Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca dan pengikut blog hanshanis.com nih. Alhamdulillah walaupun jarang dikemaskini tetapi memang tidak sangka pengikut blog ini sekarang sudah pun berjumlah 4102 blogger dan tak dinafikan wujud rasa gembira melihat angka ini kerana secara tidak langsung ia memberi semangat untuk terus menaip dan berkongsi apa yang patut dan dirasakan perlu di rumah 'kedua' ini.
Jadikan kerja sebagai hobi? Selalunya ayat 'Jadikan Hobi Sebagai Kerja' yang acap kali didengari tetapi kali ini lain sedikit bunyinya. Jadikan Kerja Sebagai Hobi yang maksudnya mungkin lebih kurang sama tetapi sebenarnya ia amat berbeza. Kadang-kadang pekerjaan yang sedang kita lakukan mungkin adalah apa yang kita impikan sejak dahulu. Mungkin juga pekerjaan kita hari ini bukan lah seperti apa yang kita inginkan tetapi kerana itulah punca rezeki untuk teruskan kehidupan maka kita lakukan walaupun bukan dengan sepenuh hati.
Seperti aku pula, kerjaya aku kini memang merupakan kegemaran aku sejak di menara gading namun bak kata orang tidak selamanya hati ini akan kekal gembira dengan apa yang kita selalu lakukan. Ada banyak perkara yang mungkin bukannya apa yang aku jangka telah pun berlaku dan menyebabkan peratusan aku untuk terus kekal di dalam pekerjaan ini semakin lama semakin menipis. Percanggahan pendapat? Siapa bos siapa pekerja? Ketua bagus dan kuli bodoh? Tiada masa berkualiti untuk diri sendiri? Hidup hanya untuk kerja dan kerja? Penat lelah tidak dihargai? Banyak yang aku rasa dan mungkin itu adalah kenyataan atau hanya telahan namun itu antara punca menyebabkan aku kehilangan deria dan daya untuk menghalang jiwa ini dari terus kekal di dalam apa yang selama ini aku mahukan.
Apabila berada di dalam zon negatif ini dimana walaupun ada perkara yang dilakukan membawa kejayaan namun aku sudah tidak memandang lagi kejayaan itu sebagai pembakar semangat tetapi segala-galanya ada negatif maka ia sebenarnya merupakan satu perkara yang membahayakan diri. Jadi, apa yang perlukan dilakukan dengan secepat mungkin ialah cuba positifkan diri namun dalam situasi ini kita perlu meminta bantuan daripada individu tertentu selain mengadu kepada Allah yang maha mengetahui. Alhamdulillah, pertemuan dan perbincangan aku dengan seorang manusia yang bagi aku hebat di dalam menguruskan kerjayanya menjadi aku kembali positif dan bersemangat walaupun tidak 100% tetapi perubahan yang wujud itu amat menarik untuk dikongsi disini.
Jadikan kerja sebagai hobi bermaksud jadikan ia sesuatu yang menggembirakan dan membuatkan hati anda riang melakukannya. Sebagai seorang pekerja biasa memang alah bisa tegal biasa pasti anda tidak mempunyai hak sepenuhnya untuk menentukan keputusan walaupun anda tahu keputusan si ketua belum tentu tepat sepenuhnya. Namun anda harus ingat bahawa lima atau sepuluh tahun akan datang pasti anda tidak mahu terus berada di tempat yang sama. Jika ada rezeki pasti anda mahu menjawat jawatan yang lebih baik daripada apa yang anda sandang sekarang. Jadi, mulakan segala pembelajaran pada ketika anda bekerja kini.
Semua orang adalah guru anda. Guru disini bukannya bermaksud hanya individu yang baik dan mengajar anda untuk menjadi insan berguna sahaja. Guru yang dimaksudkan aku ini juga adalah individu yang melakukan kesalahan dan aku mengatakan individu ini adalah guru kerana ia menjadi contoh dan pengajaran kepada aku agar tidak mengikut jejak langkahnya apabila aku berada di tempatnya suatu hari nanti. Jadi, walau apapun yang terjadi sama ada perkara itu baik atau sebaliknya maka aku akan ambil ia sebagai satu proses pembelajaran dan akan cuba memberi sehabis baik apa yang mampu aku beri.
Jadikan kerja sebagai hobi memang berjaya meningkatkan semangat untuk bekerja. Melakukan hobi adalah satu perkara yang kita suka. Jadi, apabila kerja dianggap sebagai hobi maka kita akan melakukannya tanpa rasa terpaksa. Sebarang teguran yang kita terima perlu dianggap sebagai proses pembelajaran yang positif dan harus dibuktikan dengan hasil yang terbaik. Harapan aku semoga perasaan positif ini kekal dalam jiwa untuk tempoh yang lebih lama dan mudah-mudahan akan membawa seribu satu kemanisan di dalam pengalaman kerjaya aku. Mudah-mudahan!
P/S : Senyum! Tak Perlu Kata Apa-Apa! (^_^)Y
takut pula nak melangkah ke alam pekerjaan
ردحذفBetul tu hans..macam2 yang kita rasa bila dah bekerja, perasaan excited masa mula2 bekerja dulu dah tak sama macam perasaan skrg kan. skrg rasa malas nak ke ofis pun ade. hehe :)
ردحذفkadang2...
ردحذفhobi kalau selalu buat jadi boring pula..
yang penting ikhlas dalam bekerja
hehehehe
untnglah klu dpt kerja dalam bidang yg mmg diminati... klu yg dpt kerja sbb takde pilihan lain tu mcm mane? mmg susahlah nk memotivasikan diri kan.
ردحذفtips yang bagus,,intinya selalu diniatkan ibadah agar tidak bosan dan malas
ردحذفإرسال تعليق
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com