Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans sekalian. Insyaallah pada bulan hadapan keluarga gua akan didatangi oleh seorang lagi ahli keluarga baru merangkap anak buah gua yang ketiga kerana kakak gua dijangka melahirkan anak ketiga beliau pada awal bulan Mac ini. Jadi, doakan segala - galanya berjalan lancar dan kedua - dua selamat yer. Amin! Jadi, kisah kali ini berkenaan dengan reaksi anak buah gua yang kedua tentang apa yang dia rasa apabila bakal mendapat adik baru dan gua letakkan dialog di bawah ini untuk menunjukkan perasaannya yang sentiasa berubah - berubah. Budak - budak lah katakan :-)
Permulaan Ibu Mengandung:
Ibu : Adik! Nanti adik dapat adik baru tau..
Adik : Mana? Tak nampak pun adik baru. Adik ada dekat mana sekarang nih ibu?
Ibu : Adik sekarang ada dalam perut ibu nih hah. Nanti dia keluar adik dapat lah adik baru! Adik suka tak?
Adik : Yeyeyeye! Suka! Suka! Nanti dapat adik baru!
5 Bulan Ibu Mengandung:
Ibu : Adik! Tengok perut ibu nih. Dah besar dah kan?
Adik : Ibu! Adik duduk dalam perut ibu ker nih? Bila adik nak keluar?
Ibu : Ar ar! Dalam perut ibu nih lah adik duduk. Nanti adik nak keluar dah. Suka tak nak dapat adik baru?
Adik : Hurmmm....suka...
Ibu Tengah Sarat Mengandung:
Ibu : Adik! Tak lama lagi adik dah nak dapat adik baru dah. Lepas nih ibu kena panggil kakak lah dekat adik.
Adik : Oh....adik jadi kakak lah lepas nih?
Ibu : Ar ar! Suka tak nak dapat adik baru nih?
Adik : Tak suka!
Ibu : Aik? Hari tu kata suka?
Adik : Adik tak mau adik baru...(pergi membawa diri konon - konon merajuk)
P/S : Ketawa Melihat Gelagat Anak Buah Yang Cemburu! Hehehe! (^_^)Y
hehe..very cute..
ردحذفla baru anak buah ketiga..
aku dah ade 5 anak buah da..wakakak
hehe.. bese la budak2. mmmg mcm tu.
ردحذفDia dah mula rasa tergugat..! tapi esok adik dah ade depan mata..mesti dia asyik bkepit je..
ردحذفQarr : hahaha...5 orang jenuh melayan...nasib anak buah aku semua gegirls...hahaha
ردحذفJannah : hehe..tu la pasal..kalau besar2 sentap macam tu memang tak ada den nak kisah...hahaah
Cik Nur : yups..skrg xnampak depan mata..nanti dah nampak silap2 tak bagi pegang adik dia langsung..hahaha
Saat perubahan. Asalkan nanti bila adik dia dah lahir, dia tak terabai, dia akan ok. Kena involve dia sekali dalam penjagaan la. Biar dia rasa dia masih dihargai walaupun ada adik baru kan. Budak-budak.
ردحذفcP~ : mesti la semuanya dijaga cik cP oiiii...mak mesti sayang anak - anak dia maa...
ردحذفhaha.. sume girls??? minta2 kali ni dpt boy..hikhik..
ردحذف#jeles la takut ibu xsyg dia da.. budak2 mcm tu la.hee.. oke.. ingt ank hans td nk msk 3..lalalala.. :)
Cinta Siswi : anak buah baru den nanti pun girls la..sebab tu pic budak tu baby girl..hohoho
ردحذفMestila cemburu.. nanti mama dah x bagi perhatian kat dia dah.. HAHA
ردحذفwah..utgla gegirl..aku 4 boboi 1 gegirl..wakakka..yang dua boboi kat umh ni pun jenuh nak layan..ligat..haha
ردحذفaku ada sorg je anak buah.tp itupn dh semput nak menjaganya -_-"
ردحذفhehe..bdk2 cepat jeles...
ردحذفdie nak kekal berstatus adik la tu..haha~
ردحذفhaha. macam adik ety yg bongsu.
ردحذفmanja gilaa. itu kalau dpt adik ,
taktau lahh camne.
hehe mesti expression dia cute~lama x ke sini.:)
ردحذفhaha mesti cute gegirl tu kalau merajuk kan?
ردحذفanak perempuan memang kuat cemburu each other(menurut kawan akak yg anaknya semua 3 gegirl).bg akak yg 4 semua boboiboys,ok ja...yg x larat semua nak jd superhero:D
Aiseh, kena pandai pujuk la camtu..
ردحذفbtw, nnt bila dah ada ank..kita kna pandai bhgi masa an..law asyik dgn ank yg bru lahir jew..nnti yg besar tu terasa..
gelaran adik dah diambil alih adik baru. hilangle manjanya. tu yg buat merajuk...he he
ردحذفaku takde sorang pon lagi anak buah.. waa~
ردحذفagaknye aku mase kecik2 gitu gak kot.. hohoho.. malunyeee...
salam
ردحذفhuhu... saya pun pernah rasa jugak.. jadi saya faham apa perasaan budak tu...
إرسال تعليق
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com