Minggu pertama MasterChef Malaysia musim ke-2 telah pun berlangsung kini. Nampaknya peserta harapan penonton Malaysia iaitu Hans telah tampil dengan resipi istimewanya iaitu Ayam Ku Ayam Mu Jua sempena minggu pengenalan iaitu setiap peserta boleh memasak apa sahaja sajian yang mereka mahukan tetapi mesti ada ayam sebagai hero utamanya.
Chef Riz : Awak masak apa tu Hans?
Hans : Saya masak ayam cara orang Sepanyol hari nih chef!
Chef Riz : Hurmmm! Baunya sedap! Teruskan!
Hans : Terima kasih chef!
Chef Zubir : Ingat yer! Masa yang tinggal cuma 30 minit sahaja lagi! Sepatutnya sudah 70% masakan anda sudah siap!
Hans : .......(Bising lah orang tua nih! Stress aku!)
Chef Zubir : Tinggal lagi 1 minit! Cepat - cepat!
Hans : .......(Harey toi! Gila cepat! Bukan tadi dia baru kata 30 minit ka?)
Chef Zubir : Nampaknya masa telah pun tamat! Semua berhenti! Berhenti! Selangkah ke belakang!
Hans : Alhamdulillah! (Muka yakin)
Chef Jo : Kami akan memilih menu 5 peserta yang terbaik yang berjaya memikat hati kami! Menu pertama.....Hans! Sila bawa pinggan anda ke depan!
Hans : Baik Chef!! (Muka cuak)
Ayam Ku Ayam Mu Jua
Chef Riz : Apa nama masakan kamu hari ini Hans?
Hans : Nama masakan saya hari ini ialah Ayam Ku Ayam Mu Jua chef.
Chef Zubir : Anda pasti ayam anda betul - betul masak? Anda kena ingat bahawa daging ayam yang tidak masak mempunyai kandungan salmonella yang sangat tinggi.
Hans : Saya yakin Cheffff!!! (berkata penuh keyakinan)
Chef Zubir : Baik! Saya rasa! (muka berkerut - kerut)
Hans : .........(sambil tangan menekup mulut tanda ketakutan)
Chef Zubir : Hurmmm...Ayam yang lembut! Hiasan yang cantik! Saya suka ayam anda!
Hans : Terima kasih chefff!!!! (Muka gembira)
Chef Jo : Salad anda saya suka! (sambil memberi senyuman)
Hans : Terima kasih chef!! (Muka makin gembira)
Chef Riz : Ayam kamu cukup lembuttt!! Lazattt!! Kentangnya pun sedap! Salad pun cukup harmoni! Hidangan ini ada potensi! Tahniah!! Susah saya nak berhenti makan sajian kamu nih!
Hans : Terima kasih chefffff!!! (senyum sampai ke telinga)
Barisan Juri
Kemudian juri - juri pun membuat keputusan! Sesi pengumuman pemenang telah siap untuk diumumkan!
Chef Zubir : Kami bertiga sudah sepakat! Masakan anda semua sememangnya bagus pada episod kali ini!
Chef Jo : Memang banyak kejutan yang berlaku!
Chef Riz : Jadi, kami akan umumkan pemenang untuk cabaran kali ini!
Semua Peserta : ....................(muka takut tetapi teruja)
Chef Riz : Kami semua sepakat untuk memilih.....Hans! Tahniah! Sajian kamu iaitu Ayam Mu Ayam Ku Jua telah berjaya menambat hati kami bertiga!
Hans : ............(terkejut kemudian melompat - lompat keriangan)
P/S : Sebenarnya Tadi Gua Makan KFC Jer! Dah Melalut Ke MasterChef Malaysia Pula Kan! Hahahahaha!! (^_^)Y
tak ada astro nak tgk.
ردحذفsedih!
haha..best...dialog sebijik.kandungan salmonela xtahan..haha
ردحذفcik eliza : youtube sudah..den pun youtube saja...hahaha
ردحذفcik yuz : kehkhkeh...aku dah boleh hafal ayat2 diorang...ekekekeke
aduyaii... lawak la bile baca dialog ni.. mmg ayat yang selalu juri sebut la.. hahaha
ردحذفAku belum lagi tgk rancangan tu..
ردحذفHahaa awal2 lg dah book tmpat dlm Masterchef 2 ye hanss
ردحذفsiap dah pro lagi bab dialog2 juri2 tu ^^
hahah! ramai dok pakai demam master chef pulak lani =D
ردحذفhahahaa...kensel den nk stdy mlm ni lpas entry nih
ردحذفhaha..mmg wat kajian btol
ردحذفhahaha..
ردحذفpujiannye dan kata2 sama dalam master chef..
Hahahaha.
ردحذفNgok la ko Hans.
Dah teringin sangat nak masuk Masterchef ke?
Ko tak apply untuk season 2 nanti siap ko.
Hahaha.
walaupun aku kurang tgk..aku tergelak bce entry ni..haha..
ردحذفthumbs-up!
Tahniah tahniah, haha :D dan dan le mng klau dh guna ayam kepsi.
ردحذفserius best dgn dialog di atas...hahaha
ردحذفkemain la kau
ردحذفarghh, cuti dah habis nak layan masterchef
ردحذفpro gila ko igt sejibik ayat2 juri,haha
minat tahap gaban dah ni
ayam guling tepung hans~ahahahahaha :D ish2
ردحذفhahaha apakah
ردحذفusaha yg bagus...cuma kalo di'blacklist'kan tag KFC tu...lagilah eksaited nk tgk resepi hari ni...cuba lagi!!!hahahaha
ردحذف..hari2 tgk,konpem bley hafal...keh3
heheh...setakat bwk kfc satu set ada hati nak masuk masterchef...
ردحذفhehee.. cantik nama masakan hans tu.. masih tak berkesmepatan nk tengok program tu..
ردحذفhaha..berangan yerkk ko...
ردحذفni kalau KFC nampak ni sure dia amik kerja jd tukang cakap dia ni
ردحذفfokus pada lakonan jela kiah,ko bukan ade masa pon nak masak2.. better tersingkir awal je.hehe
ردحذفnak kepsi!
ade2 ajelah hans nih...
ردحذفfuh, hafal sebijik dialog chef2 tu.tiap2 episod hampir sama je komen diorang kan? heheh...
ردحذفaku pun baru2 ja tgk master chef ni..memang stlye kot depa ni masak. Kalau ko masuk pun ok.hehe.
ردحذفkata pepatah tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapala tuah.keh3
amboi hans..kreatifnya hang ni..haha..:) dialog aku rasa sebijik macam aku biasa tengok kat rancangan masterchef..:)
ردحذفhahahah terbaiklah.. cam real jek...
ردحذفcam sengal je...xbleh blah tol...
ردحذفإرسال تعليق
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com