Tak Mahu Ikut Lagi Lepas Nih!!!

Assalammualaikum dan salam sejahtera! Semalam merupakan sejarah hitam dalam hidup gua kerana buat pertama kali sepanjang gua dah dewasa nih gua rasa terpinggir gila! Serius perasaan gua waktu tu macam nak terbang ke angkasa dan pulang ke rumah kemudian tidur dengan aman jer! Okay! Gua tahu mesti kalian semua tak faham jadi mari baca kronologi kisah gua semalam. Hahaha!

5.00 Petang : Gua dapat panggilan dari ketua di pejabat untuk teman beliau ke sebuah majlis di utara! Gua nak tolak pun macam tak sampai hati sebab bos gua tu dah berada dekat sekitar kawasan rumah gua dah!

5.05 Petang : Gua malas sebenarnya nak ikut tetapi sebab ini kali kedua beliau ajak dan memandangkan gua nih susah sedikit nak menipu kalau tiada perancangan maka gua ikut jer lah! Terpaksa!

5.25 Petang : Bertolak ke sebuah hotel di utara bersama beliau!

6.15 Petang : Tiba di tempat kejadian!

6.30 Petang : Makan roti canai bersama beliau di sebuah kedai berhampiran!

7.30 Petang : Makan malam di hotel tersebut!

Kejadian yang berlaku pada waktu makan malam ini amat memalukan gua! Si bos pergi makan dekat meja kawan - kawan dia! Gua nak duduk dekat meja yang sama tetapi meja tu sudah penuh! Jadi, gua terpaksa makan seorang diri dekat meja tepi tingkap! Arghhhhhhhhh!! Rasa loser nak mampus! Gua nak buat gila pergi duduk dekat meja orang lain pun masing - masing duduk dalam kumpulan dan meja pun penuh juga! Gila gua benci betul situasi nih! Nasib ada telefon gua jadi boleh juga lah gua online layan bosan gua serta sifat malu yang memuncak dengan begitu tinggi sekali waktu tu! Memang dalam hati gua panas gila lah! Ajak gua datang teman dia tetapi waktu - waktu macam nih gua dipinggirkan sebegini! Huh!

8.50 Malam : Majlis bermula! Alhamdulillah ada orang yang gua kenal sebab satu bahagian dengan gua bertugas di situ jadi tak adalah bosan sangat.

11.00 Malam : Tibanya waktu supper!

Sekali lagi gua rasa trauma gila bila tiba waktu makan! Hahaha! Mahu tak nya sebab gua kena makan seorang diri lagi. Bos gua seronok makan dengan orang yang sama pangkat dengan dia! Gua pula tercongok dekat meja yang lain seorang diri! Semua perasaan ada waktu tu! Malu! Segan! Menyampah! Geram! Sakit Hati! Haihhhhhhh!! Gua cuba anggap tak ada orang langsung dekat sekeliling gua sebab gua perasan diorang asyik pandang gua jer! Cess!! Serius waktu tu gua rasa menyesal gila! Patutnya gua ikut kata hati gua nih jangan ikut! Nak buat macam mana! Dah terikut dah! Gua makan pun tak banyak mana sebab putus selera lah! Hahaha!




Gua tak tahu lah macam mana kalian rasa kalau kalian semua berada di tempat gua. Mungkin ada yang tak kisah tetapi bagi gua secara peribadi gua memang tak suka berada dalam keadaan macam tu seorang diri! Datang bukan keseorangan tetapi sememangnya rasa seorang diri dan terpinggir. Jadi, gua dah nekad gua tak akan ikut lagi bos gua tu pergi mana - mana kalau dia ajak melainkan ada kawan gua yang ikut sekali sebab gua tak suka dipandang aneh oleh orang lain! Hahahaha! Okay lah! Nak makan cucur udang jagung kejap! Bye!


P/S : Kalau Aku Ditakdirkan Jadi Orang Berjawatan Besar Aku Akan Cuba Elakkan Daripada Melakukan Perkara Sebegini Kepada Orang Lain Kerana Aku Tahu Bagaimana Deritanya Perasaan Aku Ketika Kejadian Berlaku! (^_^)Y


27 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. setuju. even kdg2 ikut kwn pun, kene tggl mcm tu. mmg ah aku xnk buat kt org len mcm tu >__<

    ردحذف
  2. rase nk g pelangkung je kepala bos lu...~

    ردحذف
  3. makan seorang diri di hotel adlh cool, en. hans... (:

    ردحذف
  4. adusss sangat menyakitkan hati..kalo aku?surely boo layan kalo di ajak sekali lg,xmau malu beso lgik..hehe..sabo jer laa.

