Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans yang disayangi. Kemungkinan besar minggu depan ialah minggu terakhir drama bersiri Soffiya yang menjadi bualan hangat para penonton berbilang kaum dan berlainan umur pada saat ini gara - gara jalan ceritanya yang boleh tahan menarik.
Fiona Lakonan Izara Aishah Yang Menjadi Pujaan Ramai
Jadi, di dalam banyak - banyak karakter di dalam drama ini ada satu watak yang paling digemari dan disukai oleh penonton tak lain tak bukan semestinya watak Fiona lakonan bertenaga dan cukup matang daripada pelakon wanita berbakat tempatan iaitu Izara Aishah. Kenapa begitu ramai penonton yang begitu menyukai watak ini? Makcik - makcik dekat rumah tu yang selalu tonton drama Soffiya nih kalau boleh tu nak sangat cari gadis - gadis yang ada ciri - ciri macam Fiona nih untuk dijadikan menantu pilihan. Pakcik - pakcik dekat luar pula kalau boleh nak cari calon isteri kedua macam Fiona nih. Yang jejaka - jejaka pula memang jatuh hati sangat - sangat dengan watak Fiona nih. Jadi, mari kita tengok apa sebab - sebabnya yang membuatkan watak Fiona ni disukai mereka.
1) Seorang gadis yang begitu baik, bersopan santun, lembut tutur katanya dan manis percakapannya.
2) Tidak pernah curang atau ingkar arahan suaminya.
3) Tidak suka membazir wang dengan membeli belah perkara yang tidak perlu dan rajin bekerja.
4) Selalu bangun awal pagi dan sentiasa membuat kerja rumah seperti mengemas, membasuh dan menyapu rumah.
5) Tidak suka menabur fitnah atau menganiaya orang lain.
6) Tidak mementingkan diri sendiri dan sentiasa menepati janji yang dibuat.
7) Pandai memasak! Sebut jer nak makan apa semua dia tahu masak!
Hah! Lihat lah 7 ciri diatas! Macam mana lah ramai jejaka - jejaka di luar sana tidak terpikat dengan karakter Fiona nih. Semua cair kut apabila terjumpa gadis sebaik beliau. Apa - apapun, sama - sama kita tonton episod akhir pada minggu depan untuk mengetahui adakah Fiona akan menemui kebahagiaan yang dicari - carinya selama ini. Selamat menonton!
P/S : Ini Entri Sarkastik! Harap Maklum! (^_^)Y
errr aku tak paham. bukan Fiona jahat ke?
ردحذفfuhhh,dia pon buat entri TROLL ek..hehehe,nice bro
ردحذفha sape yg jahat sebenarnya ni? bkn sofi ke yg baik ? ke fiona ??? lol
ردحذفfiona..fiona.. nape laa baik sngt
ردحذفfiona jahat! hehe
ردحذفye lah tu .
ردحذفhahaha.. terkejut lah bila hans review pasal fiona tu.. jauh panggang dari api lah orang kata.. hahaha.. eh betul ke peribahasa tu.. belasah je lah.. hahaha..
ردحذفfiona memang terbaik! haha
ردحذفmcm tersalah wat review en hans kita ni....ni opposite of fiona...hehehe
ردحذفkah kah kah
ردحذفfiona sgt baik
Tak tgk cte ni -- tp,
ردحذفdia sbnrnye jhat kannnn? Tgk muka dah tau :D
watak fiona ni ko amik la hans.
ردحذفizara kasi aku. kehkehkeh
fiona nihh memang terrrrsangatt lahh baik :)
ردحذفerrr.. salah review nie.. rasenye tu mcm ciri2 kat sofi jer.. =.=
ردحذفfiona jahatt !
ردحذفHAHA 'tersangattttt' lah betul ciri ciri fiona di atas :D. btw best fiona dah kena cerai haha!
ردحذفpenah tgk 1 episod
ردحذفtp nmpk cm xbpe nak baik je fiona tu
hmmmm....
entri sarkastik upenyer, mmg t'keliru gk td, w'pun bukan pminat setia citer tu, tp tahu la fiona tu jahat! tp comel lorh. huhu~
ردحذفbetul ke?...
ردحذفhahahah sgt sarkastik..'
ردحذفbile tgk muka fiona mak aku ngan aku nk p ludah dia sampai begitu niat kami...apa pun lakonan dia mmg evil
sama dengan cite nurlaila...
geram kot
sarkastik.. sarkastik.. hehehe.. fiona dah diceraikan dah semalam... hmmmm... sepandai pandai tupai melompat kan... =)
ردحذفhahaha!!! terbaik betul fiona tu kekeke :P ,
ردحذفtapi ape2 pn aku suke beliau, sbb beliau pnya rupa Wow cantik Woooo, kalau nngis pn cunnn maaa ~~ *serupa lelaki pulak gua ni huwhuwhuw..*
pandai dia belakon menjadik!
she beauty
ردحذفhahaha.. tpkan aku xprnh tgk citer ni.. waktu xsesuai kot.. tp aku suka tiz zaqyah lgi.
ردحذفAku cuma pernah tengok drama ni satu episod. Tapi bukan ke Fiona ni jahat? Hahaha... Apa-apapun, aku mmg minat Izara ni. Hahaha!
ردحذفnone of the above..SARCASTIC gilee
ردحذفSaya pernah tengok sekali je..pastu tak tengok dah..
ردحذفpelik betul dengan diri sendiri yang tak punyai minat yang sama dengan rakyat malaysia yang lain-.-
fiona adalah contoh terbaek untuk ibu2 mengandung......he3
ردحذفmeman sarkastik entri ini :O
ردحذفtp pilih ikut kecantikan bole lah kut.hahahh :P
ni perli ni..
ردحذفfiona yg amat menyakitkan hati..
tangan didada mata ke atas! mak suka sangat fiona ni tauuu. adore sangat!!!!!!!!!!!
ردحذفsaya sangat suka Fiona, sebab saya minat gila kat AC mizal!!!!!
ردحذفxsuke cite sofiyya uhh..suke tgk industan..hahaha
ردحذفkerana sikapnya itulah, drama bersiri ini sentiasa di tunggu setiap jam 7.. hehee..
ردحذفwatak fiona lagi best dari sofea
ردحذفayat-ayat sarkastik yang sesuai sangat dengan si fiona tu.mantop hans...
ردحذفadeke tgh2 preggy pakai high heel. huhu...
watak fiona tu seb baik dalam cerita.kalau realiti takut tgk 'mak buyung' jahat mcm tu.takut silap ari bulan, nak beranak azab dan susah.sbb suka aniaya org dan durhaka pd suami...nauzubillah.
Pernah tengok drama soffiya ni..tapi jarang tengok la..bukan ke watak fiona ni jahat..:)
ردحذفCett , macam perli fiona je .
ردحذفإرسال تعليق
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com