Lirik Lagu Teman Pengganti - Black Feat Malique



Tajuk Lagu:
Teman Pengganti


Penyanyi:
Black Feat Malique


Lirik Lagu

(BLACK)
Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

(MALIQUE)
Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana gundah
Segalanya kau berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

(BLACK)
Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala - galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

(MALIQUE)
Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulang tahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kau lah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi yang dia sempurna

(BLACK)
Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala - galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

(MALIQUE)
 Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga - moga cukup untuk majlis itu nanti

(BLACK)
Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti


P/S : Lagu Nih Ada Maksud Yang Sangat Mendalam Dan Ini Buat Gua Suka Sangat Lagu Nih!! (^_^)Y


43 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. mmg mendalam maksud lagu ni.
    'syawal terakhir'. hurm...
    member ofis ajar dgr lagu ni last2 terlekat lak.
    macam2 andaian muncul lepas dgr lagu ni.hehe

    ردحذف
  2. pertama kali dgr..best juga ek.. :)

    ردحذف
  3. Assalamualaikum wbth.....jalan jalan ptg...

    nice header tu...suka la
    rainbow itu pelangi...

    nak rambo itu tembak-tembak......
    ada tak..?

    pe pun salam kenal dari saya...

    ردحذف
  4. lamer x singgah sini...
    n hr ni dtg sini sbb cari lirik lagu nih...btol2 mndalam lirik lagu nih ...hmmm

    ردحذف
  5. saper yg memahami..lirik
    'kau teristimewa tapi dia yg sempurna',,,
    can share with me...

    ردحذف
    الردود
    1. Kau teristimewa mungkin ditujukan pada isteri... Dia yg sempurna plak Allah SWT... Mungkin....

      حذف
    2. Dalam diam ada seorg yg ku puja, kau teristimewa dia yg sempurna. Kau teristimewa tu bini dia, dia yg sempurna plak nabi Muhammad s. A. W kitalah....

      حذف
    3. Dalam diam ada seorg yg ku puja, kau teristimewa dia yg sempurna. Kau teristimewa tu bini dia, dia yg sempurna plak nabi Muhammad s. A. W kitalah....

      حذف
    4. Kau teristimewa utk istri dia, dia yg sempurna tu nabi Muhammad saw lah....

      حذف
    5. Hmmm bests jgk lgu ni.

      حذف
    6. Cerita lagu ni kan pasal istri dia selingkuh, maksud kau teristimewa tu istri dia, dan tapi dia yg sempurna tu selingkuhan istri dia lahh. Kan istri dia cari yg lebih sempurna dari dia, maka Ia cakap dia yg sempurna. Dia ni pergi menghadap Ilahi kan pasal istri dia selingkuh, lirik lagu ni semacam Ia nak bunuh diri dan pergi tinggalkan dunia.

      حذف
  6. Terbaik lagu gamm..dengan kehidupan aku pada tahun 2002-2003

    ردحذف
  7. hm..setiap lirik beliau ada maksud.. lagu terakhir ni...

    ردحذف
  8. lagu ini ingatkan aku dengan arwah kawan aku

    ردحذف
  9. Best Lagu Nie ..

    ردحذف
  10. ble nx buat lg karoke ni?

    ردحذف
  11. lagu ni ad kna mngena ngan aku n mmb aku. . Sdih aku dgar lagu ni. . Sbb bnyak knangan dah kami lalui brsama. .

    ردحذف
  12. menitis air mata bila dapat faham maksud yg tersembunyi dalam lagu ini...

    ردحذف
  13. bah memang benar bah..

    ردحذف
  14. best gilerrrr!!!!!!!!!!!!

    ردحذف
  15. Sy memg ske lgu ni.sb sdih sgt.huhu.

    ردحذف
  16. Tringt ksahlme.hehe

    ردحذف
  17. Lagu ni banyak pantun yang tersirat dan yang tersurat....

    ردحذف
  18. Akum hai saya sabri bekas penyanyi kumpulan wira.lagu ini tersentuh hati ini,

    ردحذف
  19. Nangis dgr lgu ne .. SYAWAL YG TERAKHIR ? HMMM :'(

    ردحذف
  20. Best sangat lagu nii.. Setiap waktu aku nak dengo lagu nii, musiknya sedap, liriknya pun lagi sedap, best !! Menitis aer mataku waktu pertama dengo.

    -salam from Aceh :)

    ردحذف
  21. lagu terbaik : yupz mmg ada maksud tersendiri dan sya memahami maksud itu ...

    ردحذف
  22. lagu terbaik : yupz mmg ada maksud tersendiri dan sya memahami nya

    ردحذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم