Dugaan! Dugaan! Hah! Tajuk entry pun macam dah gempak kan? Hahaha! Baiklah! Sudah 3 hari kita semua umat Islam menjalani ibadah berpuasa dan nampaknya puasa tahun nih bagi aku agak mencabar kerana selain terpaksa menghadapi dunia pekerjaan aku yang sememangnya sibuk dengan pelbagai kerja yang tidak berkesudahan dan aku juga sekarang sedang mengalami demam yang agak teruk. Jadi, untuk puasa hari ketiga disebabkan aku tidak tahan dengan demam yang sangat menguji ketahanan fizikal dan mental maka aku menelan 2 biji panadol pada tengah malam sehingga membuatkan aku terlepas untuk bersahur. Jadi, sememangnya hari ketiga berpuasa yang dilalui bagi aku agak mencabar dan apabila badan tidak sihat nih memang mengidam nak makan macam-macam. Akhirnya, pada petang tadi aku sempat ke bazaar ramadhan bersama rakan-rakan. Aku membeli sebungkus bihun yang terdapat dua ketul udang dan sememangnya menyelerakan. Ada pula rakan yang ke bazaar yang lain dan membeli beberapa biji murtabak yang sememangnya juga sedap rasanya.
Tiba sudah waktu berbuka dan aku mulai menjamah kedua-dua menu tersebut. Aku merasakan kombinasi antara bihun dan murtabak tersebut adalah sebuah gandingan yang cukup ideal jadi aku menyuapkan kedua-duanya ke dalam mulut dengan sudu. Suapan pertama, kedua, ketiga, keempat dan kelima berjalan tanpa ada apa-apa masalah. Tiba kepada suapan seterusnya dan aku merasakan ada sesuatu di dalam mulut aku yang terlampau keras. Aku merasakan kemungkinan ada kulit udang dan aku cuba menggigit lagi tetapi benda tersebut terlampau keras. Risau dengan apa yang ada di dalam mulut aku lalu aku meluahkan kembali keluar secara perlahan-lahan dan hasilnya...
JENG JENG JENGGGGGG!!
JARUM PENITI BEB!!!
Sampai bengkok jarum peniti tu aku gigit! Kuat tak gigi aku? Hahaha! Putus selera aku nak makan beb! Aku tak pasti jarum nih datang daripada bihun atau murtabak sebab aku makan kedua-duanya serentak cuma kemungkinan besar jarum nih wujud daripada bihun tu lah kut jika dilihat pada saiz dan panjang jarum peniti nih. Fobia beb! Sampaikan tadi nak makan buah tembikai pun fobia sebab tembikai tu ada biji hitam dan biji tu keras juga. Hahaha! Tak dapat bayang kalau aku tertelan benda nih tadi entah apa lah jadikan? Syukur alhamdulillah sangat kerana Allah selamatkan aku daripada tertelan jarum peniti nih.
Aku tak tahu nak kata apa! Bolehkah jika aku nak nasihatkan peniaga-peniaga bazaar yang berjantina perempuan dan bertudung supaya tidak menggunakan jarum peniti di tudung masing-masing? Mungkin aku boleh menasihati orang lain supaya makan dengan berhati-hati tetapi aku rasa susah untuk situasi seperti ini. Jika yang ditemui di dalam makanan itu seperti batu kecil atau pasir mungkin perkara biasa terutama jika anda makan nasi tetapi jika benda yang anda sedang gigit dan kunyah itu ialah bihun atau murtabak dan ada JARUM PENITI di dalam mulut anda jadi apa yang anda boleh bayangkan? Jarum peniti dalam makanan? Serius?? Aku fobia weh dengan bazaar ramadhan tahun nih!
P/S : Diminta Peniaga Di Bazaar Ramadhan Lebih Berhati-Hati! Bukan Sekadar Memastikan Makanan Yang Kalian Masak Sedap Rasanya Tetapi Pastikan Juga Keselamatan Pelanggan-Pelanggan Anda Sewaktu Menikmati Makanan Yang Anda Masak!
huishh, ni dah kes bahaya
ردحذفseb bek ko tak telan dengan jarum-jarum
kalau tak, panjang lagi la entri ni kan
alhamdulillah, selamat
get well soon bro
selamat berpuasa
kalau dah telan...
حذفtak berupdate dah lah blog nih bro...
bahayanya.. nasib baik ada mengunyah.. kalau terus telan memang kes naya niee.. hati2 hans
ردحذفhahaha...tu la pasal weh....
حذفnasib la rajin juga mengunyah
BAHAYANYAAAAAA..... nasib baik u perasan...bagi tahu sikit lokasi niaga tu... tak nak beli kat dia lain kali..
ردحذفsebab ada dua makanan yang disyaki jadi ada dua lokasi yang berbeza
حذفseriously???
ردحذفbahayanya!
kalau terus telan. astagfirullah-al-azim
tak dapat nak byg.
Alhamdulillah, selamat
get well soon :)
tu la pasal
حذفsyukur sangat2 aku tak telan weh
weh..gila kot jarum peniti tu..kena p tegur kot yang jual ni..
ردحذفbahaya-bahaya..nasib tak telan..
hahaha
حذفtahu xper
masalahnya ada dua makanan yang disyaki
aku tak tahu yang mana satu
eeeee nasib baik sempat tergigit, kalo tertelan terus ermmm tak tau nak habaq
ردحذفtu lah
حذفkalau tertelan terus memang tak tahu la apa nasib den
kasi frame itu jarum. gantung kat dinding
ردحذفsudah buang bro
حذفbanyak fobia tgok itu jarum
perghhhhh!!!!!! gile bhye!!! sebaik tak tercucuk lidah!... ya Allah.. ni buat wa takut nk beli makanan kt bazaar ni
ردحذفnasib lah tak tertelan sama...hahaha
حذفuishhh bahaya kot... kalo termakan tu.. mahu tak hilang halkum..
ردحذفpergh...
ردحذفini nk santau ker apa nie..
hahah..
amik gambo bro pastu report balik kt owner dia.
Kes naya sungguh ni bro..
ردحذفBahayanya.. nasib baik tak tertelan..
ردحذفuihh...menakutkan.
ردحذفKlu tertelan la, tak tau ap terjadi
Nasib lu kunyah dulu, kalau tak..
ردحذفHaish. Tak berupdate la blog ni.
gila bahaya..
ردحذفnasib baik tak telan..
bahaya tu, tak berdarah plak mulut...setakat nie blom pegi bazar lagi..
ردحذفKite yang bace ni pulak jadi seriau nak pkai jarum peniti kt tdung..huhu.
ردحذفAlhamdulillah xda pape. Be careful next time :)
Bahaya ni Hans...kena rajin belek sebelum suap makanan
ردحذفYaAllah...
ردحذفbahayanyaa..bygkan kalau tertelan....
lepas ni kena picit2 dulu sebelum mkn...
nasib baik .
ردحذفmaka nikmat Tuhanmu manakah yang engkau dustakan ? [55:32]
huish! gile bahaya nie.. kalau laa awak tertelan.. ish, mintak dijauhkan...
ردحذفtu yg mls nak p bazar rmadan...
ردحذفalhamdulillah.. hans still hidup.
ردحذفselamat berpuasa oi!! lama tak datang sini..heee~~
ردحذفoh...sadis sungguh sampai termakan jarum peniti...bahaya weiii...
ردحذفsebaiknya di kasih tahu kepada penjual makanan agar tidak terulang lagi,
ردحذفإرسال تعليق
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com