    ردحذف
  5. alamak hans..lain kali wat bodo je..amik makanan, duduk kat meja, makan sambil online..layanz je...hi3...boleh blah dgn org sekelilig..hehehe

    ردحذف
  6. Hoho..kalau gua pun rasa berasap.. Dah ajak tetiba ditinggalkan.. Makan seorang diri adalah sangat kesian dan sadis.. Baik gua duduk rumah ja!..Heee..

    Sabar ye..

    ردحذف
  7. aih...fact bos hans buat mcm tu mmg err,, mnykitkn hati la.. sbb dah ajk la kn.. mcm xda funtion hans g ikut dia kan..
    +
    rsanya kn,, time2 mcm tu la hans boleh sedar mcm mana nak control diri drpd prasaan gementar.. dan, bila dah lma2, nnti prasaan yakin akn mncul..hehe..

    ramai orang gunakan jawatan untuk yakinkan diri bersama org lain.. tp, yg mmpunyai kyakinan diri secara develop lebih cool :)

    ردحذف
  8. Fad : itu lah yang gua buat semalam...hahaha...muka tak ada perasaan pun tapi dalam hati baran jer..haha

    arif : ini bukan soal gementar kerana semalam tak ada rasa gementar pun...cuma rasa geram sebab kalau aku tak pergi pun tak ada beri apa2 kesan pun pada bos aku..baik dia pergi sorang...bab yakin diri tu bukan masalahnya aku tak berani tetapi semua orang duduk semeja dengan kumpulan masing - masing dan meja semua penuh...apa aku nak cakap aku tak suka diperlakukan macam tu sebab bagi aku situasi nih memerlukan simbiosis...itu lebih adil :-)

    ردحذف
  9. Cik Sara : tahu xper...kalau tahu jadi macam tu baik duduk rumah layan cerekarama Asmara Pontianak K-Pop...rasa seronok sikit

    Inn : yups...lepas nih kalau diajak taknak ikut dah...hahaha

    Ayu Zan : :-)

    Hanjila : Kalau hotel 5 bintang memang rasa cool...tapi ini bukan hotel 5 bintang..hahaha

    Eyqa : xbaik :-)

    Mra : kan? kalau kawan buat macam tu pun dah rasa sakit hati tambah nih depan orang ramai...sadis tul

    ردحذف
  10. haha..boh julap je lam kopi bos pasni..muehehehe..*jahat

    ردحذف
  11. haha..boh julap je lam kopi bos pasni..muehehehe..*jahat

    ردحذف
  12. haha..nisa paham prasaan hans sbb nisa pnh kena mcm tu.rasa mcm nk je lari balik masa tu.hihi

    ردحذف
  13. kesian kau. dh jngn ikut lg lps nie

    ردحذف
  14. xpenah jd ag,...tp rasanya memahami gak la sebab penah jd lebihkurang gitu tp situasi yg bbza,huhuhu

    ردحذف
  15. haha. memang tak patut. kurang asam punya boss! mesti rasa miserable gila masa tu kan. sabor aje lah. hehe.

    ردحذف
  16. hans...hang buat cool ja.pasni cuba balas dendam balik kat bos yang jahat tu..huhu

    ردحذف
  17. len kali,klu dia ajak lagi kasik tau atas muka terus tak nak ikut dah sbb ni, bla3,haha

    tragis dowh

    ردحذف
  18. kalau gua,gua luku terus pala bos lu..biar hilang kerja jangan hilang maruah sebab dimalukan..haha..

    ردحذف
  19. ala..buat muka rilex jer, makan je la..mesti makanannyer sedap2 :)

    ردحذف
  20. haha..hans..aku penah jgk makan sorang2....smpai kedai tu rmai org..semua dlm kumpulan..aku sorang je..lpas tu rmai yg tgok aku semacam je..aphal pulak..salah ke makan sesorang..memang rasa terpinggir..terpaksa Buat Bodoh je..

    ردحذف
  21. jangan lupa p/s tu sampai bila2 yer! heheh...

    ردحذف
  22. ishh kalau aku.. lagi malu giler... smpai hati bos kau tu... rasa mcm nak cmpak cawan gelas kat kepala die...huhu

    ردحذف
  23. x salahkan kalo ambik satu kerusi then duk la sekali...kalo betul si bos prihatin la...hmm..

    ردحذف
  24. Hehehehehehe. Ketawa panjang kejap.. ;D



    Kesian kat kau, aku paham perasaan kau sebab aku pun pernah rasa kot. Muka dah naik kebas dah tahan malu sebab ramai yang pandang aneh.


    Iku kata hati lepas ni ok!

    ردحذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم