Restoran Mekah



Nama Kedai : Restoran Mekah (Makanan Arab)

Lokasi : No.38, Tamban B. B. Mergong, Alor Setar, Kedah.

Markah Dari Lidah Hans : 3/5

Kemungkinan Kembali Semula : Bergantung

Harga : Sangat Berpatutan




Cheq sebenaqnya memang dah lama nak makan dekat Restoran Mekah nih dimana lokasinya berhadapan dengan Tesco Mergong dan bersebelahan dengan bangunan Amway. Ramai betoi lah orang kampung cheq dok berkunun kata sedap lah marvelous lah terbaik lah! Macam-macam lah! Jadi, alhamdulillah cheq pun pi lah ke sana dengan mak abah cheq. Sampai tang sana memang ramai juga orang. Duduk jer dekat meja dan kami pun terus diberi menu. Wah! Murah nak habaq maiii!! Kalau sapa yang jenis mengketedarah kuat tu maka disarankan ambil saiz Large noh! Cheq takut nanti kalau tak kena dengan selera cheq dan buat tak habis kang orang kata membaziaq pula! Jadi, cheq dengan mak abah cheq ambil size kecik ja lah! Hehehe!




Memandangkan cheq dekat Kuala Lumpur nuh selalu juga dapat makan nasi arab free sebab ramai sangat suka belanja cheq makan jadi pada mulanya memang cheq dok berhajat lah nak makan macam-macam. Contoh macam kebab la apa lah kan tapi dekat sini tak banyak pilihan dari segi tu! Haihhh!! Kempunan lah cheq tapi tak apa! Jom kita pekena dulu Nasi Mandy Restoran Mekah yang orang kampung cheq dok hingaq kata sedap sangat tu!





Tengok gambaq atas nuh! Tudiaaa!! Tudia tudia tudiaaaa nak habaq maiiii!!! Sampai dah Nasi Mandy yang cheq order tadi tu. Secara jujoqnya lah, cheq suka rasa ayam dia! Sedap! Nasi Mandy depa pun sedap lah juga tapi mungkin sebab cheq pernah makan yang lebih power sedap nya dari yang nih jadi cheq boleh cakap Nasi Mandy dekat sini boleh tahan lah dan berpatutan dengan harga yang depa tawarkan pada pelanggan-pelanggan yang nak mencuba makan dekat sini.






Hah! Tengok lah gambaq dekat atas! Licin nak habaq mai! Pinggan tu kalau tak mau basuh pun tak pa! Bukan orang tau cheq yang guna sebab licin kan! Hahaha! Servis dekat sini boleh tahan bagus juga lah. Sebelum nih cheq ada baca komen yang dok complain kata depa lambat hantaq makanan tapi semalam laju pula. Rezeki cheq la kut dapat makan cepat tanpa menunggu. Hehehe! Cuma kepada pekerja yang dok ambil order dengan jadi cashier tu kalau boleh muka tu bagi lebih mesra sikit noh! Jangan ketat sangat sebab nanti pelanggan lain ingat hangpa tak suka kami pi makan dekat kedai hangpa tu. Hohoho!! Jadi, setakat ini sahaja review makanan arab iaitu Nasi Mandy yang cheq pekena dekat Restoran Mekah semalam. Lepas nih cheq cadang nak pi pekena nasi beriani dekat Restoran Beriani Abu Amir yang berdekatan dengan Shahab Perdana pula. Nantikan pengalaman cheq dekat sana pula! Yehaaa!




P/S : Bila Dah Kenyang Jadi Baringlah Macam Dugong Seperti Gambar Cheq Di Atas! (^_^)Y



21 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. Akak suka makan nasi Arab, tapi bila dah kenyang mata nak tutup je rasa..:)

    ردحذف
  2. kat area umah aku Kg Baru KL, banyak gak kedai arab..makanan dia memang not bad cuma kat tempat aku dia jual makanan Iran..tapi rasanya ngan restoran yang ko review nie tak banyak beza kot..heheh

    Regards,
    -Strider-

    ردحذف
  3. Fadilah Aziz : hahaha..tu la pasal kak...power dia macam makan nasi lemak juga..hehe

    Azlan Strider : makanan Iran xsama dengan Arab ker?

    gadisBunga : den memang suko makan licin2 nih...nanti nasi tu nangis kalau kita tak makan dia..hoho

    Ayie Abbas : mungkin la kut :-)

    ردحذف
  4. da lama tak makan masakan arab ni ..huhu..salam kenal ..

    ردحذف
  5. masa duk kedah dulu area jitra, penah gak lalu dekat area restoran tu, tapi belum berkesempatan untuk merasa menu kat situ....hehe.

    ردحذف
  6. aunty tak penah masuk restoran arab lagi lor...huhu. xleh nk banding pasal rasa..

    ردحذف
  7. jauh pulak akak nak p..nampak menarik makanan tu.

    ردحذف
  8. ckp kodah dioo.mcm sdap je makanna arab tu

    ردحذف
  9. saya memang tak pernah jejakkan kaki dekat mana-mana restoran arab lagi. lagipun , macam susah nak jumpa restoran macam tu dekat Sabah :')

    ردحذف
  10. tak penah rase lagi nasi arab seumur hidup,haha

    ردحذف
  11. luqman pernh makan nasi mandy tuh..biase jer..hurmm..tp mahal 12 hengget..

    ردحذف
  12. sume entry sal mknnn ni npe,, =_=" lapo,,

    ردحذف
  13. cheq pon terlioq ni!
    haha
    xprnh merase pon mkn nasik arab..
    huhu..

    ردحذف
  14. dah pernah ke Abu Amir tu. suka yg tu. portion besar dan sedap. belom pernah lagi ke restoran mekah ni dan pernah terbaca banyak review negatif. nanti nak baca review Abu Amir pulak :)

    ردحذف
  15. hamboiii...tudiaa..kemainn lagi mknn dia..terliuq cheq nengok..hehe..

    igtkn kt Mekah nun restoran nie..rupanya kat utara sana..hiks.. =)

    nak cket boleh?? kui3 :p

    ردحذف
  16. Heihei..lepas ni chef hans ajar la buat nasi arab lak.hahahahahahahahahahahaha

    ردحذف
  17. Wahh , nasi arab naa.. Secara detail ceritanya ..hahaha..

    Pernah juga makan , dekat area Shah Alam satu kedai pekena makan nasi arab . bolehlah tahan ..cuma bukan dihidang dalam pingganlah . Dihidang dalam dulang . Sedapp oo.. >_<

    ردحذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم