Assalammualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada pembaca blog Hans. Maaf jika entry ini mungkin kelihatan kasar atau teruk tetapi apa yang sebenarnya berlaku sememangnya membuatkan gua rasa sangat geram, marah dan begitu menyakitkan hati seterusnya memusnahkan perasaan gua yang sebelum itu sedang ceria memasukkan hadiah di dalam beg untuk diberi pada peserta pada satu majlis yang akan diadakan Sabtu ini.
Kawan gua yang juga merupakan ahli kumpulan gua sewaktu di kelas menelefon memberitahu gua tentang satu masalah yang sememangnya kami semua tak jangka. Sebelum itu biar gua ceritakan sedikit sebanyak tentang perkara tersebut. Pada semester lepas gua dan rakan - rakan mendapat satu tugasan dan kami memilih untuk membuat dokumentari berkenaan Panggung Coliseum. Jadi, kami menyewa sebuah van daripada abang van tak guna tersebut untuk memuatkan pelbagai peralatan seperti lampu, tripod, kamera, boom mic dan pelbagai lagi barang untuk rakaman. Kami mendapatkan peruntukan daripada sebuah badan yang memberi kami jumlah wang tertentu untuk digunakan bagi menyiapkan dokumentari ini.
Ayat Untuk Penyewa Van Tersebut!!!
Jadi, kami pun menyewa van tersebut selama 4 hari begitu dan bayaran yang dikenakan di dalam RM1050 jika tidak silap gua dan gua serta dua orang rakan(salah seorang ialah ketua projek tugasan kami) membayar sendiri wang sewa van tersebut kepada si pemilik van sewaktu kami menyerahkan van dan kunci van tersebut kepada beliau. Selepas kami membayarnya beliau tidak memberikan resit tetapi alhamdulillah kerana segala perbelanjaan yang kami belanja memerlukan resit sebagai bukti untuk ditunjukkan kepada pihak penaja yang memberi wang maka kami bersusah payah meminta resit daripada abang van tersebut dan alhamdulillah kami peroleh juga resit tersebut. Perkara ini berlaku pada bulan 5 tahun ini! Tiba - tiba sahaja hari ini pihak yang memberi wang peruntukkan kepada kumpulan gua menelefon rakan gua yang juga ketua projek memberitahu tentang satu perkara.
Kata mereka si pemilik van menelefon mereka pada pagi tadi dan memberitahu bahawa kumpulan kami masih tidak membayar sewa van kepada beliau. WTF!! Gua yang diberitahu oleh rakan gua pada tengahari tadi terasa sangat lah marah dan ikutkan hati mahu sahaja gua tumbuk muka abang van tak guna tersebut.
"Hello bro!!! Lu apa hal tuduh gua dengan kawan - kawan gua tak bayar sewa van lu? Habis tu yang gua bagi kunci dekat lu di Stesen Minyak Shell Seksyen 7 tu beserta dengan wang yang lu kira sendiri depan gua dan rakan - rakan tu apa? Kalau betul gua dengan rakan - rakan tak bayar lu asal sejak bulan 5 tu lu tak minta? Asal bulan 10 baru lu minta? Lu dah terdesak sangat ker nak duit sampai lu fitnah gua dan rakan - rakan gua? Lu pinjam ah long ker hah? Tak mampu nak bayar ah long lepas tu lu tuduh kumpulan gua tak bayar duit sewa van lu? Tak guna betul la lu nih!!"
"Hello bro!!! Lu apa hal tuduh gua dengan kawan - kawan gua tak bayar sewa van lu? Habis tu yang gua bagi kunci dekat lu di Stesen Minyak Shell Seksyen 7 tu beserta dengan wang yang lu kira sendiri depan gua dan rakan - rakan tu apa? Kalau betul gua dengan rakan - rakan tak bayar lu asal sejak bulan 5 tu lu tak minta? Asal bulan 10 baru lu minta? Lu dah terdesak sangat ker nak duit sampai lu fitnah gua dan rakan - rakan gua? Lu pinjam ah long ker hah? Tak mampu nak bayar ah long lepas tu lu tuduh kumpulan gua tak bayar duit sewa van lu? Tak guna betul la lu nih!!"
Gua bersyukur sangat sebab gua selaku bendahari di dalam kumpulan memang 'gila' minta resit untuk setiap perbelanjaan kami dan mengikut kata teman - teman gua resit yang penyewa van itu beri bercetak nama syarikat beliau! Alhamdulillah juga kerana resit tersebut ada di dalam lampiran senarai resit - resit yang diberi kepada pihak yang menaja tugasan kumpulan gua! Cuma gua sangat kecewa kerana secara tidak langsung fitnah daripada si manusia tak guna tersebut sedikit sebanyak mencalarkan imej dan reputasi gua dan rakan - rakan sebagai seorang pelajar yang amanah dan berdisiplin!! Serius kalau gua jumpa lu wahai pemilik van memang gua tumbuk lu kalau lu cakap gua dan rakan - rakan tak bayar sewa van lu! Sudah lah masa pinjam van lu....lu punya minyak van tahap nazak nak mampus dan gua serta rakan - rakan beri balik pada lu dengan minyak yang separa penuh lagi lu mau tipu ker? Tak guna punya manusia!!
Jadi, kepada manusia diluar sana yang menjalankan perniagaan kereta sewa atau pun van sewa maka gua berharap agar kalian semua berniaga dengan jujur! Jangan tamak! Jangan menganiaya pihak lain terutama kami pelajar - pelajar yang tidak mempunyai wang seperti mana kamu yang berniaga ini! Lagi satu apabila terjadi sebegini secara tidak langsung maruah dan imej kami sebagai pelajar yang sememangnya amanah dan jujur tercalar dan mungkin juga institusi kami belajar menerima tempias sedangkan sebenarnya hati manusia seperti makhluk yang menyewa van kepada kami itu yang busuk! Kepada pembaca blog ini khususnya pelajar ingat lah sentiasa meminta resit kerana takut terjadi kes sebegini. Alhamdulillah gua dan rakan - rakan meminta resit! Jika tidak pasti manusia tak guna berhati bangkai itu akan meraih pendapatan haram tersebut dengan seribu satu senyuman!
P/S : Nak Pergi Tengok Filem Al - Hijab Kejap!!
wooo , chill Brah..
ردحذفIni lah orang yang tak mementingkan halal atau haram.... janji masyuuuuuk..... kalau saya.. bukan setakat dia yg saya lepaskan marah saya.... dgn van dia sekali saya kerjakan..... marah niii...marah nii.... saya cukup benci manusia cam ni..
ردحذفkalau buat sesuatu guna duit orang, memang akan mintak resit
ردحذفApa apa urusniaga Resit amat penting...Thanks di atas perkongsian...
ردحذفBahasa Melayu VS Nihonggo(Bahasa Jepun )
Uih.. Camtu sekali ke mamat van hati longkang tu nak cari duit. Nasib baik ada resit.. Pasni kasi tebalik company dia. Bukan susah nak cari balik org camtu..
ردحذفdesperate gila nak duit org..ish
ردحذفPerangai penipu ni mmg annoying kan??
ردحذفAda masa macam malasssss nak layan!
huhu!
Ish3.. Sabar Hans... Ada hari ko jumpa bagi jer sedas dua..
ردحذفPerghhhhhhhhhhh!! chill yea.....
ردحذفmanusia..ad mcm mcm ragam.. =P
ردحذفahhahaha tenang2 ya hans =)
ردحذفish ish ish. so niat dia nak minta lagi RM1050 tu? binatang betul makhluk itu.
ردحذفelok le, tak maju maju kan...
HYDE : yups..itulah tujuan dia...nak minta lagi duit yang dia dah dapat 5 bulan lepas...itu yg aku marah tu..Alhamdulillah Allah bantu kitaorang sebab kitaorang minta resit..kalau tak buta2 nak bayar balik RM1050 tu dkt dia...
ردحذفmacam2 skrg manusia dah terdesak smpai sanggup wat mcm tu
ردحذفaku baca pownnn panas beb... kalo dapat aku nie.. dah kena serang dah.. tapi perang mulut laa.. haha..
ردحذفإرسال تعليق
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com