Contest Kaca Mata PapaMifz.com

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca hanshanis.com sekalian! Jujurnya sudah lama Hans tidak menyertai sebarang contest yang dianjurkan oleh teman-teman blogger disebabkan kesibukan serta kurang minatnya Hans untuk menyertai contest disebabkan asyik kalah jer. Eh? Hahaha! Tetapi, bila terlihat blogger Papa Mifz menganjurkan Contest Kaca Mata PapaMifz.com dimana hadiahnya ialah sepasang kanta cermin mata bernilai RM350 maka terus Hans bersemangat untuk memenangi contest ini. Cermin mata Hans dah berusia 5 tahun. Logo Swatch tu pun dah hilang dekat bingkai! Semua suruh Hans tukar cermin mata tetapi bila nak tukar jer mesti duit untuk cermin mata tu kena guna untuk beli benda lain. Sob Sob Sob!!

Hans berkaca mata nih sebenarnya dah lama. Patutnya sejak darjah 3 lagi Hans bercermin mata tetapi disebabkan keluarga ingat Hans kelentong mereka dengan berkata yang Hans nih rabun jadi Hans terpaksa menunggu hampir setahun untuk bercermin mata. Itu pun selepas banyak cikgu-cikgu sekolah mendesak Hans untuk memakai cermin mata  atau mereka cakap dekat Hans yang mereka sendiri akan berjumpa dengan mak ayah Hans. Boleh tahan dasyat juga cikgu-cikgu Hans nih!! Memang Hans tak nampak tulisan kapur dekat papan hitam tu dan selalu menggangu kawan-kawan untuk menyalin nota-nota mereka. Permulaan Hans memakai kaca mata dengan power kanta yang agak tinggi iaitu 300. Sebagai permulaan memang angka 300 tu bukan angka yang kecil! Nah ambik kau!!! Hahaha!

Jadi, dibawah adalah soalan-soalan daripada PapaMifz yang Hans perlu jawab. Hehe!

Kaca Mata Hans! Faham Tak Kenapa Depan Kaca Mata Tu Ada Syiling? Hehehe!!

Apa jenama bingkai kaca mata sekarang?
Jenama bingkai yang dipakai sekarang adalah jenama Swatch.

Anda beli kaca mata tersebut dimana? Apa nama kedai?
Dekat Kompleks Perniagaan Persiaran Sultan Abdul Hamid dan nama kedai tersebut ialah Suhaili Optometris

Kanta kaca mata jenis apa yang dipakai sekarang?
Kanta untuk rabun jauh dan juga untuk silau cahaya

Pengalaman pahit sepanjang berkaca mata?
Pengalaman pahit sepanjang berkaca mata ini ada banyak. Jadi, biar Hans kongsikan secara ringkas beberapa pengalaman pahit Hans sewaktu berkaca mata.

i) Disebabkan kualiti cermin mata yang Hans pakai sewaktu kanak-kanak dahulu kurang jadi skru cermin mata Hans selalu tertanggal dan kadang-kadang tu waktu tengah berjalan tiba-tiba cermin mata jatuh ke lantai sebab skru tertanggal. Jadi, memang menggagau lah tangan mencari mana skru yang halus tu terjatuh. Dah nama pun rabun kan. Paling dasyat sewaktu Hans berada di tingkat 3 sebuah bangunan. Hans memang suka pandang ke bawah dari tempat tinggi jadi tiba-tiba cermin mata Hans meluncur laju jer jatuh ke bawah. Malu nak habaq mai bila orang nampak situasi yang berlaku waktu tu! Sob Sob Sob!

ii) Cermin mata patah sewaktu bergusti dengan kawan-kawan di hostel. Hahaha! Biasalah budak lelaki kan! Kalau tak bergusti tu bukan lelaki budiman namanya. Eh? Tengah bergusti tu lupa pula nak tanggal cermin mata. Jadi, bila ada kawan yang buat choke slam ker apa semua tu maka terpatahlah cermin mata Hans tanpa disengajakan. Dah melayang duit mak ayah nak kena buat cermin mata baru. Jadi, sebelum nak buat kaca mata baru maka terpaksalah pakai cermin mata yang lama tu. Dah kena gelak dengan kawan-kawan dan ustaz dekat kelas sebab cermin mata berbalut dengan salotip. Tak tahan tu siap guna gam uhu tu nak bagi cermin mata tu tahan buat sementara waktu. Hehehe!

iii) Paling stress bila menunggu cermin mata baru siap untuk dipakai. Selalunya ambil masa 1-2 hari sebelum cermin mata yang baru dapat diambil dekat kedai dan boleh dipakai dengan gembiranya. Jadi, sepanjang tempoh tidak berkaca mata tu memang kadang-kadang mata berair dan kepala pening sebab segala-galanya kabur. Hilang sekejap nikmat penglihatan yang jelas dan terang.

Sebab Dekat Bawah Pengalaman Manis Jadi Letak Lah Muka Ceria Macam Nih! Hahaha!!

 Pengalaman manis sepanjang berkaca mata?
Pengalaman manis sepanjang berkaca mata ini pun tak kurang banyaknya juga. Jadi, biar Hans kongsikan secara ringkas beberapa pengalaman manis Hans sewaktu berkaca mata.

i) Tak ada yang lebih manis apabila kawan-kawan terutama wanita, cikgu-cikgu wanita, ustazah dan jiran-jiran yang senang dipanggil makcik memuji Hans sangat kacak apabila bercermin mata. Maklumlah masa budak-budak dulu badan besar macam ikan paus! Jadi, bila ramai memuji tu maka nak tak nak memang gembira lah sangat-sangat! Serius! Ini betul-betul punya! Bukan rekaan atau auta yer! Hohoho!

ii) Seronok dapat kad raya sewaktu bulan Ramadhan. Maklumlah ada tahun-tahun yang tiba-tiba populariti menjunam teruk sampaikan posmen langsung tak singgah depan rumah hantar kad raya. Tiba-tiba suatu hari posmen hantar kad raya dan kad raya tu dari kedai cermin mata yang Hans pakai. Kira pengalaman manis lah nih kan?

iii) Paling gembira apabila Hans dan rakan-rakan yang turut bercermin mata berkumpul dan bercerita tentang cermin mata dan power kanta masing-masing dan budak-budak yang tidak pernah memakai cermin mata terus blur kerana tidak memahami apa yang Hans dan rakan-rakan berkaca mata lain sedang bercerita. Terasa macam pakar mata pula waktu tu. Disebabkan itu masa belajar kumpulan Hans semuanya berkaca mata dan rakan-rakan lain menggelarkan kami sebagai kumpulan Budak Kaca Mata! Hehe!

Harga kaca mata tersebut?
Sebab Swatch merupakan jenama yang agak terkenal jadi agak mahal sikit iaitu sekitar RM300

Anda menyesal beli kaca mata tersebut? Kenapa?
Secara jujurnya Hans langsung tidak menyesal membeli kaca mata yang Hans pakai sekarang kerana alhamdulillah kaca mata yang dipakai sekarang nih memang tahan lasak dan tidak silap Hans sudah lebih 5 tahun Hans memakainya. Jatuh ke lantai, tar jalan, bilik air dan banyak lagi tempat tetapi alhamdulillah tidak ada sebarang keretakan atau sumbing dimana-mana bahagian pada kanta. Memang kaca mata jenama Swatch nih terbaik bagi Hans!

Tak Cukup Dengan Satu Kaca Mata!! Baju Pun Nak Pakai Kaca Mata Juga! Hahaha!

Alhamdulillah! Inilah serba sedikit berkenaan pengalaman Hans sendiri dalam berkaca mata. Harap-harap adalah rezeki untuk menang contest kali ini. Amin! 

Masak dodol bukanlah senang,

Bila siap sedap dimakan,

Harap-harap kali ini menang,

Dapatlah Hans bergaya sakan.

P/S : Hargai Dan Jagalah Nikmat Penglihatan Yang Allah Kurniakan Kepada Kita Semua! Alhamdulillah Walaupun Rabun Tetapi Masih Berkesempatan Melihat Dan Merasai Keindahan Dunia Ciptaan Allah! (^_^)Y

89 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. gud luck
    banyaknya mata dia dalam 1 gambar.hehe
    lebih kurang ja power spek mata kita. hehehe itu sebab lambat pakai spek kan. terima je lah :)

    ردحذف
  2. tinggi power bro ek masa mula2 pakai.
    saya tak berapa tinggi pada awalnya tapi bila bukak pakai bukak pakai power naik. orang kata kena check setaun sekali.

    ردحذف
    الردود
    1. yups
      kalau pakai buka pakai buka memang power cepat naik
      dah lama tak check mata tapi alhamdulillah kali last check power turun
      :)

      حذف
  3. good luck

    kte pon pakai spek tp tak mau pakai

    sebab tak selesa :p

    so prefer tak pakai.

    tp nasib baik la drive tak de masalah :)

    ردحذف
    الردود
    1. tak pakai nanti power naik beribu-riban jangan gelabah pula yer
      hehehehe

      حذف
  4. comei aje :p cam nak masuk jgk..spek combi bengkok lahanat dr kepala lutut sndr..hahahhaha

    ردحذف
  5. takde kacamata takleh nak join..good luck :)

    ردحذف
  6. wah...papamifz buat kontest ker??cerita psal cermin mata jer ehh..macam best..nanti kalau berkesempatan nak join laa..heheheh

    Regards,
    -Strider-

    ردحذف
  7. good luck hans! xde spec mmg kaburlah duniaku hehe

    ردحذف
  8. Semoga berjaya kat hang jugak.....

    ردحذف
  9. wah, sudah berubah wajah blog ni ^^. Sy doakan anda berjaya...amin

    ردحذف
  10. aah la bro..bile pakai spek ni orang sselalu kate macam educated sikit.bangga sikit aku..haa

    ردحذف
  11. gudluck ! same lah kite pkai spek
    tapi xpakai selalu, just dlm kelas je pakai n time nak drive je
    hehe
    Alasan : RImas !

    ردحذف
  12. bkaca mta gak. . hehehe. .tapi jarang guna konon tkt mkin rabun. .pelik dok? wakaka. .tp bla mata sakit skodeng blog org baru gna crmin mta. .hehehe :D

    ردحذف
  13. Lawaklah Han ni..... moga menang yeh Han...
    Okje pernah belikan cermin mata hitam ni buat hubby ....Daniel Hetcher itulah paling mahal kot...pas tu dah tak lagi, sebab dah tak keje haha...

    ردحذف
    الردود
    1. hehehehe
      semoga ada rezeki lah harapnya kali menang contest nih Sis
      amin :-)

      حذف
  14. gud luck jugak... =)

    ردحذف
  15. Moga berjaya..dlm contest ini.. :)

    ردحذف
  16. gud luck dik ..
    akak x sempat nak joint .. huhu

    ردحذف
  17. gudluck!

    akk pun nak try join neh ;)

    ردحذف
  18. gd luck yer dik

    ردحذف
  19. itam jugak kaca mata tuh..mengalahkan Sue Bee punyer..hihihi...

    ردحذف
  20. good luck contest yg menarik nie :)

    ردحذف
  21. Oooh ada kontes berhadiah kacamata? menarik sekali. Apa kira2 Papamifz sudi mengirimkannya ke Indonesia sekiranya saya menang ya? Huehehehehehe.

    Salam hangat dari Jakarta

    ردحذف
  22. aku nak cuba pakai spek mata hitam ni tapi segan r..hahah

    ردحذف
  23. sya tak suke pakai kaca mate..hehhehehhe

    ردحذف
  24. All the best my friend! *header baru cunnnn tu! hihi

    aku pun rabun jauh + silau macam kau hans dan sampai sekarang aku tak pernah ada cermin mata sendiri. satu mungkin sebab aku fikir muka aku jadi nerd bila bercermin mata hehe..

    Punya nak baik rabun dan silau aku dah beli cermin mata terapi rawat rabun 'ibnusina' dekat fb. RM60 je, tengok testimoni macam berkesan je lepas pakai 3 minggu.. Kalau kau rasa teringin nak rawat rabun, apa kata cuma search 'ibnusina eye wear' deklat fb. ;D

    ردحذف
  25. hehehe...kalau de rezeki kompom ada..jgn riso =)

    ردحذف
  26. sya pun pakai spek gak tpi tuk silau cahaya je..
    selama 8 tahun pakai ni, dah 3 kali tukar.. hehee..

    gud luck ya hans.. cantik baju dan spek tu.. :)

    **apa2 pun header tu cute sangat.. :)

    ردحذف
  27. hensem berkaca mata hitam!

    good luck ^^

    ردحذف
  28. semoga berjaya Hans :)
    InsyaAllah dapat merasa kaca mata baru nanti ye, hehe

    ردحذف
  29. semoga berjaya ya Hans..mahal juga kaca mata tu

    memang kacak pun..tu sebab kena puji..

    ردحذف
  30. baju yg ada byk spec tu..
    sy pun ada jgk! huhu

    ردحذف
  31. Dezee rabun cahaya tinggi..rabun jauh kurang..pakai cermin mata bila malam jer..sebab lampu kereta sentiasa tinggi bila selisih dengan motor..bila dengan kereta mereka tau rendah lampu.huh.

    ردحذف
    الردود
    1. hahaha
      dengan motor diorang buat tak tau jer kan dezee

      حذف
  32. Kami sbgai guru memang diarahkan memeriksa penglihatan pelajar.
    Semua pelajar di Msia memiliki kad kesihatan.
    Pengalaman, saya pnh menelefon sepasang suami isteri agar menghantar anaknya ke kedai cermin mata
    utk membuat pemeriksaan.

    300 power Hans itu sudah dianggap tinggi.
    Mesti dah merana bertahun-tahun tu....!

    ردحذف
  33. bro thanks sebab sudi masuk contest den...

    semoga berjaya yer...;)

    ردحذف
  34. mesti hans rabun teruk . hahaha boleh main acah acah ni .

    tapikan . lelaki brkca mata ni rmai juga prempuan suka . heeee kbai !

    ردحذف
  35. perh.. starting pakai 300. Teruk rabun tu. Saya start 100 dan sekarang dah naik 400

    ردحذف
  36. tahniah sebagai pemenang contest nie no. 3...

    ردحذف
  37. Tahniah Hans. ;)

    Saudara telah menang dengan jayanya dalam "Contest Kaca Mata Papamifz.com". ;)

    Tahniah ya. Teruskan penulisan saudara. ;)

    ردحذف
    الردود
    1. alhamdulillah
      syukur akhirnya menang :-)
      terima kasih saudara :-)

      حذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم