Kadang - kadang rasa kasihan berbekas di hati tetapi apakan daya aku jua tidak mampu melayan kerenah anda yang manjanya lain macam. Kita sudah besar! Ada perkara yang kita boleh kongsi dan ada jua perkara yang biar jadi rahsia sehingga ke mati. Belajar lah sekali sekala membesar! Membesarkan jiwa anda dan bukan sekadar fizikal anda sahaja! Harap - harap satu hari nanti anda akan berubah menjadi seorang yang lebih matang dan berjiwa besar!
P/S : Sedikit Rimas Dengan Insan Sebegini! (^_^)Y
P/S Lagi : Gambar Budak - Budak Tak Ada Kena Mengena Dengan Entry!
kids will always be kids
ردحذفaku manja dgn mmber aje. dgn org len x de ah sngt. ^^
ردحذفaku anak bogsu..tp aku tak manja... ko caye tak?
ردحذفsy ta manje tp sy cengeng~
ردحذفmenjadi dewasa tak mudah :)
ردحذفsume adik beradik sy jenis yg manja :)
ردحذفsulong pon kdng2 lgi mnje dari bngsu
ردحذفade yg bertambh gade2 aku hamun xlayan.kekeke
ردحذفade yg bertambh gade2 aku hamun xlayan.kekeke
ردحذفaku anak sulung yang berdikari, berpandangan jauh & juga manja sekali sekala. macam mana tu? hehe :P
ردحذفx reti nk manje2 laaa...
ردحذفaku manja dgn mak je wakakaka..
ردحذفbenda ni ikut didikan mak bapak je sbnrnye..aku penah knal sorg brader yg merupakan anak bgsu tp x manja sbb dia anak ke 15...so kesusahan mmbuatkan dia jadi berdikari x matang..x manja mcm org lain
ang ni mesti manja kan??haha
ردحذفaku no komen je.. aku anak bongsu... hehe
ردحذفhazwan : aku sangat menyokong komen ko...itu lah realitinya..bergantung pada didikan mak ayah :-)
ردحذفit depends kan....
ردحذفkalau lebih mengada-ngada lempang je..
ردحذفmanja n kuat merajuk tu same tak??
ردحذفhehe . sy tak manja . tapi cpt merajuk je .
ank ke-2 n bongsu perempuan . HAHA
100% agree with this entry :)
ردحذفdari first ayat lagi aku da stuju
إرسال تعليق
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com