Blackout

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua! Semalam memang meriah twitter sampai gua tak boleh tweet disebabkan kena limit! Memang hebat penangan Anugerah Juara Lagu ke-26 semalam. Hehehe! Jadi, nak dijadikan cerita waktu gua dah memang berniat nak off laptop dan tengok televisyen tetapi tiba - tiba segala barangan elektrik di rumah gua terpadam secara tiba - tiba pada pukul 12.10 tengah malam.


Awat Tiba - Tiba Gelap Gelita Nih?


Ah! Sudah! Ini tandanya blackout dan untuk keadaan pulih seperti biasa sememangnya mengambil masa yang sangat lama. Paling sekejap pun setengah jam dan paling lama mungkin lebih 2 jam. Memang satu kawasan perumahan gua semalam hanya diterangi cahaya lampu jalan depan rumah masing - masing jer. Jadi, gua pun ambil keputusan untuk cuba tidur sebab dah tak tahu apa nak buat bila rumah tak ada elektrik waktu tengah malam nih.


Bila lah rumah nak ada elektrik nih?


Baring atas katil! Pusing kanan! Pusing kiri! Tepuk bantal! Tarik selimut! Bangun sekejap! Baring kembali! Arghhhhhhhhhhhhh!! Semuanya rasa macam tak kena! Bila jarum jam yang pendek tu berhenti dekat angka 2 tiba - tiba...tiba - tiba....ada hantu ke? Memang tak lah hantu nak datang! Ini bukan kisah seram! Kehkehkeh! Tiba - tiba gua mula rasa panas! Dah berpeluh - peluh dah badan nih! Memang lah tak boleh nak tidur macam nih! Nasib lah Cik Muk(nyamuk) yang selalu menganggu malam - malam gua tak wujud semalam. Alhamdulillah!


Panasnya! Nak Tidoq Nih!!


Gua tak tahu nak buat apa dan alhamdulillah sebab telefon bimbit gua sekarang nih ada permainan dan lagu yang menarik jadi gua main lah game dam aji dan dengar lagu hindustan! Hahaha! Jam sudah menunjukkan pukul 3 pagi! Elektrik masih tak wujud! Mata gua dah berat gila! Gua dah putus asa menanti elektrik akan kembali dengan segera ke rumah gua. Jadi, gua cuba tidur tetapi masih juga tak boleh! Arghhhhhhhhhhhh!! Stress betul lah! Akhirnya lebih kurang pukul 3.20 pagi elektrik kembali semua ke rumah gua selepas rajuknya selama hampir 3 jam itu tamat. Alhamdulillah! Jadi, dapat lah gua kembali tidur dengan selesa! Hehehehe! Itu jer gua nak cerita! Kehkehkeh! Bye!


P/S : Bosan Betul Entri Kali Nih! Kan? Hehehehe! (^_^)Y

7 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. ahaa.. kdg2 msa xblackout pn pusing sana pusing sini golek sana golek sini xleh nak tdo gak.. time tu aku berangan smpai tertdo ! haha lepas ni kl2 blackout lg ke ko try la cba.. ;p

    ردحذف
  2. tak de lektrik ok kot berbanding xde air...lagi naya kan...!

    ردحذف
  3. x de letrik time malam2 ok lagi bleh tido kalo siang mahu keras x tau nak buat ape hehe

    ردحذف
  4. kalo blackout msty nk duk b'bungkus dlm selimut...hehe

    ردحذف
  5. Cik Ten : dah try semalam..selalu boleh tapi semalam xberjaya..hahaha

    Cik Nur : ar ar...air lagi penting..hehe

    Phat : siang leh tgok ikan dalam akuarium...hehehe

    Eyqa : tu penyebab den kepanasan semalam...hahaha

    ردحذف
  6. kesiannya.. kitorang kat sini petang semalam takde air! nasib baik lah ada air dlm tangki utk mandi. huhu..

    ردحذف
  7. seksa kan bila blackout?

    teringat masa dok rumah sewa tahun 2002 2003 dulu. selama seminggu setiap malam blackout. yang x bestnya hanya 4 rumah je yg kena (termasuklah rumah yang kitorg sewa tu). baris kitorg je kena. baris lain semua x kena. mmg malang betul time tu. tiap kali kena je, mesti kena buat call & buat report. nasib baik dlm sejam dah settle. nasib x baik, 2 3 jam baru settle. kali terakhir kena (malam ke7) & buat report yg ke7 kalinya, TNB tukar terus kotak kat tiang letrik tu. barulah xde blackout lg dah sampai la kitorg pindah rumah lain. hehe!

    ردحذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم