Hans Di Cameron Highlands

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Alhamdulillah pada 23 Februari hingga 24 Februari yang lepas Hans berkesempatan untuk bercuti di salah sebuah tempat pelancongan yang terkenal di Malaysia iaitu Cameron Highlands. Inilah pertama kalinya Hans datang berkunjung ke sini dan alhamdulillah memang satu pengalaman yang cukup menyeronokkan ditambah pula pergi bercuti dengan rakan-rakan bujang serta rakan yang telah pun berkeluarga. Semuanya dalam 10 orang dan yang menariknya tu rakan Hans yang dah berkahwin tu bukan setakat bawa isteri dan anak-anak jer tetapi dengan pembantu rumah sekali. Hohoho! Jadi, dibawah adalah gambar-gambar percutian dan sedikit penerangan tentang gambar tersebut.


HARI PERTAMA

Bersiap-siap dari rumah untuk konvoi bersama-sama! Semangat betul bangun awal-awal pagi sebab tak sabar nak pergi Cameron Highlands. Cantik betul pemandangan waktu pagi dekat rumah sewa Hans nih kan? (^_^)Y


Sempat sarapan roti dengan air kotak nih jer lah sebab kejar masa. Boleh lah kan dari tak ada. Rezeki juga nih! Alhamdulillah! (^_^)Y


Bila dah atas jalan raya nih tiba-tiba rasa macam tak nak pergi Cameron Highlands. Rasa macam nak balik rumah jer! Boleh? Hahaha! (^_^)Y


Anda sedang diperhatikan! Hans naik kereta jadi tapi papan tanda nih cuma tunjuk motosikal. Jadi, ada aku kisah! Hahaha! Tapi kadang-kadang bila fikir tu rasa cuak juga sebab fikir siapalah yang memerhati kita sebenarnya tu. Jeng Jeng Jeng!  (^_^)Y



Singgap sekejap dekat tempat nih. Dekat sini ada tempat tanam bunga, strawberry dan juga coklat. Masuk percuma! Itu yang semua mahu dengar! Hahaha! Mula-mula keluar daripada kereta tu...Ya Allah! Seronok betul cuaca sejuk dekat sini! Rasa nyaman betul! (^_^)Y



Jadi Mat Bunga lah kejap sebab bergambar dengan bunga-bunga yang cantik-cantik nih! Rasa macam nak petik bawa balik jer tetapi kalau petik sekuntum bunga kena denda RM5. Jadi, teruslah batalkan niat murni aku tu! (^_^)Y



Hans dan rakan-rakan bergambar-gambar lah sekejap dekat sini! Bukan selalu dapat datangkan! Hehehe! (^_^)Y


Entah macam mana tiba-tiba boleh pula tersesat dekat London! Pergi Cameron Highlands tapi sampai dekat London? Tak ker pelik namanya tu? Hah? Believe it or not? (^_^)Y


Apa motif gambar nih? Macam melutut nak melamar pun ada tapi askar tu kan lelaki! Opsss!!! Gua bukan geng LGBT! Hahahaha!!! (^_^)Y


Cuaca dah lah sejuk tiba-tiba hujan turun pula. Maka bertambah sejuk lah jadinya tetapi nama pun dah bercuti. So, kita enjoyyyyyy!!!! (^_^)Y


Singgah pula ke Lavender Farm. Baru buka dan harga tiket cuma RM5. Dekat sini ada banyak bunga dan ada juga ladang strawberry. Jom ikut Hans pusing-pusing tengok apa yang ada dekat sini! (^_^)Y


Dah macam Shah Rukh Khan dalam filem Dilwale Dulhania Le Jayenge pula bila dikelilingi dengan penuh bunga nih. Eh? (^_^)Y


Serius beb! Bila tengok salad-salad dekat sini terus Hans teringat laksa daripada air tangan mak jauh di kampung halaman! Haihhhh!!! Sedap nih! Segar gila salad-salad dekat sini! Geram betul tengok!!   (^_^)Y



Mari memetik strawberry bersama Hans! Hahahaha! Memetik ker menggunting? Entah! Lantak lah! Bayar RM10 untuk 100 gram ker 200 gram entah! Lupa pula teman nih tapi yang penting memang mahal bebenor! Cuma yang seronoknya tu adalah pengalaman memetik/menggunting buah strawberry nih! (^_^)Y


Ambil sikit-sikit sudah lah! Ambil banyak-banyak buat apa! Rugi jer! Baik pergi beli dekat pasar borong dekat-dekat situ. 4 kotak RM10! Ini tak sampai 20 biji dah kena bayar RM10! Rugi-rugi! (^_^)Y


Kacak dan comel kan? Ice cream model wannabe? Lalalalalalalalalalalalala!!! (^_^)Y


Singgah makan malam dekat Restoran Idaman kalau tak silap. Makanannya memang terbaik! Semua jenis makanan yang Hans dan rakan-rakan pesan memang semua sedap-sedap! Terbaik!!! (^_^)Y


Makan strawberry coklat. Inilah makanan yang buat Dato Siti jatuh hati dengan Dato K tu! Hahaha! (^_^)Y


Singgah dekat pasar malam dekat kawasan Brinchang. Walaweh! Murah-murah juga lah barang-barang dekat sini. Rambang mata lah sekejap tengok macam-macam buah, sayur, cenderahati, pakaian, makanan dan banyak lagi lah. Terjumpa sejenis buah yang orang dekat sini panggil jambu epal! Serius memang terbaik rasa buah tu! (^_^)Y


Dah macam Hritik Roshan pula dah kan? Eh? Lalalalalalalalalalalalalala!!!! (^_^)Y



HARI KEDUA

Pemandangan dari tempat penginapan! Hehehe! Sejuk dan nyaman! Seronok-seronok! (^_^)Y


Dekat ladang teh Cameron Highlands tapi Hans tak turun bawah pun sebab tanah basah! Kasut pula licin! Buat nanti tergolek jatuh bawah malu aku tujuh keturunan! Hahaha! Borong beli teh jer lah dekat sini. Macam-macam rasa ada. Rasa oren la strawberry lah anggur lah! Gred 1 lah gred 2 lah! Tak apa! Beli jer mana nak! Hohoho!! (^_^)Y


Singgah pula dekat ladang cendawan. Perkara yang paling mahu didengari ialah masuk adalah percuma! Yeahhh!! Haihhhh!!! Kalau rumah Hans dekat dah lama borong cendawan-cendawan dekat sini suruh mak masak! Hahaha! Nak buat macam mana! Tengok jer lah sambil telan air liur! Macam-macam jenis cendawan ada nak habaq mai! (^_^)Y


Buah limau nih serius manis. Masa penjual tu suruh rasa dan Hans pun rasa. Memang manis tapi risau juga sebab takut nanti kalau beli tak manis pula. Jadi, beli sikit jer lah! Bila makan dekat rumah memang semua buah manis-manis. Menyesal tak beli banyak-banyak! (^_^)Y


Singgah pula dekat tempat jual kaktus dan masuk juga adalah percuma! Yeahhh!! Hahaha! Memang banyak bebenor kaktus dekat sini. Dari yang kecil sampai lah yang besar macam kereta(nampak sangat menipunya tu!) (^_^)Y


Hans sempat lah beli tiga buah anak pokok. Kecil-kecil jer! Sekarang tengah menjaga mereka bertiga dekat rumah! Hahaha! Jadi, selepas membeli tu maka bergambar lah sekejap sebelum masing-masing fokus dekat tempat terakhir yang kami semua nak singgah selepas nih! (^_^)Y


Pakai topi keledar yer bangggg!!!! Terbaikkkkkkkkkk dari ladang!!!


Akhirnya, sudah tiba di tempat yang ingin dituju! Dah sampai dekat Pasar Borong! Hah! Dekat sini apa yang korang nak beli semua ada! Murah pula tu! Jagung tiga longgok RM10 jer! Sayur sampai 20 bungkus cuma RM10 jer. Betul-betul murah nak habaq mai! Apa lagi! Jom lah membeli belah!


Alhamdulillah! Akhirnya apabila usia dah menjangkau 19 tahun nih...eh?....akhirnya dapat juga Hans menjejakkan kaki dekat Cameron Highlands nih! Memang satu pengalaman manis bercuti dekat sini. Selamat tinggal Cameron Highlands! Jumpa lagi! (^_^)Y


Hasil tangkapan sepanjang berada di Cameron Highlands! Hans beli tak adalah banyak sangat tetapi bila dihitung balik perbelanjaan Hans dan rakan-rakan....Kenapa aku yang belanja paling banyak? Argghhhhhhhhhhhh!!!! (^_^)Y


P/S : Insyaallah! Ada rezeki lepas nih Hans nak melancong tempat yang jauh sikit! Nak tahu kemana? Tungguuuuuu!!! (^_^)Y


50 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. Nice la.. teringat kenangan time di Cameron cuti sem lalu.. Tp serius memang best pengalaman di Cameron nie seperti yg pernah saya tulis dalam blog saya sebelum nie.. Rugi la kan admin sapa yg x sampai lagi kat Cameron Highland nie ^^

    ردحذف
    الردود
    1. yups...
      betul tu
      kena pergi sekali menikmati cuaca yang sejuk tu sementara masih sejuk nih
      hehehe

      حذف
  2. avant choc tu kat belah mana?brinchang ke pe.hehe xpenah lak gi situ.yg lain2 tu suma dh gi.dok kat tapah je tp jarang2 naik atas tu.haha

    ردحذف
  3. nmpk ada banayak strwbery besr tuh boleh bg satu hehe

    ردحذف
  4. pergi ladang teh BHARAT ye... ada satu lagi ladang teh iaitu ladang teh sg palas, lebih adventure la jalan nak ke sana... huhu

    ردحذف
    الردود
    1. bukan...ladang teh BHARAT dekat bawah...den pergi ladang yang lain....dia dekat atas...area-area tanah rata kut...lupa pulok dah

      حذف
  5. bestnya...Nur belum sampai lagilah.. :)
    ermm..anda sedang diperhatikan..kalau mlm2 seram jugakkan.hahahah....

    ردحذف
  6. cameron memang best!

    i'm in love with cameron :)

    tp sedih sebab barang2 kat cameron agak mahal.hahaha

    ردحذف
    الردود
    1. mahal ker?
      ada yang mahal dan ada yang murah
      beli yang murah jer lah
      hohoho

      حذف
  7. amboi..tu untuk diri sendiri ke nak bagi kat kami? hahahaha

    ردحذف
    الردود
    1. nak bagi dekat orang..diri sendiri beli jaket jer...hohoho

      حذف
  8. Kawe tak pernh lagi p Cameron. Inshaa Allah hujung buln 3 ni smpai. Nmpak mcm best je

    ردحذف
  9. Dulu pi cameron time rombongan sekolah rendah. haishh dh lama tak pi.

    ردحذف
  10. Kami g juga CH 21 - 23 Feb. tapi belum wat entry lg. setakat ni setiap tahun kami pergi. CH memang best.

    ردحذف
  11. bestnya dpt bercuti dgn kawan2 yg sporting camtu !!..lama mama tak naik sana..rindu dgn stoberi coklat CH.. ;)

    ردحذف
  12. minggu depan nory and family akan ke cameron...
    tak sabar nak makan srawberry coklat kat sna...
    hehe

    *pestaim singgah sini...salam kenal

    ردحذف
    الردود
    1. yups...
      selamat bersejuk-sejukan di sana
      salam kenal juga :-)

      حذف
  13. jambu epal sedap!I agree!
    balik dr cameron la kete gesel gn lori.. nyesal trun ikot tapah..=.="

    ردحذف
    الردود
    1. hehehe
      memang sedap kan
      rasa jambu dan epal dalam satu buah
      memang terbaik!

      حذف
  14. الردود
    1. hahaha
      tahu xper
      manfaatkan waktu yang singkat dengan pusing habis satu Cameron Highlands tu :-)

      حذف
  15. Den suko pergi CH nih...sejuk...syok...dah beberapa kali bercuti ke sana...tak pernah langsung rasa jemu...:)

    ردحذف
  16. wahh bestnyaaaa, tengok salad tu, serius terliur.. tengok strawberry yg disalut cokolat tu, rasa nak pengsan.. ena tak pernah pergi kt cameron lg.. huuuuuuu

    ردحذف
    الردود
    1. hehehe
      sayur dia segar2
      orang cameron highlands confirm sihat2
      makan semua makanan segar2 dari ladang

      حذف
  17. wahwahwah Hans pergi CH !! best3!! hehe
    ana pon beli jugak bantal stroberi merah camtu!
    mmg bes lah pegi sane..eksaited je rase bila mlm.
    hembus nafas kuar berasap mcm kat obersea.. haha





    nanti nak pegi lagi kan Hans kan ??? hehe

    ردحذف
  18. weh aku pn nak p cameron gak next 2 week..haha =)

    ردحذف
  19. oh cameron ni tpt percutian rasmi akak..heheh official tu :)

    ردحذف
  20. wah seronoknya. mardi tak pergi?

    ردحذف
  21. untunglahhhhhh ada banyak masa free boleh pegi jalan-jalan~ huwaaa bila la ada peluang nak pegi cameron ni. (kali terakhir rasanya masa baby dulu kot (?) kehkeh

    ردحذف
    الردود
    1. masa free tu xbanyak cuma manfaatkan bila ada peluang

      حذف
  22. Bercuti ni sebenarnya bukan tempat..tapi dengan siapa kita bercuti tu..kalau tempt best org yg kita pergi tu hampeh cuti gi mana pun xbest gak..hahaha

    ردحذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم