Hans Dan Gambar

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans. Walaweh! Disebabkan kemudahan internet masih belum wujud dekat rumah sewa dan disebabkan banyak kisah yang nak diceritakan tetapi terbengkalai disebabkan masalah seperti yang disebut di atas maka gua pun update menggunakan gambar dan sedikit penerangan lah. Hohoho!!



Awek tak ada! Tunang lagi lah jauh sekali! Tup tup gua pergi kursus kahwin? Hah! Kalau hangpa semua terkejut sah-sah lah mak ayah gua lagi lah terkejut! Hahaha! Tak tahan tu kawan-kawan gua dok ucap tahniah lah apa lah sebab ingat gua nak kahwin! Kuikuikui! Saja gua ambil awal-awal tetapi memang seronok pergi kursus kahwin nih! Banyak perkara korang dapat dan boleh belajar dan insyaallah perkahwinan akan bahagia jika segala ilmu yang korang dapat tu di praktikan sewaktu berumah tangga nanti! Hah! Makcik-makcik yang ada anak dara yang segak-segak atau awek-awek cun yang masih single tu sila contact gua yer! Hehehe!!



Salah satu makanan yang digemari ialah satay. Senang untuk mencari daging satay yang sedap tetapi sukar untuk mencari kuah kacang yang sedap! Jadi, sebelum berpindah rumah daripada Damansara ke Bukit Jalil maka gua pekena dulu satay yang boleh kata best juga dekat area Damansara Damai. Nyum Nyum Nyum!



Akhirnya gua tiba di rumah baru! Memang letih juga lah sebab 2-3 kali ulang alik dari rumah lama ke rumah baru sebab nak ambil barang. Lepas tu nak menyapu, mengemop, mengangkat barang lagi! Haihhh!! Sedih betul katil dengan almari pun tak ada! Ada mana-mana syarikat nak sponsor perabot dekat gua tak? Sila email gua di hanis_narnia@yahoo.com yer. Hahaha!!!



Gua sempat lah bergambar dengan penyanyi muda dari Indonesia, Shae yang popular dengan lagu Sayang tu. Shae nih antara artis yang unik dan bagus bagi aku sebab dalam banyak-banyak artis(Padahal tak banyak pun! Hahaha!) aku pernah bergambar hanya dia seorang yang ada inisiatif untuk bertanya dan berkenalan dulu sebelum bergambar! Terbaik! Owh! Mesti korang pelik kenapa aku letak muka bintang dekat muka aku tu kan? Saja suka-suka! Hohihohi!!!



Berpeluang bertemu dengan pelakon veteran, Maimon Mutalib yang menghidap kanser payudara sememangnya merupakan satu tuah buat gua untuk secara tidak langsung dapat bertemu, melihat, bertanya khabar dan belajar melihat kekuatan manusia dalam menghadapi cabaran dan dugaan yang telah ditentukan oleh Allah. Kak Maimon memang seorang yang peramah, cekal dan gua memang kagum dengan ketabahannya. Semoga Kak Maimon cepat sembuh! Amin!



Kabinet dapur nih mengambil masa selama 2 jam 30 minit untuk dipasang. Housemate gua yang bertungkus lumus pasang. Gua membantu serba sedikit jer lah! Kenapa lama sangat nak pasang? Sebab papan-papan kayunya tidak dilabel langsung. Dah pasang suku tiba-tiba baru sedar salah pasang. Dah nak kena buka balik. Housemate gua kata dekat gua,"Nasib benda nih bukan free! Kalau tak dah lama aku campak keluar!" Gua pula cakap dekat dia,"Nasib kau pakar bab bertukang nih! Kalau aku tak kisah lah free ker tak memang aku dah lama campak keluar!" Hahahaha!!!



Gua memang minat sungguh-sungguh dekat drama Setia Hujung Nyawa nih!! Daripada episod pertama sampailah episod terakhir gua layan! Gua memang akan pastikan gua mesti sampai rumah daripada tempat kerja sebelum pukul 7 petang. Kalau terlepas sebab kerja maka gua akan layan dekat laman web Tonton. Nasib episod akhir gua dapat tengok dekat televisyen! Memang terbaik lah! Hohoho!!



Yeah!! Alhamdulillah, segala-gala perancangan berjalan lancar! Selamat hari lahir buat Erra Fazira! Semoga umur anda diberkati dan segala-gala urusan hidup dipermudahkan Allah! Musnah program diet gua sebab macam-macam makanan gua sebat! Hahahaha!!!



Ada gaya Steven Tyler tak? Hahaha!!! Gambar nih memang minta penampar dan kaki kan? Hahaha!!! Gua edit guna Modiface lepas tu terus kena maki dengan member-member gua! Hahahaha!!!


P/S : Sedang Lepak-Lepak Sambil Makan Buah Limau! Ambil Mood Chinese New Year! (^_^)Y


8 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. Ok..kerja dengan astro ea?

    ردحذف
  2. wahh syoknyaa dapat jumpa artis.. wahhhhhh.... bestnyaaaa

    ردحذف
  3. bolih percaya ke hans takde awek?..he2x..
    semuga maimon mutalib tabah menghadapi ujian dr Allah..semuga beliau cepat sembuh..amin..bestkan hans dpt bertugas distesen TV ,bolih jumpa ramai `retis`.. ;)

    ردحذف
  4. amboii meriah betul gambr-gambar hang..penuh dengan artis..Semoga mamon mutalib sihat2 sahaja. sama la kita cuti-cuti ni makn limau sokmo

    ردحذف
  5. anak dara takde ..tapi mak dara ada la bro. bole kah ? hehe

    ردحذف
  6. Last picture tu macam scary n annoying nak tgok. Hahaha. Wahh! Untungla jumpe selebriti. =D

    ردحذف
  7. sy bab retis ni just baca2 je kat internet . heheh x bape minat sgt ..

    ردحذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم