Ketakutan Dalam Keselamatan

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Baru - baru ini Malaysia dikhabarkan merupakan antara negara yang paling selamat di Asia Tenggara berdasarkan kajian yang menggunakan beberapa indikator tertentu sebagai analisis kepada hasil keputusan ini. Mengetahui Malaysia sebagai sebuah negara yang paling selamat di rantau ini pastinya membuatkan hati ini terasa senang sekali namun hakikatnya itu mungkin dari kajian berdasarkan kes - kes jenayah yang besar atau mengikut jenis serta spesifikasi tertentu. Bagaimana pula dengan kes - kes jenayah lain yang walaupun mungkin ada di antaranya yang kedengaran cukup remeh namun ia juga sebenarnya memberi impak yang amat besar kepada masyarakat.




Membesar pada era 90-an dan melihat kepada situasi sekarang sememangnya ibarat langit dan bumi. Sewaktu kanak - kanak dahulu sememangnya kami semua bebas pergi ke kedai untuk membeli barang yang di pesan oleh ibu walaupun jarak di antara rumah dan kedai mungkin lebih dari 200 meter. Kami juga bebas untuk pulang ke rumah dari sekolah hanya dengan berjalan kaki sahaja dan perkara yang cuma perlu dirisaukan pada ketika itu hanya lah kelibat anjing - anjing liar yang mungkin naik minyak dengan tiba - tiba lalu mengejar kami yang masih di peringkat kanak - kanak lagi. Paling seronok ialah kami yang masih tidak tahu erti cabaran dunia sangat gembira bermain di padang permainan yang disediakan tanpa pengawasan orang dewasa tanpa perlu memikirkan kes - kes seperti sekarang yang melibatkan kanak - kanak kini seperti diculik, dibunuh atau tidak dijumpai dan dikategorikan sebagai hilang.




Itu hanya lah cebisan kisah kanak - kanak pada era dahulu dan sekarang. Bagaimana pula dengan wanita di alaf ini? Mereka juga tidak lepas daripada menjadi mangsa jenayah yang cukup berleluasa kini. Jika berjalan sama ada bertentangan jalan mahu pun mengikut arus jalan dan perkara utama yang perlu mereka fikirkan ialah kedudukan beg tangan mereka sama ada di tangan kanan atau di tangan kiri. Itu juga belum cukup membantu kerana kes ragut yang sentiasa terjadi sememangnya cukup menakutkan. Bukan sekadar ragut sewaktu mereka ini berjalan tetapi juga sama ada mereka sedang menunggang motosikal hatta jika berada di dalam kereta sekalipun pun kes jenayah ini masih mampu berlaku dalam suasana yang cukup menakutkan.




Situasi di mesin ATM juga kini berlainan suasananya. Jika dahulu pengguna mungkin berasa risau takut jika jumlah wang simpanan mereka dilihat oleh orang di belakang yang sedang menunggu giliran namun kini situasinya lebih menjurus ke arah yang lebih menakutkan. Kini pengguna bimbang pula jika orang di belakangnya yang kelihatan seperti sedang menunggu giliran sebenarnya berniat menyimpang atau dalam erti kata lain ingin merompak mereka yang sedang leka mengeluarkan atau mengira duit. Ini bukannya hal rekaan kerana sudah ada kes sama ada di luar negara mahu pun di negara tercinta kita ini.




Berkenaan keselamatan kenderaan peribadi pengguna juga menjadi topik hangat yang sering dibincangkan masyarakat kini. Tidak kira kenderaan tersebut berupa sebuah kereta mahu pun motosikal tanpa mengira harga pasti akan mengundang risau para pemiliknya walaupun segala ciri - ciri alat keselamatan yang canggih telah pun dipasang pada harta mereka tersebut kerana sehebat mana pun teknologi namun yang menciptanya ialah manusia dan yang tahu rahsia untuk melumpuhkan sistem itu juga adalah manusia. Sedar - sedar sahaja kereta atau motosikal yang sebelum ini berada di depan mata sudah lesap entah ke mana. Zaman sekarang juga berlainan dengan dahulu. Dahulunya jika anda sekadar ingin membeli surat khabar di kedai atau kawasan perhentian mungkin hanya sekadar keluar dari kereta tanpa mematikan enjin namun jika perkara yang sama di praktik pada masa sekarang memang alamatnya kereta anda akan hilang dilarikan manusia lain.




