Pelanggan Sentiasa Betul?

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans. Hari ini saya teringin untuk memberi pandangan dan berkongsi pendapat saya tentang isu yang agak panas berkenaan tindakan biadap seorang pekerja restoran makanan segera yang marah kepada seorang pelanggan sehingga tergamak menendang pelanggan tersebut yang dipercayai melakukan provokasi awal yang melampau terhadapnya. Saya agak seronok sebenarnya membaca pendapat serta komen daripada orang ramai semalam berkenaan hal ini. Bukannya seronok membaca komen - komen yang bersifat perkauman atau pun yang berbahasa kesat tetapi gembira membaca komen yang berilmiah, ada fakta, ada rujukan dan berbudi bahasa tidak kira komen itu menyokong atau tidak tindakan kedua - dua belah pihak tersebut. Pada pandangan saya pula ialah saya berpendapat kedua - dua pihak ada kesalahan masing - masing dan kedua - dua belah pihak juga gagal menangani masalah ini dengan sebaik - baiknya sehingga terjadinya perkara yang memalukan ini serta menjatuhkan repustasi kesemua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.


Ramai manusia apabila menjadi pelanggan kepada mana - mana pihak yang menjual produk atau memberi servis pasti akan memegang kata - kata keramat ini 'Customer Is Always Right' tetapi saya kurang bersetuju dengan hal tersebut kerana sistem jual beli sepatutnya memberi keuntungan dan rasa puas hati kepada kedua - dua belah pihak dan suka untuk saya kongsikan kata - kata ini 'Maybe Customer Is Always Right But They Should Know Their Not Boss'. Bagi saya pelanggan juga perlu ada sikap bertolak ansur atau toleransi apabila menghadapi situasi yang betul - betul memberi tekanan kepada kedua - dua belah pihak.


Saya juga sama sekali menentang keras penggunaan kekerasan di dalam hal ini. Saya merasakan pihak syarikat terbabit harus lebih tegas dan selektif di dalam memilih pekerja agar perkara sebegini tidak berulang. Selalunya kita sudah boleh menilai perwatakan seseorang itu bermula dari peringkat temuduga lagi dan pada waktu itu sahaja pun kita sudah boleh menguji bakal pekerja kita tentang tahap kesabaran mereka berdasarkan soalan - soalan yang lebih bersifat menduga atau boleh saya katakan sebagai tindakan 'provokasi yang bijak'. Saya tidak nafikan bekerja dengan manusia adalah lebih sukar berbanding bekerja dengan mesin kerana sudah lumrah kita harus menahan sabar apabila berurusan dengan manusia yang bermacam ragam tetapi lain pula dengan mesin yang mana paling tidak pun boleh diketuk atau diluah rasa amarah kerana mesin tidak mampu menjawab atau membalas kembali seperti apa yang manusia mampu lakukan.


Saya juga pernah bekerja di sektor yang memerlukan saya berurusan dengan pelanggan yang pelbagai kerenah. Seronok apabila mendapat pelanggan yang memahami dan baik hati. Tidak kurang juga rasa marah atau meluat dengan pelanggan yang terlalu cerewet dan banyak kerenah. Salah satu pengalaman saya sewaktu bekerja di sebuah pasaraya dahulu ialah tentang sikap seorang pelanggan yang tidak dapat menerima kenyataan apabila saya memberitahu bahawa barang yang dicarinya(bungkusan getah untuk mengikat barang) tiada stok sehingga dia sanggup memanggil supervisor saya dan seorang lagi bos yang mungkin merupakan kenalannya untuk memberitahu tentang hal berkenaan. Katanya kepada bos tersebut bahawa sewaktu dia datang pada minggu lepas barang tersebut masih ada tetapi kenapa pada hari yang dia datang semula untuk membeli(selepas 7 hari) barang tersebut sudah tiada. Apabila diterangkan oleh bos tersebut kepada si pelanggan tersebut dan mahu tidak mahu terpaksa dia menerima hakikat tersebut sambil muka terasa malu kerana sebelum ini mulutnya tidak habis - habis berleter tidak percayakan dengan apa yang saya cakapkan dan tidak habis - habis dengan kata - katanya yang bersifat provakasi yang boleh diterjemahkan sebagai memandang rendah saya yang cuma bekerja di pasaraya walaupun hakikatnya saya cuma bekerja sambilan sewaktu cuti semester saya. Memang diakui yang saya juga berasa cukup marah sebenarnya pada ketika itu kerana sikap biadap dan tidak berbudi bahasa pelanggan tersebut tetapi mujur juga saya mampu menahan rasa marah saya yang agak meluap - luap. Jika tidak mungkin akan timbul video bertajuk 'Pekerja Pasaraya Biadap Menendang Pelanggan' di youtube.


Memang betul anda sebagai pelanggan mahukan khidmat yang terbaik tambahan pula jika urusan pembelian itu memerlukan anda membayar cukai maka semestinya anda mahukan perkhidmatan yang betul - betul memuaskan tetapi anda juga tiada hak untuk berlagak seperti anda itu manusia yang terlampau sempura dan sesuka hati menghina pekerja - pekerja lain dengan perkataan - perkataan yang tidak sepatutnya. Pekerja pula terutamanya pekerja yang memberi khidmat servis sebegini pula seharusnya sedar bahawa jika anda tidak mampu mengawal kemarahan anda ia bukan sahaja memberi kesan buruk kepada diri anda seorang tetapi juga sebenarnya memberi kesan negatif kepada pekerja lain serta organisasi dimana anda memperoleh rezeki. Jadi, bagi saya ayat 'Pelanggan Sentiasa Betul' itu tidak bermaksud yang mereka sentiasa betul kerana kedua - dua pihak sepatutnya mempunyai sifat tolak ansur serta rasa hormat yang tinggi. Saya percaya jika kedua - dua mempunyai sifat positif ini maka kejadian memalukan seperti yang kita lihat, dengar atau pun baca tersebut pasti dapat dielakkan.

P/S : Saya Juga Percaya Setiap Orang Punya Pendapat Dan Pandangan Masing - Masing. Saya Tidak Minta Anda Menyokong Saya Jika Kita Sependapat Atau Membangkang Saya Jika Pendapat Kita Bertentangan. Cuma Ambil Yang Positif Daripada Entri Ini. Sekian. Terima Kasih! (^_^)Y

19 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. masing2x kena bertolak ansur.. budi bahasa tu penting, if tiada tu lah jadi masalah >.<

    ردحذف
  2. hurm. masalah peniaga-pelanggan ni bukan baru. banyak. soalnya sama ada diexpose atau tidak je. senang ckp, kena pandai2 la tolerate.

    ردحذف
  3. aku tak suka pelanggan layan pekerja macam hamba diorang. benci. sama2 manusia. inilah akibatnya bila manusia diukur melalui pangkat dan harta. hhmm...

    ردحذف
  4. betul3 >_<" grrr.. kdg2 bengang jgk dgn customer yg terOVER ragamnya.

    apa2 pun, HARUSLAH tolak ansur..give & take =p nice entry bro =)

    ردحذف
  5. setuju betul aku dgn entry kauu. xsemuanya nak betul kan? T__T

    ردحذف
  6. another quote.

    customer always right but they cannot act like a boss.

    ردحذف
  7. kalo pelanggan da kurang ajar sgt mmg kte kena kasi ajar la...

    ردحذف
  8. yup betol !
    aku nak share pengalaman aku.
    hehehehe.

    dulu aku suka jugak mengamuk dekat kedai makan. pantang lambat sikit memang kene lah dorang. then bila ada sekali aku kerja part time kat kedai makan baru aku taw betapa susahnya layan customer ni. memang marah pada customer yang tak reti sabar. padahal aku pon golongan yang kurang penyabar. so now aku belajar kawal marah aku and bila aku pergi makan aku cuba fikir kalau aku duduk kat tempat pekerja tuh. hihihi.

    bagi aku dua2 pon salah. ada customer yang tataw ape pekerja rasa so dorang boleh maki sesuke hati. kesimpulannya kalau nak kerja tempat yang kene hadap customer kene kuatkan hati ;)

    ردحذف
    الردود
    1. Setuju.. keje ngn customer boleh buat kite sedar.

      حذف
  9. pndapat aku bila customer dah tau yg diorang akan diutamakan, sure akan naik kepala dan mula mencari kesilapan peniaga walaupn kesilapan kecil

    ردحذف
  10. kalau customer yg kuang ajr, suka berleter, suka complain, byk songeh aku prefer, talk to my hand. ignore. buat senyum2 kelat. buat pekak telinga. dulu time keja part time mmg slalu sgt face dengan customer yg mcm2 perangai. tapi xla semua mcm tu, lebih byk yg sgt2 baik.talk nicely..mcm hargai sgt apa yg kita buat..:)

    ردحذف
  11. mungkin juga pekerja ni awalnya pada pihak yg betul, cuma dia nampak kurang mahir(cara komunikasi etc) menangani kerenah pelanggan. akibatnya x dapat menahan perasaan.
    latihan secukupnya sangat penting supaya pekara2 mcm ni xberulang.
    suka juga berkongsi pengalaman kawan2 yg berkerja syarikat jepun, yg mana diaorang betul2 ikut customer is always right walaupun customer tu betul2 salah. ini key factor kejayaan jepun. wallahuallam.

    ردحذف
  12. pokok xkn bergoyang kalau xdo angin.pekerja tu xkan marah smp tendang2 kalo xdo org provok.sja la tu org tgh stress buat makann kt dlm tuy, boleh pulak dia dok berleter dan provok.

    kalo ak pun mgkn ak naik geram.

    ردحذف
  13. kadang2 customer ni boleh tahan jugak ragam..sepatutnya masing2 ada sifat tolak ansur....

    ردحذف
  14. masing2 kena faham.. selamat dunia..

    ردحذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم