Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans sekalian. Dalam 2-3 hari kebelakangan ini ramai rakyat Malaysia terutama pembaca novel dan kaki wayang bercerita sakan tentang pengalaman dan gelagat mereka menonton filem Ombak Rindu yang dengar kata kutipan kasar di hari pertama ialah RM750,000. Memang satu jumlah yang besar dan hebat bagi aku! Aku juga tidak terkejut dengan kutipan tersebut kerana sememangnya novel Ombak Rindu menjadi fenomena ramai sebelum ini dah tempat duduk di pawagam juga penuh dari belakang hingga depan.
Klik Gambar Untuk Baca Review Filem Ombak Rindu
Baiklah! Jadi, kali ini aku nak berkongsi pengalaman aku dan beberapa orang blogger yang berkongsi dengan aku tentang ketidakpuasan hati mereka terhadap penonton lain sama ada disebelah kanan, kiri, depan mahu pun belakang mereka.
Pengalaman Hans :-
Untuk mengetahui bagaimana sikap dan perangai penonton sebelah anda sebenarnya adalah mudah. Segala - galanya sudah boleh diketahui sewaktu tayangan awal trailer - trailer filem yang akan datang ditayangkan dan dari situ anda sudah boleh melihat bagaimana reaksi penonton di sebelah anda apabila filem sebenar yang anda mahu tonton ditayangkan kelak. Disebelah kanan dan kiri aku adalah wanita tetapi berlainan kumpulan. Di sebelah kanan lebih berumur dan semestinya sopan dan langsung tidak membuatkan aku rasa apa - apa perasaan negatif tetapi tidak di sebelah kiri aku dimana ada seorang gadis barangkali walaupun wajahnya seperti makcik - makcik sahaja yang tidak henti - henti bercakap dengan kawan di sebelah serta memanjang ketawa tanpa sebab musabab yang boleh diterima sehingga menggoyang - goyangkan kerusi kami semua.
Aku pun tak tahu apa motifnya dia datang tengok filem tersebut. Sama ada dia betul - betul nak datang menonton atau sekadar menemani temannya itu aku tidak pasti. Tetapi, sememangnya aku merasakan seperti mahu mengambil kotak popcorn dan menyumbatkan kotak popcorn tersebut ke dalam lubang hidungnya agar dia mati sebab tak boleh bernafas dan seterusnya kami sebagai penonton boleh menonton dengan aman dan tenteram. Hahahaha! Paling tak boleh blah sekali apabila minah tak sedar diri tu sering kali mengajuk dialog Azizah Mahzan yang kedengaran seperti slang London tu berkali - kali. Adoiyai!! Kemudian dikritiknya pula pakaian pelakon veteran tersebut yang sememangnya seksi terutama di babak kolam renang. Aku tak kisah lah dia nak kritik sebab memang aku pun tak berkenan dengan cara pemakaian pelakon tersebut tetapi bila tiba - tiba dia berkata,"Lainlah kalau aku yang pakai! Barulah kena sikit dengan aku!"
Erkkkkk!!!! WTF!!!! Bluekkkkk(Muntah Hijau)!!! Aku bukannya nak kata aku nih bagus sangat sebab seperti lirik lagu Alif Satar yang aku ubah sesuka hati yang berbunyi "Memang..tak ada lelaki...sekacak dan sebaik aku...tetapi yang lebih baik..banyak!" cuma bila aku melihat pada diri gadis ini tiba - tiba aku teringat buah nangka yang dibalut kertas surat khabar sewaktu buah sedang berkembang di pokok. Adoiyai!! Tolonglah wahai gadis - gadis sekalian! Korang kalau betul pun nak bising - bising seperti 'mangkuk' sebelah aku tu baik lupakan jer lah sebab nanti memalukan korang sendiri juga. Nak bising tu kau bising dengan kawan - kawan sebelah kau perlahan - lahan sudah lah. Jangan sampai 3 barisan penonton boleh dengar apa kau cakap sebab annoying gila! Tambah - tambah bila kau bagitahu satu dunia macam kau tu cantik sangat seperti Lisa ke Fazura ker dan bila orang pandang wajah kau persis Nirmala Bonat kena dera semestinya ramai akan memaki kau bertalu - talu tanpa mereka sedar! Aku ingat aku jer yang tak selesa dan menyampah tetapi orang belakang dan sebelah kanan aku pun tak selesa dengan gadis yang perasan dia cantik sangat tu. Ada lagi lah perkara yang si gadis itu buat tetapi malas nak taip sebab rasa dah panjang dah. Hahaha! Ini antara pengalaman paling terburuk bersama penonton sebelah dalam sejarah aku menonton filem di panggung. Hahahaha!!!
#TAMAT#
Wayang aku, penuh gila.. Tamat je cerita ni, ramai-ramai semua bangun tepuk tangan dalam wayang.. Fuhhh!! Dahsyat penangan Ombak Rindu.. Kagum jap.. :)
ردحذفfarhanaDr : hohoho...kalau bab tepuk tangan tu okay la...kalau aku pun tepuk punya kalau ramai2 tepuk :-)
ردحذفsedey sebab kat klate tak de wayang,, so tk leh nak kongsi pengalaman,, :(
ردحذفtak tengok lagi. ingat nak tengok hari ni tapi xtau la ada tiket tak. adoiii.
ردحذفaku nak nanges tapi yang lain pakat gelak. siyes time tu aku t'cari2 scene sedih tu ada yg lawak ke?... tapi apa yg aku prasan, byk mistake jg la dlm mvie tu.
ردحذفkenapa semua org review OR ni...best sgt ker....bialah media suka besar2kan...promosi kan.......pena berlaku pd filem2 yg lain pon sebelum ni..tpi yg box office terbaik ker...
ردحذفnk tgk ombak rindu jgk...
ردحذفtade org nk ajak iqa tgk wayang ke?ewuuuuuu~
Tunz : saya bukan orang media hiburan...dan saya tak promosi OR pun..cuma berkongsi apa yang saya rasa....filem box office bukan semua nya terbaik tetapi masih ada yang terbaik...itu terpulang pada anda lah mahu menonton atau tidak kerana semua ada pendapat masing - masing..harap maklum dan tampil dengan komen lebih baik pada masa akan datang yer :-)
ردحذفsaya tengok masa first day filem di tayangkan. Saya menangis tapi setakat bergenang airmata, banyak kali juga. Rasa sebak tapi xboleh nak menangis lebih2 sebab orang asyik ketawa. Tak dinafikan ada scene2 yang kelihatan lucu walaupun sebenarnya serius. Apapun, Ombak Rindu mmg best !!!
ردحذفterbaik kot aku tengok semalam. walaupun pada awalnye tak bole nak feel sbb member lelaki aku asyik dok mengomen and buad lawak bodo je. tapi last2 dia pon melalak gak. sbb tengok aaron aziz nangis. haha kire cite ni terbaik la. sbb bole bikin lelaki menangis. aku hulur tisu kat dia kot ;p haha ;) ombak rindu the besh ! :)
ردحذفEn.Hans hahaha~terasa nak gelak jer, a'ah pas abis wyg tu geng llki dpn kami tu tepuk tgn,teruja kot dlm ati blah la korang,td kecoh...haha..Nak tau 1 rahsia? Macammm nak tgk skali lagi lar..:P
ردحذفah lepas ni ramai la orang cari novel ombak rindu tu...
ردحذفdiorg ketawa sebab nak cover tak mau nangis...lakonan maya karin mmg bagus tapi slanga masih ada..cacat sikit. overal x rugi beli tiket!
ردحذفwah...fb aku penuh je org komen pasal OR ni...aku xtgk lagi..
ردحذفtp rase cam rugi je xtgk..
korang sume cakp best2..huhuhu
aku tak tengok lagi la.....aku rasa aku macam wajib tengok jer..hahahahahaha.....time tu aku rasa panggung dah aman la kot...hehe
ردحذفtq hans... :D soe baru bca entry...
ردحذفbaru ada masa nak blogwalking..
anyway.. sabtu ni nak p tngok lg ombak rindu! yea!
إرسال تعليق
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com