Assalammualaikum dan salam sejahtera semua! Walaweh! Gua tadi pergi lah stesen bas dekat Shahab Perdana tu hah sebab gua nak pergi ambil duit tiket bas yang gua minta orang kaunter syarikat bas tu jualkan. Daripada RM45 jadi gua dapat balik RM25 sebab bila dah beli dan suruh jual memang harapan lah nak dapat harga asal melainkan kau rajin jual sendiri kan. Kehkehkeh! Jadi, perancangan gua ialah lepas dapat duit tiket gua nak pergi tengok wayang. Dari minggu lepas nak tengok filem yang The Rock tu berlakon tapi tak sempat - sempat! Haihhhh!!!
Jadi, macam biasa lah gua pakai baju ala - ala bebudak K-Pop kan naik motosikal merempit pergi stesen bas tu. Sampai sana gua pun menuju lah ke kaunter selepas melepasi halangan dan sekatan dari segala macam manusia yang bertanya,"Adik hensem nak pergi mana?" atau "Abang kacak nak pergi KL ker? Shah Alam ker?". Sampai jer gua dekat kaunter tu maka gua pun bagitahu lah gua datang nak tuntut wang tiket seperti yang dijanjikan dengan menunjukkan sms yang gua dapat sebelum gua pergi solat jumaat tadi.
"Maaf bang! Tak ada pun nama abang dekat sini!" kata si gadis penjual tiket tersebut sambil disokong oleh dua orang lagi gadis di situ. Gua pun tunjuk lah sms dalam telefon gua tu. Mereka bertiga pula kelihatan pening - pening lalat sambil suruh gua tunggu sekejap. Lepas tu si gadis seorang nih asyik tengok telefon gua tu. Adoi! Telefon gua bukan Samsung Galaxy Note nak tengok lama - lama! Hahaha! Lepas tu dia perasan gua asyik usha telefon gua tu dan dia pun bagi dengan termalu - malu lah gaya dia. Adess!!!
Lambatnyaaaaa!!
Lepas tu dia suruh gua tunggu sekejap sebab diorang nak call orang yang bertanggungjawab dalam urusan tiket gua tu. Gua pun tengok jam dekat telefon gua tu! Dah pukul 4.05 petang! Adoi! Wayang mula pukul 4.30 petang! Gua punya tanya lah mereka,"Lama lagi ker?" dan mereka pun berkata,"Tunggu kejap yer bang! Abang duduk lah dulu! Lama lagi rasanya nih!" Gua pun usha lah sekeliling tempat gua berdiri tu! Terima kasih lah gadis - gadis sekalian! Terharu gua atas niat murni kalian bertiga mempelawa gua duduk! Tetapi, masalahnya sekarang satu kerusi pun tak ada! Nak suruh gua duduk dekat lantai? Ker nak suruh gua duduk macam gaya P.Ramlee and the gang duduk dalam filem Seniman Bujang Lapok? Adess!!
Akhirnya segala urusan siap pukul 4.20 petang dan sememangnya gua telah membatalkan niat gua nak tengok filem lakonan The Rock tu. Sob Sob Sob! Baru feeling nak pakai cermin mata 3D petang nih tapi dah tak sempat lah! Haihhhhh!! Tak apa lah! Ada rezeki lain kali lah gua pergi tengok filem tu! Gua nak mengketedarah kejap! Lapaq pula haih pepetang nih! Assalammualaikum dan kita jumpa lagi buka gua update entri baru yer! Tata!
P/S : Bosannya Tanam Anggur Selama 2 Minggu Nih! Bila Orang Nak Panggil Interview Nih! Sob Sob Sob! (~.~)
Cian kp..nti tgk ea.wakaka
ردحذفbest ke citernya? hehehe.
ردحذفesok2 org panggil laa interview tu.. hehehe
hi hans.. best giler tgok citer tu 3d punyer.. aku nk ulas ak reti..pasni ko g tgok, ko tlong ulaskan la yer.. tapi bgi aku mmg terbaik.. cite simple tapi puas hati la.. lagi time the rock nyanyi.. cair beb..
ردحذفإرسال تعليق
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com