Kes - kes jenayah di kawasan perumahan sama ada di bandar mahu pun kampung juga tidak kira hebatnya. Kecurian kabel, besi penutup longkang serta kes pecah rumah juga amat membimbangkan saban hari dan mengundang resah gelisah kepada pemilik rumah tambahan pula jika insan itu ialah wanita apabila mereka tinggal berseorangan. Sedangkan rumah anda yang berkunci rapat masih mampu dimasuki apatah lagi jika dibiarkan pintu terbuka luas yang seolah - olah mengalu - alukan penjenayah untuk datang ke rumah anda. Kesimpulannya masyarakat kita kini hidup ketakutan di dalam sebuah negara yang diiktiraf sebagai negara paling selamat di Asia Tenggara.


P/S : Rasa Beruntung Kerana Berpeluang Untuk Hidup Di Dalam Suasana Yang Lebih Selamat Sewaktu Di Peringkat Kanak - Kanak Dahulu. (^_^)Y


13 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. zaman sekarang ni, walaupun tempat tu nampak selamat, tapi ianya belum tentu selamat kan..

    mmg byk bahaya..!

    ردحذف
  2. Menakutkan Malaysia ni. Saya pun ingat gak dulu masa kecik2, kita boleh pegi ke mana2 jedgn izin mak ayah. Mereka pun takde la nak risau2 kes culik-rogol-bunuh-bakar pun. Huhu.. Sian bebudak skrg. Sian jugak kat wanita2 skrg, termasuk saya. Pendek kata, sian la kat seluruh rakyat mesia.

    ردحذف
  3. kadang-kala baik juga kita bersangka buruk, sekurang-kurangnya kita bersedia dan tak panik menghadapi musibah...

    ردحذف
  4. setuju dgn awk.
    lately,kanak2 yg selalu jadi mangsa culik n bunuh.
    manusia yg nmpk luarannye baek tapi kejam nak mampus.
    M'sia sudah tidak selamat :(

    ردحذف
  5. kene sentiasa berhati-hati even kat tempat orang ramai pun boleh jadi kes jenayah.

    ردحذف
  6. Betul tu hans...
    Kalo dedolu jalan sesorang balik sekolah ke p kedai ke..
    Rilex je..
    Cuma bawak payung tuk pukul hanjing yang meroyan...
    Sekarang...
    bawa payung pun da tak guna...

    ردحذف
  7. Semoga kita semua dijauhkan dari sifat yang keji... Amin..

    ردحذف
  8. Ye la, teringat dulu masa sekolah, kalau pergi kelas tambahan masa malam pun boleh rilek je balik rumah jalan kaki even dah pukul 10 malam dan jarak sekolah dari rumah dekat 2km juga...
    Sekarang ni nak keluar rumah lepas Maghrib sorang pun pikir 7 8 kali... huhuhu~~

    ردحذف
  9. hati2 ye..sekarang sume xselamat. ak nk amik kelas taekwando la blik~

    ردحذف
  10. sekarang ni pun dah takut nak biar adik main kat luar rumah. kita kecik2 dulu. maghrib baru masuk rumah. Malaysia dah tak selamat. even duk dlm rumah sendiri pun blh kna bunuh.

    ردحذف
  11. menakutkan.. risau kt bdk2 kecik.. diri sendiri apatah lg..family kt kg..haihh.. mcm2 blh jd.. manusia skrg xdak ati perut ramai

    ردحذف
  12. pndk kata xleh percaya sgt dgn org sekeliling, kene salu berhati-hati..tp kalo kes lari ikut pakwe tu mmg cari psl betullah..menyusahkan mak ayah dan org ramai

    ردحذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم