Jonker Walk Melaka

Assalammualaikum semua! Cadangnya semalam cuma nak pergi IOI Mall atau mana-mana tempat yang ada Brands Outlet sebab nak beli kasut yang bulan lepas aku dengan kawan aku usha-usha tu tetapi entah macam mana tiba-tiba aku bagi idea gila dalam kereta untuk terus pergi ker Jonker Walk Melaka. Kawan aku pun sama gila agaknya dan kami pun menuju ke Melaka tanpa ada sebarang perancangan pun dan tak ada pergi mana-mana ATM pun untuk keluarkan duit. Berapa yang ada dalam clutch itu dan cuma itu jer lah yang aku belanjakan. Memang semua idea spontan dan main redah jer. Gila juga aku nih kadang-kadang kan? Hahaha!


Disebabkan semalam hujan jadi memang rasa sejuk sampai terketar-ketar badan sebab tahap kelaparan tiba-tiba memuncak. Jadi, singgah sekejap dekat KFC Alor Gajah untuk melantak ayam hot n spicy dulu. Nyum Nyum Nyum! Dap Dap! Hahaha!


Selepas tu saja lah aku dengan kawan aku lalu kejap depan Uitm Lendu tu mengenang kembali zaman-zaman belajar dulu. Memang nampak ada banyak perubahan dan kemajuan lah juga dekat kawasan tu. Yang tak tahan tu boleh pula bersembang kisah hantu dengan jalan yang sunyi gila tu. Hehehe! Jadi, bermulalah perjalanan ke Jonker Walk Melaka tanpa ada tujuan atau matlamat yang kukuh pun.


Sebelum sampai Jonker Walk nih ada seorang Mat Salleh nih datang menghampiri kereta kawan aku. Masa tu kami baru sampai dan baru jer nak turun dari kereta. Mat Salleh nih tanya kawan aku dekat mana Jonker Walk. Jadi, kawan aku pun semangat lah speaking bagitahu yang kami pun memang nak pergi Jonker Walk jadi bolehlah Mat Salleh tu ikut dia dari belakang. Tetapi, Mat Salleh tu punya kerek dan dia masih juga tanya macam mana arah nak pergi Jonker Walk. Kiranya dia tak mahu ikut kawan aku tu lah. Aku dah gelak-gelak dah! Hahaha!


Buat pertama kalinya aku tahu dekat Jonker Walk ada kawasan tandas yang besar dan cantik. Jadi, dalam perjalanan singgah ke tandas yang sekali masuk kena bayar 30 sen tu, tiba-tiba terserempak dengan monumen Datuk Wira Dr. Gan Boon Leong yang merupakan Bapa Bina Badan Malaysia. Padahal aku tak kenal pun siapa. Nampak sangat pengetahuan am aku teruk. Apa-apapun menarik juga monumen tu! Hahaha! Lepas tu jalan-jalan cuci mata kejap tengok barang-barang yang dijual. Tiba-tiba dekat hujung sekali ramai betul orang berkumpul dan dengar riuh-rendah juga lah dengan suara seorang lelaki cina yang ingin menunjukkan aksi memecahkan kelapa muda.


Aku pun semangat lah bersesak-sesak menyelit dekat satu sudut sebab nak tengok apa yang menarik. Wah! Ada seorang pelancong tengah memegang sebiji kelapa dan apa yang aku faham nanti dia akan baling kelapa tu ke arah lelaki cina tu dan lelaki cina tu akan memecahkan kelapa sama ada melalui kepala atau dia melompat dan karate buah kelapa tu. Kawan aku dah pernah tengok jadi dia pergi lepak hujung kejap dan tinggal aku seorang yang sabar menanti bilalah agaknya dia nak pecahkan kelapa tu dengan aksi kungfunya. Lama juga aku menanti dan akhirnya tiba juga saat-saat yang dinanti. Pelancong tu pun lemparkan buah kelapa tu ke arah lelaki cina tersebut dan lelaki itu cuma menyambut buah kelapa tu. Aku ingat dia nak suruh pelancong tu lempar lagi sekali tetapi rupa-rupanya dia pecahkan kelapa tu guna siku jer pun. Aku tertipu! Arghhhhhhh! Lagi menyakitkan hati sebab kawan aku tu dah tahu dah pun lelaki tu akan pecahkan kelapa guna siku. Cis!!!


Disebabkan aku kecewa dengan aksi tu jadi aku bergambar kenangan sekejap dekat tempat berlakunya kejadian 'hebat' memecahkan kelapa tu. Hahahaha! Jadi, bermulalah perjalanan membeli ole-ole walaupun sebenarnya aku tak bercadang pun nak beli. Tiba-tiba hujan pula tetapi masih meredah juga mencari apa yang nak dibeli walaupun dah basah dah rambut macam tengah mandi. Hahaha! Cadang nak beli keychain gitar tetapi alih-alih aku terbeli benda dekat gambar bawah nih. Nasib berjaya juga lah tawar-menawar kurangkan harga sedikit. Hahahaha!


Sedar tak sedar boleh tahan lama juga aku dengan kawan aku menghabiskan masa tengok barang-barang dekat Jonker Walk tu. Jadi, tiba waktunya untuk balik jadi akhirnya ambil lah sekejap gambar kenangan dengan basah-basahnya waktu tu depan papan tanda Jonker Walk tu. Padahal masa belajar dulu dekat Melaka tak pernah pula terasa nak ambil gambar dekat sini pun. Hahaha!


Selepas itu aku pusing-pusing lah kejap Dataran Pahlawan apa semua tu sebelum balik ke Bukit Jalil pada tengah malam tu. Singgah kejap makan dekat sebuah kedai makan tetapi tak sedap pula makanannya. Lepas tu singgah pula RNR Seremban melantak kuih pau. Memang hari makan sedunia betul semalam. Sampai rumah sewa jer dah pukul 4 pagi. Hahaha! Jadi, itulah pengalaman semalam pergi ke Melaka tanpa dirancang. Lepas nih mungkin boleh cuba pergi Pulau Pinang dan balik hari pula kut? Gila? Hahaha!

14 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. seronok je tengok. saya blm pnah pergi lagi.... nak pergi jugak la mcm ni :)

    ردحذف
  2. lor makan kfc hehe pi melaka kene makan hasil melaka la buat pe makan hasil bandor tuu

    ردحذف
  3. tak jauh dari rumah akak jonker walk nie....parking sure penuhkan....!

    ردحذف
  4. haha hebat la kalo nk pi penang balik hari je..tapi mungkin boleh cuba haha

    ردحذف
  5. aku tak pernah sampai melaka lagi..haha

    ردحذف
  6. memang best jonker walk. pernah pergi skli je la. suka sgt

    ردحذف
  7. ein xpenah lg pegi sini even dh byk kali pegi melaka.. huhu

    ردحذف
  8. kat sungai petani nih bnyak tempat makan jer.. dari western sampailah cucu cicit dya..=P

    kdg idea gila tu yg best.. tak rancang pon tapi berlaku dgn jayanya..=D

    ردحذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم