Wanita Mengandung

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Lama betul gua tak update entri dekat blog gua nih kan. Malas sebab bila makan mesti rasa mengantuk jer! Macam semalam hari makan sedunia bagi gua ditambah gua peminat laksa jadi seharian gua makan laksa jer! Ada lah dalam 5 mangkuk jer! Jer tau! Tak banyak kan? Alah! Satu mangkuk laksa tu ibarat untuk 2 orang makan lah kiranya. Hahahaha! Kira okay lah tu kut? Normal lah kan makanan kegemaran! Dari tengahari membawa ke malam gua makan laksa! Makanan sampingan semestinya mengikut suasana tahun baru cina nih. Buah limau berbiji - biji! Lalalala!

Gambar Hiasan

Okay lah! Tu mukadimah jer tu! Memandangkan gua bakal mendapat anak buah baru pada bulan Februari nih dan insyaallah anak buah gua yang ke-3 ini juga perempuan maka berpeluang lah gua bersama dengan kakak dan anak - anak buah gua yang lain sempena cuti tahun baru cina nih di rumah tercinta. Melihatkan pada fizikal badan kakak gua yang sarat mengandung tu memang gua rasa lain lah berbanding sebelum ini. Memang betul lah kata orang bila wanita tengah mengandung nih memang nampak betul - betul berseri. Ada orang kata pembawakan budak dan ada juga orang kata memang orang mengandung nih wajah dia akan memberi kita satu perasaan yang rasa tenang dan damai jer bila tengok wanita mengandung nih.


Jadi, gua sebagai seorang lelaki membayangkan apabila nanti gua telah berumah tangga dan isteri gua mengandung mesti waktu tu wajah gua pun sweet gila - gila kan bila dalam keadaan macam tu? Hahahahaha! Macam semalam gua tak tahu kenapa sebab apa - apa benda yang gua nak makan kalau benda tu ada di dalam kuantiti sedikit atau senang cakap tinggal satu jer mesti gua akan tanya kakak gua dulu dia nak makan ker tak makanan tu. Kalau dia kata dia nak makan maka gua dengan rela hati tanpa berfikir 2 kali pun terus bagi dia makan. Tetapi, kalau dia tak mengandung memang harapan lah gua nak tanya dia nak ker tak makanan tu. Kehkehkeh! Betul owh! Rasa tak sampai hati nak kecewakan permintaan atau keinginan orang yang tengah mengandung nih.


Sebab tu bila difikirkan balik memang rasa aneh bagaimana lah ada orang lain atau suami yang tergamak pukul isteri atau wanita yang tengah sarat mengandung. Tak rasa bersalah ker buat wanita mengandung macam tu? Minta kita semua dijauhkan dari menzalimi wanita mengandung sebegitu rupa. Apa - apapun, memang wanita bila mengandung sangat sweet dan kepada wanita yang telah berkahwin diluar sana yang takut nak mengandung sebab kononnya takut gemuk tu maka tolak lah tanggapan tu jauh - jauh. Apabila mengandung si suami insyaallah jika beriman dan soleh pasti akan lebih menyayangi kalian. Bab lepas beranak tu gemuk ker tak tu bergantung juga lah pada badan kita sendiri. Macam kakak gua maintain jer badan. Tetapi, memang ada yang akan gemuk lepas mengandung. Tetapi, apa - apapun jangan takut atau risau untuk mengandung dan melahirkan kerana itu adalah rezeki yang Allah berikan pada yang terpilih. Apa - apapun, kesimpulannya wanita mengandung memang nampak manis, comel dan berseri. Sekian!

P/S : Setuju Tak Dengan Pandangan Gua? (^_^)Y

7 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. alahh..nk jaga body wat pe..kn dh kawen..kan3..tp perlu la kemaskn diri...kan3..

    ردحذف
  2. setuju!

    kebetulan time baca entri ni tengah makan laksa. memang kenaaaaa haha

    ردحذف
  3. of course i setuju.. mmg rugi kalo ada perempuan xnk mengandung... bg lelaki yg buat keja kejam tu mmg hatinya dah hitam tu pasi bolh buat apa saja..

    ردحذف
  4. En. hans dah boleh jadi ayah dah ni ;)

    ردحذف
  5. mengandung adalah satu kenikmatan....

    ردحذف
  6. Tp jgn lupa tau,seorang isteri yg menjaga body utk suami tercinta pun dpt pahala tau..mcm saya punya sepupu dah ada anak tiga,umur spupu saya tu dh 32 thn,wjh maseh comel mcm gadis linkungan 18/19 thn,body apatah lg memg maseh solid.x dnafikan mem dia pndai jga diri,suaminya pun bg galakkn..

    ردحذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم