Kenapa Ramai Penonton Suka Watak Fiona Lakonan Izara Aishah Didalam Drama Bersiri Soffiya?

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans yang disayangi. Kemungkinan besar minggu depan ialah minggu terakhir drama bersiri Soffiya yang menjadi bualan hangat para penonton berbilang kaum dan berlainan umur pada saat ini gara - gara jalan ceritanya yang boleh tahan menarik.


Fiona Lakonan  Izara Aishah Yang Menjadi Pujaan Ramai


Jadi, di dalam banyak - banyak karakter di dalam drama ini ada satu watak yang paling digemari dan disukai oleh penonton tak lain tak bukan semestinya watak Fiona lakonan bertenaga dan cukup matang daripada pelakon wanita berbakat tempatan iaitu  Izara Aishah. Kenapa begitu ramai penonton yang begitu menyukai watak ini? Makcik - makcik dekat rumah tu yang selalu tonton drama Soffiya nih kalau boleh tu nak sangat cari gadis - gadis yang ada ciri - ciri macam Fiona nih untuk dijadikan menantu pilihan. Pakcik - pakcik dekat luar pula kalau boleh nak cari calon isteri kedua macam Fiona nih. Yang jejaka - jejaka pula memang jatuh hati sangat - sangat dengan watak Fiona nih. Jadi, mari kita tengok apa sebab - sebabnya yang membuatkan watak Fiona ni disukai mereka.


1) Seorang gadis yang begitu baik, bersopan santun, lembut tutur katanya dan manis percakapannya.

2) Tidak pernah curang atau ingkar arahan suaminya.

3) Tidak suka membazir wang dengan membeli belah perkara yang tidak perlu dan rajin bekerja.

4) Selalu bangun awal pagi dan sentiasa membuat kerja rumah seperti mengemas, membasuh dan menyapu rumah.

5) Tidak suka menabur fitnah atau menganiaya orang lain.

6) Tidak mementingkan diri sendiri dan sentiasa menepati janji yang dibuat.

7) Pandai memasak! Sebut jer nak makan apa semua dia tahu masak!


Hah! Lihat lah 7 ciri diatas! Macam mana lah ramai jejaka - jejaka di luar sana tidak terpikat dengan karakter Fiona nih. Semua cair kut apabila terjumpa gadis sebaik beliau. Apa - apapun, sama - sama kita tonton episod akhir pada minggu depan untuk mengetahui adakah Fiona akan menemui kebahagiaan yang dicari - carinya selama ini. Selamat menonton!




 P/S : Ini Entri Sarkastik! Harap Maklum! (^_^)Y


38 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. errr aku tak paham. bukan Fiona jahat ke?

    BalasPadam
  2. fuhhh,dia pon buat entri TROLL ek..hehehe,nice bro

    BalasPadam
  3. ha sape yg jahat sebenarnya ni? bkn sofi ke yg baik ? ke fiona ??? lol

    BalasPadam
  4. fiona..fiona.. nape laa baik sngt

    BalasPadam
  5. hahaha.. terkejut lah bila hans review pasal fiona tu.. jauh panggang dari api lah orang kata.. hahaha.. eh betul ke peribahasa tu.. belasah je lah.. hahaha..

    BalasPadam
  6. mcm tersalah wat review en hans kita ni....ni opposite of fiona...hehehe

    BalasPadam
  7. Tak tgk cte ni -- tp,



    dia sbnrnye jhat kannnn? Tgk muka dah tau :D

    BalasPadam
  8. watak fiona ni ko amik la hans.
    izara kasi aku. kehkehkeh

    BalasPadam
  9. fiona nihh memang terrrrsangatt lahh baik :)

    BalasPadam
  10. errr.. salah review nie.. rasenye tu mcm ciri2 kat sofi jer.. =.=

    BalasPadam
  11. HAHA 'tersangattttt' lah betul ciri ciri fiona di atas :D. btw best fiona dah kena cerai haha!

    BalasPadam
  12. penah tgk 1 episod
    tp nmpk cm xbpe nak baik je fiona tu


    hmmmm....

    BalasPadam
  13. entri sarkastik upenyer, mmg t'keliru gk td, w'pun bukan pminat setia citer tu, tp tahu la fiona tu jahat! tp comel lorh. huhu~

    BalasPadam
  14. hahahah sgt sarkastik..'

    bile tgk muka fiona mak aku ngan aku nk p ludah dia sampai begitu niat kami...apa pun lakonan dia mmg evil

    sama dengan cite nurlaila...

    geram kot

    BalasPadam
  15. sarkastik.. sarkastik.. hehehe.. fiona dah diceraikan dah semalam... hmmmm... sepandai pandai tupai melompat kan... =)

    BalasPadam
  16. hahaha!!! terbaik betul fiona tu kekeke :P ,
    tapi ape2 pn aku suke beliau, sbb beliau pnya rupa Wow cantik Woooo, kalau nngis pn cunnn maaa ~~ *serupa lelaki pulak gua ni huwhuwhuw..*

    pandai dia belakon menjadik!

    BalasPadam
  17. hahaha.. tpkan aku xprnh tgk citer ni.. waktu xsesuai kot.. tp aku suka tiz zaqyah lgi.

    BalasPadam
  18. Aku cuma pernah tengok drama ni satu episod. Tapi bukan ke Fiona ni jahat? Hahaha... Apa-apapun, aku mmg minat Izara ni. Hahaha!

    BalasPadam
  19. none of the above..SARCASTIC gilee

    BalasPadam
  20. Saya pernah tengok sekali je..pastu tak tengok dah..

    pelik betul dengan diri sendiri yang tak punyai minat yang sama dengan rakyat malaysia yang lain-.-

    BalasPadam
  21. fiona adalah contoh terbaek untuk ibu2 mengandung......he3

    BalasPadam
  22. meman sarkastik entri ini :O

    tp pilih ikut kecantikan bole lah kut.hahahh :P

    BalasPadam
  23. ni perli ni..
    fiona yg amat menyakitkan hati..

    BalasPadam
  24. tangan didada mata ke atas! mak suka sangat fiona ni tauuu. adore sangat!!!!!!!!!!!

    BalasPadam
  25. saya sangat suka Fiona, sebab saya minat gila kat AC mizal!!!!!

    BalasPadam
  26. xsuke cite sofiyya uhh..suke tgk industan..hahaha

    BalasPadam
  27. kerana sikapnya itulah, drama bersiri ini sentiasa di tunggu setiap jam 7.. hehee..

    BalasPadam
  28. ayat-ayat sarkastik yang sesuai sangat dengan si fiona tu.mantop hans...

    adeke tgh2 preggy pakai high heel. huhu...

    watak fiona tu seb baik dalam cerita.kalau realiti takut tgk 'mak buyung' jahat mcm tu.takut silap ari bulan, nak beranak azab dan susah.sbb suka aniaya org dan durhaka pd suami...nauzubillah.

    BalasPadam
  29. Pernah tengok drama soffiya ni..tapi jarang tengok la..bukan ke watak fiona ni jahat..:)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama