Pengalaman Membeli Di Zalora Malaysia

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog hanshanis.com sekalian! Alhamdulillah apabila pihak Zalora Malaysia berbesar hati memilih blog Hans sebagai salah sebuah blog terpilih untuk menerima baucer bernilai RM50 dan memberi peluang kepada Hans untuk membeli secara online di Zalora Malaysia pada minggu lepas. Memandangkan ini adalah kali pertama Hans membeli secara online maka memang banyak soalan dan pertanyaan yang Hans tanyakan kepada pihak Zalora melalui email dan alhamdulillah mereka memang cepat membalas segala pertanyaan dan sabar melayan kerenah Hans nih. Hehehe!


Sebelum nih memang Hans pernah juga melayari laman web Zalora Malaysia nih tetapi memandangkan Hans tidak pernah dan kurang yakin membeli secara online maka Hans hanya sekadar melihat sahaja lah. Jadi, apabila dah berpeluang membeli dengan baucer RM50 nih maka Hans pun agak rambang mata jugalah sebenarnya memilih bermacam-macam jenis pakaian dan aksesori yang ditawarkan oleh pihak Zalora Malaysia. Mahu tak nya kalau dah macam-macam ada! Baju! Kasut! T-shit! Jacket! Fuhhh!! Akhirnya Hans memilih untuk menambah koleksi seluar Hans yang dirasakan agak berkurangan tu. Hehehe!! Prosesnya cukup mudah! Hans cuma perlu klik BUY NOW untuk seluar yang Hans nak beli tu dan lepas tu masukkan kod baucer yang diberi semasa proses pembayaran. 


Jadi, apabila Hans dah selesai mengisi maklumat peribadi seperti alamat rumah dan tak sampai 5 minit pun Hans dah terima email pengesahan pesanan daripada pihak Zalora Malaysia. Maklumat tambahan untuk anda, selain baucer anda juga boleh menggunakan VISA, Mastercard, PayPal, Maybank2u.com dan CIMB Clicks untuk membeli-belah di Zalora MalaysiaMudah jer kan! 


Pihak Zalora Malaysia menjanjikan seluar yang Hans beli nih akan sampai ke rumah dalam masa 3 hari waktu bekerja tetapi alhamdulillah pada hari kedua sahaja seluar yang dinanti-nanti oleh Hans telah sampai di rumah melalui servis penghantaran GDex yang memang terbaik dan mesra pelanggan. Memang kualiti seluar yang Hans dapat tu buat Hans senyum lebar juga lah! Hehehe!


Alhamdulillah! Pengalaman pertama membeli secara online serta berurusan dengan pihak Zalora Malaysia memberikan satu kepuasan kepada Hans terutama daripada segi bantuan teknikal, layanan mesra terhadap pelanggan serta servis penghantaran yang pantas. Selepas nih memang Hans yakin untuk membeli-belah secara online di Zalora Malaysia dan kepada anda semua yang ingin tahu lebih lanjut mengenai Zalora Malaysia bolehlah LIKE Fanpage Zalora Malaysia.

P/S : Terima Kasih Zalora Malaysia! Servis Kalian Memang Terbaik! (^_^)Y

42 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. aku x pernah lagi beli kat zalora

    ردحذف
    الردود
    1. alhamdulillah lah sebab pengalaman pertama aku beli dekat Zalora nih memang tak mengecewakan bro. Servis diorang terbaik :-)

      حذف
  2. الردود
    1. itulah...
      mula-mula ingat komen dari pihak Zalora tu main-main tapi rupa-rupanya betul..
      alhamdulillah rezeki :-)

      حذف
  3. Huhuhu...beli online. Huiyoo...aku xpenah pun beli online kecuali lappy jerk. Kiranya Zalora ni one of the trusted online shopping base jugak la kan... :) Ermm...

    ردحذف
  4. Akak pun nak cuba shopping kat Zalora..tengok dah banyak kali tapi membelinya belum lagi...nak beli jugakla

    ردحذف
    الردود
    1. cubalah beli dekat Zalora tengok sis...
      kut2 ada yang berkenan di hati :-)

      حذف
  5. aku tak suka beli on9.
    sebab aku x puas hati kalo x try baju/seluar on the spot.
    kalo bekenan baru beli.

    ردحذف
    الردود
    1. hahaha...
      nasib seluar ku pilih kena dengan aku
      alhamdulillah

      حذف
  6. memang cepatkan zalora ni.. ena sangat berpuas hati dengan penghantaran dorang.. hehe makin hensemlah hans.. weeeeeeeeee

    ردحذف
    الردود
    1. yups
      alhamdulillah servis terkini Zalora memang bagus sekarang :)

      حذف
  7. ok lepas ni nak shoppin kat zalora pulak..haha..

    ردحذف
  8. wahh....mcm best je...
    ni yg rase nk p shoping sane gak ni.... :)

    ردحذف
  9. Sama lah kita Hans. Dapat rezeki dari Zalora :)

    ردحذف
  10. sy belum penah cuba lagi.. Macam best ye shopping kat zalora ;)

    ردحذف
  11. wah tahniahlah hans !!..kerana terpilih dpt baucer dr zalora..ehem mama tak pernah lagi beli brg2 secra online kat zalora..cepatnya sampai.. :)

    ردحذف
    الردود
    1. yups
      alhamdulillah rezeki sis
      ar ar
      sampai cepat...
      lega tak payah tunggu lama-lama :)

      حذف
  12. Tak pernah lagi beli belah dekat zalora ni. Macam kurang berminat je, Hehe

    ردحذف
    الردود
    1. oh
      itu terpulang lah bro....
      bukan paksaan pun..
      hahaha

      حذف
  13. selama ni aku dengar banyak cerita tak best pasal zalora ni. huhuhu. tapi aku rasa kalau dorang takde barang tu yang lambat sikit. kalau stok memang ade tu yang laju je kan.

    ردحذف
    الردود
    1. yups
      sebelum nih memang banyak cerita tak best pasal Zalora
      tapi itu tahun-tahun sebelum nih..
      alhamdulillah tahun nih banyak peningkatan dia terutama daripada servis penghantaran dan juga customer services :-)

      حذف
  14. Waah.. bagus la kalo diorg punye servis dah bertambah baik. mungkin diorg terima feedback dr org ramai dgn hati terbuka.. hihihi.. seblum ni takut gak nk beli kt zalora sbb mcm2 komen negatif kite baca.. lpas ni nk try lah.. hee~

    ردحذف
  15. wah...zalora..
    tak pernah try.. hehe

    ردحذف
  16. Phewitt! Boleh la lu belanja wa -_-
    (muka penuh berharap) Plish Hans...

    ردحذف
    الردود
    1. Ceit! Kurang muda la lu ni der =='

      حذف
    2. bentangkan ku permaidaniiiiiiiiiiiiiiiii
      dari baldu berwarna putihhhhhhhhhhhhhh...
      lalalalalala~~

      حذف
  17. Pergh! Nasib wa tak dengar suara lu,
    kalau tak, bernanah telinga wa -_-

    ردحذف
    الردود
    1. tak dengar pun dah bernanah
      macam mana tu?
      gi jumpa doktor yer
      hahaha

      حذف
  18. smpi skrg msh xda keberanian tegar utk membeli online he3..

    #knpa ntah tiap kali tgk iklan zalora,mesti gelak tgk muka staff chinese yg htr produk dpn pintu tu....seriuslah asyik gelak je adeih...

    ردحذف
  19. series tak penah lagi beli kat zalora ni. teringin jugak nak try beli kat sini.

    ردحذف
  20. Heihei..masa dapat offer sana dulu kerja Dezee dia cakap mudah jer..orang ni buat gamabr..orang tu buat content..kerja Dezee gabung upload dalam site dia sahaja..haha.tau bosan terus reject.

    ردحذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم