Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Sudah hampir setahun lebih aku bekerja di Kuala Lumpur nih dan sejak bekerjaya nih antara barang yang aku suka beli ialah kasut. Boleh dikatakan dah berpasang-pasang kasut aku beli dan semalam aku sudah membeli dua pasang kasut lagi untuk dibuat sebagai kasut bekerja dan juga kasut untuk berjalan-jalan.
Sebenarnya aku berkenan dengan kasut nih tapi yang warna silver tetapi saiz pula tak ada. Memang geram juga lah sebab yang silver tu lebih classy dan ada gaya sikit. Jadi, yang tinggal pun warna hitam putih nih dan memang ada sepasang nih jer! Walaupun jenama kasut nih entah apa-apa kan tapi aku kisah apa. Janji aku suka! Hahaha! Jadi, aku beli juga lah yang nih pun lepas bersusah-payah aku tawar-menawar harga dengan penjual tu. Kuikuikui!
Jadi, kesimpulannya bulan depan memang aku kena beli juga rak kasut 6 tingkat tu. Hahaha! Tak habis-habis dengan rak kasut 6 tingkat daripada kisah yang sebelum nih lagi! Okay lah! Nak layan hindustan kejap! Bye!
P/S : Ada Kata Kasut Hitam Tu Macam Bieber Punya Kasut! Yer Ker?
lawa kasut bang..pinjam bleh hehe
ردحذفhahaha..boleh2...sewa sejam RM20...hahahaha
حذفbila beli rak 6 tingkat tu..mohon ambil gambar dan letak kat sini..nak tgk semua kasut2 bersusun kat situ..hehehe
ردحذفlawa dohh kasut xD
ردحذفbeli katil dulu la haha
ردحذفjangan tinggi tinggi kunk roboh gak. kasut hang nampak berat2 haha
ردحذفhuhu lawa bro. aku dahlah giler kasut. jeles jeles... T.T
ردحذفharga bape kasut tu
ردحذفإرسال تعليق
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com