Assalammualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua pembaca dan pengunjung blog Hans. Hari nih gua nak kongsi tentang pengalaman gua tahun lepas sewaktu sibuk buat satu assignment nih dengan kawan - kawan gua dekat satu tempat nih. Memang waktu tu masing - masing banyak kerja, stress dengan serabut lah sebab macam - macam masalah kami semua hadapi dengan tugasan yang memang cukup - cukup mencabar nih. Boleh dikatakan dalam seminggu tu hari - hari kami pergi dekat tempat yang sama sebab dekat situ jer kami boleh siapkan assignment yang markahnya berjumlah 70. Kiranya kalau tugasan nih tak siap memang repeat lah jawabnya. Hahaha!
Jadi, hari pertama kami sampai dekat tempat tu kami kena pergi mendaftar dengan pegawai keselamatan yang jaga tempat tu dulu. Nak dijadikan ceritakan waktu hari pertama tu kawan gua yang merangkap ketua untuk tugasan nih tiba - tiba bermurah hati menawarkan diri nak pergi jumpa pegawai keselamatan atau senang cakap pak guard lah. Agak lama menunggu dan akhirnya kawan gua masuk sambil mengeluh tanda tak puas hati. Jadi, gua dan rakan - rakan pun tanya lah apa sebab tiba - tiba yang dia nih dari gembira terus jadi marah - marah nih.
Kawan 1 : Kau nih dah kenapa tiba - tiba moody tak memasal nih?
Hans : Entah kau nih! Cuba cerita sikit! Pak guard tu ngurat kau ker apa? Hebat lah kau! Belum apa - apa dah dapat pakwe!
Bos : Motif pak guard tu nak ngurat aku? Kau jangan macam - macam Hans! Kang aku bagi kau makan tayar kereta! Masalahnya ini bukan pasal pak guard tapi pasal mak guard tu!
Kawan 2 : Asal dengan mak guard tu? Dia marah kau ker?
Bos : Tak ada lah dia marah! Tapi, sumpah poyo gila kut mak guard tadi tu!
Hans : Maksud poyo dalam definisi kau sekarang nih macam mana? Cuba huraikan berdasarkan soalan 10 markah?
Bos : Yer lah! Aku bagitahu lah dia yang kita nak masuk dalam. Dah siap buat appointment! Aku cakap punya lah lemah lembut! Senyum sampai ke telinga! Tapi, mak guard tu muka masam mencuka! Meluat aku! Haram tak senyum langsung waktu bagi kad pelawat nih! Aku rasa macam nak sumbat jer kad pelawat nih dalam mulut dia!
Hans : Alah! Cool lah beb! Dia tak makan tengahari lagi kut! Lapar punya pasal memang muka muram macam tu!
Kawan 1 : Yer lah! Tenang okay! Nanti nak balik kita suruh si Hans jer yang bagi kad pelawat nih dekat mak guard tu!
Hans : Okay! Waktu aku bagi nanti mesti dia dah senyum lah! Hensem pula aku! Memang tak sah lah kalau dia tak senyum!
Jadi, waktu nak balik tu macam biasa lah aku pula yang kena serahkan balik kad pelawat tu dekat pondok pengawal tu dan ditakdirkan mak guard tu masih di posisi sebelum ini. Aku pun masuk ke dalam kereta dan berlaku lah perbualan dibawah.
Hans : Huh! Betul lah weh kata kau! Haram kerek gila weh mak guard tu! Aku rasa macam nak hantuk jer kepala dia ke dinding! Punya lah gigih aku berbudi bahasa dengan senyum meleret bagai! Haramnya dia nak senyum! Cakap pun nak tak nak jer! Dah makan tengahari pun muram lagi!
Hans : Huh! Betul lah weh kata kau! Haram kerek gila weh mak guard tu! Aku rasa macam nak hantuk jer kepala dia ke dinding! Punya lah gigih aku berbudi bahasa dengan senyum meleret bagai! Haramnya dia nak senyum! Cakap pun nak tak nak jer! Dah makan tengahari pun muram lagi!
Bos : See! Aku dah kata kau tak nak percaya! Mulai hari nih aku anti makcik muka ketat tu! Lantak lah apa jadi pun!
Kawan 1 : Tu lah! Aku tengok muka dia tu macam tak puas hati dekat kita jer! Mungkin sebab tak makan malam lagi kut!
Kawan 2 : Banyak lah kau tak makan malam! Apa kerja dia makan ker jaga keselamatan? Lepas nih kita buat biasa jer! Tak payah nak senyum - senyum bagai dah dekat dia!
Hans : Mulai hari nih aku mengistiharkan aku anti makcik muka ketat!
Esoknya pula gua tak dapat pergi ikut diorang sebab ada hal. Lusanya tu gua pergi balik ke tempat sana dengan kawan - kawan gua balik. Sampai sana sahaja nampak mak guard tu ada dekat dalam pondok pengawal tu tetapi yang anehnya kawan gua yang merangkap ketua nih dengan secara sukarelanya kata nak pergi ambil kad pelawat. Lepas dia masuk dalam kereta maka gua dan yang lain pun tanya lah dia.
Hans : Aik? Semangat pelik jer kau hari nih? Bukan kau kata kau malas nak tengok muka mak guard tu dah ke? Kau nazar apa nih weh? Cuba cerita sikit!
Bos : Hahahaha! Memang lah malas tapi sekarang dah okay dah! Aku simpati dengan makcik tu sebenarnya! Kesian dekat dia weh!
Kawan 2 : Simpati? Sebab?
Bos : Muka dia memang macam tu! Nak buat macam mana! Takdir dia weh!
Kawan 1 : Maksud kau? Aku tak faham lah.
Bos : Kalau korang perasan muka dia waktu dia senyum atau tak ker sama jer weh! Muka jenis sepesen! Tak percaya balik nanti korang tengok!
Hans : Erk? Serius? Ker kau rabun? Cermin mata kau mana? Sah kau dah rabun!
Bos : Aku pakai contact lens lah!!!
Bos : Aku pakai contact lens lah!!!
Jadi, waktu kitaorang nak balik tu dan memandangkan tempat tu dah macam rumah kedua buat kitaorang berempat jadi memang pengawal keselamatan dekat situ dah kenal gila muka kitorang. Paling menarik tu entah apa yang kelakar waktu kitaorang nak balik tu kitaorang perasan yang mak guard dengan pak guard tu tengah bergelak ketawa pasal apa entah dan memang betul kata kawan gua tu -> Muka Makcik Tu Bila Ketawa Sama Jer Macam Muka Dia Tak Ketawa!
Lepas tu kitaorang berempat bila jumpa makcik tu jer memang kitaorang dah faham dah yang memang muka makcik tu memang macam tu. Jadi, gua dan rakan - rakan dah tak jadi nak anti makcik tu tambahan pula makcik tu semakin ramah tamah dengan kitaorang. Hehehehe!! Maaf makcik kerana meragui emosi makcik pada pertemuan pertama!
Lepas tu kitaorang berempat bila jumpa makcik tu jer memang kitaorang dah faham dah yang memang muka makcik tu memang macam tu. Jadi, gua dan rakan - rakan dah tak jadi nak anti makcik tu tambahan pula makcik tu semakin ramah tamah dengan kitaorang. Hehehehe!! Maaf makcik kerana meragui emosi makcik pada pertemuan pertama!
P/S : Muka Nampak Marah Atau Muram Tetapi Tak Bermakna Itu Adalah Emosi Yang Sebenar! (^_^)Y
P/S Lagi : Gambar Kebanyakkannya Tak Ada Kena Mengena Dengan Entri! Kehkehkeh!
P/S Lagi : Gambar Kebanyakkannya Tak Ada Kena Mengena Dengan Entri! Kehkehkeh!
hahaha.. sian makcik tuh.. ape daa hans.. memang muka dia cmtu.. nk cmno lg..hihi.. :P
ردحذفhahaha,memang pun,aku pun penah jadi,waktu awal masuk u,ada sorang budak ni,muka blagak habis,senyum pun jenis senyum tak ikhlas/senyum sinis,bila dh kenal dia baru tau memang riak muka dia mcm tu,dia senyum kat sapa-sapa pun macam tu,senyum jenis mulut senget mcm sengaja buat,sinis..tp mg dia macam tu ,tak baik btol aku,su'uzzhon awal tu,jadi husnuzhon la kita dalam setiap perkara wahahahahaha
ردحذفhahaha...mula2 baca aku pun naik geram dengan makcik tu... bila tang last, aku rasa tak baik lak korang bersangka buruk dengan dia..hahaha...
ردحذفsabo je la..lawak pun ada.
Susah jadi orang muka ketat ni
ردحذفmacam perumpamaan 'do not judge the book by its cover' kan?
ردحذفdon't judge a people with first sight's perception..heheh..
ردحذفadeyh...muka sepesen ek...
ردحذفkte ingatkan makcik tu tanak senyum sbb tade gigi ke ape..hehe
adeyh...muka sepesen ek...
ردحذفkte ingatkan makcik tu tanak senyum sbb tade gigi ke ape..hehe
kesian u all buat silap judgement...hehe
ردحذفhek3 cian makcik tuu. nsib baik lah sedar jugak ke'sweet'an beliau ^^
ردحذفhehehehe rupanya dia mmg mcm tu hehe
ردحذفazab betul jumpa org camni..
ردحذفforteen aku je pasti tak macam ni huhu
Hahaha!! Lawak!
ردحذفTapi memang ada je orang yang bermuka macam tu. Sabo jele.
Owh, saya terjumpa blog ni masa google 'muka ketat'. Hehehe.
إرسال تعليق
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com