Kepada bakal-bakal couple yang dah nak kahwin atau sedang membuat perancangan perkahwinan tu, kami ada satu
soalan untuk korang. Agak-agak korang lah masa majlis kahwin korang nanti, rasa - rasanya sempat ker nak beramah
mesra dengan tetamu-tetamu atau rakan - rakan korang yang datang? Especially dengan kawan-kawan baik korang?
Mesti korang sibuk punya masa tu dengan baju kahwin yang panas, mekap
tebal-tebal, flash kamera tak henti-henti dan korang pun memang tak sempat
nak jumpa semua orang kan? Tak sempat nak dengar 'ucapan-ucapan nakal' yang
mengusik pasal malam pertama semua kan? Hehe!
Tapi
sekarang dengan POLARBOOK, korang dah tak perlu risau sebab korang boleh rakamkan kehadiran semua teman-teman yang
datang untuk disimpan sampai bila-bila!
Memperkenalkan POLARBOOK. POLAROID + GUESTBOOK. POLARBOOK.
Konsepnya simple! Fungsi Guestbook adalah untuk memberi
peluang kepada tetamu menulis ucapan kepada pengantin. Cuma, apa yang istimewanya disini ialah diorang juga akan diambil gambar dengan menggunakan kamera polaroid
(instant camera)! Gambar tu pula akan dilekatkan sekali bersama dengan ucapan mereka! Jadi, setelah majlis selesai, korang sebagai pengantin boleh lah belek-belek kembali Guestbook mereka
sambil membaca ucapan-ucapan dan melihat gambar-gambar tetamu yang hadir tadi :)
Hanya 4 Langkah!
Tulis Ucapan -> Ambil Gambar -> Tampal Gambar beserta
ucapan didalam Guestbook -> Hadiah untuk pengantin
Macam best kan?
Memang best pun! Haha! Jika korang ambil pakej dari
POLARBOOK, korang akan dapat macam-macam! Begini, sebelum hari perkahwinan,
kami akan berbincang dengan korang untuk pilih tema yang korang suka. Tema ni
akan diaplikasikan kepada rekaan guestbook dan photobooth di majlis korang
nanti! Selepas dah pilih satu tema, contohnya, Tema Tradisional, kami akan
datang ke majlis korang dan akan set up satu photobooth dan kaunter POLARBOOK.
Kemudian, bila tetamu datang, diorang akan dipelawa untuk
menulis ucapan kepada pengantin didalam guestbook. Then, gambar mereka akan
diambil di photobooth yang tersedia. Apabila gambar sudah siap diproses (dalam
masa 3 minit sahaja), ia akan dilekatkan bersama ucapan diorang!
Tetamu tulis ucapan dalam
guestbook then ambil gambar!
Ucapan + Gambar tetamu yang
datang!
Apa yang menariknya, Kesemua aspek dalam POLARBOOK, iaitu
daripada rekaan guestbook, dekorasi photobooth hinggalah tukang ambil gambar,
semuanya dilakukan oleh kami sendiri! Jadi maknanya, korang dapat sesuatu yang keseluruhannya direka khas untuk korang sahaja!
Contoh Rekaan Guestbook Yang Pernah Dihasilkan
So, apa tunggu lagi? Jom tengok pakej-pakej yang ada~ Untuk
pengetahuan semua, kami sedang adakan promosi bulan Oktober! Diskaun RM100
untuk semua pakej!
Harga sebelum diskaun!
Sekarang, jom tengok gambar-gambar majlis yang POLARBOOK pernah cover~
Oh ya, POLARBOOK juga pernah keluar dalam akhbar KOSMO! Ya?
Jadi, jika korang mahukan sesuatu yang unik dan menarik
semasa majlis korang, boleh la contact kami melalui facebook atau pun call kami!
Facebook: www.facebook.com/polarbookkl
Hp: 012-9778626
(Faiz) @ 012-5938737 (Shukry)
P/S : Kepada Sesiapa Yang Berminat Atau Ingin Berkongsi Dengan Rakan - Rakan Korang Tentang POLARBOOK....Jangan Malu Atau Segan Untuk Klik Button Like Facebook Dan Retweet Di Twitter Yer :-)
kool!
ردحذفcantik..my friend pun guna guest book gak masa khwin..hehehe
ردحذفmohon like FB kami and share kat kwn2 ya?
ردحذف- owner POLARBOOK
p/s: thanks hans for the entry!
err..untuk yang dah kawin bole? hehe
ردحذفmenarikk..teringin jugalah nanti..hihih
ردحذفwah menarik ni..harga pun takdela mahal sgt~
ردحذف*nak benda ni masa kahwin nanti*
salam maaf ganggu kamu... saya Aidil Saiful.. dan saya pemilik online butik ASZA Collection... saya difahamkan yang kamu adalah seorang bloger... adakah kamu ada masa terluang untuk membuat review mengenai butik saya... Butik saya ni pun baru saja dirasmikan 3 minggu lalu... saya cuba yang terbaik untuk butik pertama saya ni... saya menjual pelbagai beg untuk lelaki dan wanita begitu juga baju dan juga minyak wangi... esok saya akan merasmikan product boxer pulak tuk lelaki... harap awak ada masa untuk bantu saya sbgai seorang kawan... harap jawapan daripada awak... Terima kasih
ردحذفhttp://www.facebook.com/AboyCollection
Bagus jugak kan!!! kalau kat dewan ok kot....kalau buat kat kampung ok ke??he...he...
ردحذفSangat menarik.....picta yg tetamu sndiri byr tu rm10 erk sekeping...kurang jelas....
ردحذفhans klu aku nak kahwin aku contact ko lah. haha.
ردحذفnot yet married,,, will consider this thing when the right time comes,, hehe
ردحذفberminat!! berminat!! tggu saya kawen
ردحذفda lama xdatang belog hans. hihihi.. =)
ردحذفwoahhhhh cool gak polarbook nih !
ردحذفnanti bila nak kawen nak buatlah =P
menarik !!
ردحذف:)
cool n creative.. tp aku lma lg kot nak kawen.. huhuhu..
ردحذفWaaaah gerek seh! Ucapan beserta gambar. Terbaik! ;)
ردحذفI came for the FOOD! hihi
salam kak..pm harga guestbook..preetyheart_ekin@yahoo.com
ردحذفTlg pm hrga polarbook di shaas8889@gmail.com...time kaseh ye..
ردحذفAsalamualaikum Tuan
ردحذفAda lagi pakej seperti diatas saya berminat sedang mencari perkara seperti ini mohon pm kadar harga bayaran dikenakan , saya berada di perak emel saya di azban63@yahoo.com, terima kasih
إرسال تعليق
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com