Tolonglah Jangan Jadi Bodoh!

Kebanyakkan daripada kita mungkin bijak di dalam akademik....

Kebanyakkan daripada kita mungkin juga hebat di dalam sukan....

Kebanyakkan daripada kita juga mungkin aktif di dalam persatuan....

Namun ramai juga yang jadi bodoh kerana seorang lelaki/perempuan...

Kepada anda di luar sana tidak kira anda lelaki mahu pun perempuan....

Jangan rendahkan maruah atau bodohkan diri anda gara - gara

Seorang lelaki/perempuan!


Mengikut pengalaman aku setakat ini kebanyakkannya melibatkan perempuan dimana apabila mereka terlalu menyayangi kekasih mereka maka mereka akan cuba dengan sedaya upaya memaksa diri mereka untuk menerima apa sahaja kesalahan yang dilakukan oleh lelaki terbabit dan meletakkan kesalahan lelaki tersebut terhadap perempuan lain atau sesiapa juga yang mungkin terlibat secara langsung atau pun tidak. Sebagai contoh :-


Situasi 1

Kali Pertama :-

Gadis : Hu hu hu hu (nangis bunyi macam nih lah kut)

Aku : Kenapa ko nih? Tiba - tiba jer menangis! Ikan puyu dalam akuarium mati ker apa?

Gadis : BF aku nih! Dia curang dengan aku! Dia ada perempuan lain!

Aku : Oh! Habis tu apa ko nak buat sekarang? Ko nak minta putus ker apa dekat dia?

Gadis : Aku tak minta lagi! Aku bagi dia peluang sebab dia janji dia nak berubah!

Aku : Oh, okay!

Kali Kedua :-

Gadis : Uhuk Uhuk Uhuk (bunyi nangis lah kiranya nih)

Aku : Ko nih kenapa pula dah menangis? Ada masalah ker? Hamster mati ker?

Gadis : Bukan pasa hamster lah! BF aku buat hal lagi nih! Dia kantoi lagi dengan aku!

Aku : Dia kantoi apa pula dah kali nih?

Gadis : Dia ada pompuan lain! Dia tipu aku hidup - hidup weh! Sedih gila aku nih!

Aku : Laaaaa! Dengan perempuan mana pula dah??

Gadis : Entah! Perempuan mana entah!!! Geramnya aku!!

Aku : Habis tu apa ko nak buat sekarang?

Gadis : Aku nak minta putus lah!

Aku : Oh, okay!

Kali Ketiga :-

Gadis : Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! (menangis la nih)

Aku : Dah kenapa kau nih asyik menangis jer!

Gadis : Pakwe aku ada perempuan lain! Dia curang dengan aku!

Aku : Pakwe mana pula dah? Masa bila ko couple? Bukan ko single ke?

Gadis : Bila pula aku single! Pakwe aku yang hari tu lah!

Aku : Aik? Bukan ko kata ko nak minta putus ker hari tu?

Gadis : Aku memang nak minta putus tapi pakwe aku cakap bukannya dia yang suka dekat perempuan tu tapi perempuan tu yang syok sendiri! Jadi, aku terima lah dia lagi!

Aku : Habis tu ko percaya lah dekat pakwe ko tu?

Gadis : Aku percaya lah tapi kali nih aku tak percaya dah! Memang pakwe aku tu tak guna!!

Aku : Hah! Jadi lepas nih ko betul - betul nak minta putus lah?

Gadis : Hurmmmm....

Aku : Hah! Kenapa pula hurmmm?

Gadis : Aku masih sayang lagi lah dekat pakwe aku tu.

Aku : Dah 3 kali kena tipu pun kau masih sayang dekat dia?

Gadis : Tak tahu lah weh! Aku tak boleh nak lupa dia lah! Macam mana ekk?

Aku : ..........................................

Ini antara contoh satu situasi yang boleh aku gambarkan untuk kisah entri kali ini. Apa yang aku boleh katakan di sini ialah memang lelaki tersebut bersalah kerana mereka menipu anda(sesiapa yang mungkin mengalami situasi seperti itu) tetapi kesalahan besar sebenarnya datang daripada anda sendiri kerana anda yang merelakan diri anda ditipu dan membenarkan ia terus - terusan berlaku terhadap anda. Anda lah sebenarnya yang menzalimi diri anda sendiri! Wahai gadis - gadis sekalian, bukalah minda dan akal anda! Jangan terlalu menyayangi lelaki yang masih belum sah menjadi suami anda! Jangan terlalu bodoh menyerahkan 'mahkota' anda gara - gara janji indah seorang lelaki! Dan yang penting jangan suka sangat menyalahkan gadis lain jika anda mendapati kekasih anda curang dengan si dia kerana jika kekasih anda tidak melayan maka semuanya tidak akan terjadi! Tolong lah jangan jadi bodoh!


P/S : Ilham Diperoleh Selepas Menonton Satu Video Pergaduhan Di Kedai Kasut!

23 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. betul.. perempuan memang kadang2 terlalu ikutkan perasaan..
    kalau dah sayang..
    sayang sungguh2..
    malangnya hubungan apa pon tarak..

    ردحذف
  2. Hahaha, hmm, sorry shouldnt be laughing, but the way you write very funny!

    Sometimes, girls choose to blind themselves rather than letting go the man they love.

    ردحذف
  3. iz : tu la....perempuan nih jenis setia...lelaki pula kebanyakkannya suka pasang lebih dari satu...tu la pasal..sayang kalau perempuan terlalu mempercayai lelaki nih..kalau lelaki tu baik alhamdulillah..takut diorang terjumpa lelaki yang hidung belang

    izzad : tu la..emosi :-)

    peep : hehehehe

    amzar : tu la pasal

    veronica : hahaha...I saja ler letak ikan puyu n hamster tu...nanti orang lain ingat entry nih marah2 pula...I nak kasi dia tak terlalu serius :-)

    ردحذف
  4. hehehe..thumbs up bro..hehe..memang kelakar bile tgk balik situasi yang ko tulis tu buts its reality..tak tau da kadang2 nak nasihat cammmana..klu x nasihat kawan sendiri..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ردحذف
  5. betul lah.. pengajaran ni.. selagi pasangan tu tak halal untuk kita.. tak payahlah nak berkasih berlebih-lebihan... hurm...

    ردحذف
  6. haha.. 3 kali curang setia lg kot.. semuanya terletak pada diri depa.. suka ditipu..

    ردحذف
  7. sedng berlaku dekt shbt ayie..herm xthu ah nak kte apa deh..mungkin nafsu memguasai mereka

    ردحذف
  8. Pompuan suka berkawan dengan Bad Boy.. Nie pengalaman aku lah...

    ردحذف
  9. kasih pada ALLAH lebih kekal abadi..
    p/s : nape nk ngs sbb laki yg bukan halal tuk kita?

    ردحذف
  10. fuhhh susah nak explain "sayang" dalam words..

    p.s last aku datang sini bila tah...haha

    ردحذف
  11. sekali curang, tinggalkan terus
    tak bersyukur betul,haha

    ردحذف
  12. sedeyh tgk situasi kat atas.. tapi tu realiti.. kalau dah sayang, apa pun sanggup buat.. huhuhuhu..

    p/s: nasib baik x pernah couple.. kahwin terus jew la.. senang citer..

    ردحذف
  13. drama tol minah tu, sama cam watak2 Amer+Ashraf aku haha

    ردحذف
  14. Kesian pun ada jugak tengok orang yang jadi hamba cinta @ nafsu macam tu..




    Aku pun tengok dah video tu, alahaii anak gadis Malaysia..

    ردحذف
  15. bole tak nak ckp yg situasi tu sedang melanda aku. hahahhahaha. bodohnye diri aku bila aku bca situasi org laen yg sama mcm aku? HAHHAHAH

    ردحذف
  16. Tapi sayang mengatasi segala-galanya...kekadang kita sanggup biarkan diri kita ditipu asalkan kita dapat bersama dengan sidia...huhu...Cinta itu buta, tapi jangan jadi buta kerana cinta okay~

    ردحذف
  17. haha....tu la,,,jangan lah jadi bodoh... :D

    ردحذف
  18. kenapa terasa ni. deep inside gituuu. hmmm

    ردحذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم