Melancong Ke Kemboja - Part 2

Hari Kedua (2 April 2014)

Pada pukul 5.00 pagi, aku dan rakan-rakan bersiap-siap bangun untuk mandi, solat dan juga sarapan pagi. Untuk ke Kampong Cham, kami perlu bertolak awal kerana jaraknya yang agak jauh. Mengikut kata pemandu pelancong kami, kemungkinan dalam 2 jam 30 minit baru kami akan tiba di Kampong Cham. Jadi, dalam pukul 7.30 pagi kami pun bertolak ke Kampong Cham dari bandar Phnom Penh. Dalam perjalanan menuju ke sana, pemandu kami mengajak kami singgah ke sebuah pasar bernama Skun Day Street.

Labah-Labah Goreng Istimewa

Kawasan ini cukup terkenal dengan labah-labah goreng yang menjadi makanan istimewa penduduk disini yang rata-ratanya beragama Buddha dan juga menjadi salah satu tarikan pelancong untuk berkunjung ke sini. Aku sendiri pun tak tahu macam mana masyarakat dekat sini tergamak nak makan labah-labah hitam kaki panjang nih tetapi mengikut ceritanya penduduk setempat mula makan labah-labah nih disebabkan zaman pemerintahan Pol Pot dulu mereka susah untuk dapatkan makanan. Tengoklah! Sebab Pol Pot durjana tu masyarakat sini makan benda bukan-bukan! Haihhh!

Cengkerik Goreng
 Lipas Goreng? Yucckkkkkksss!!
 Kumbang Goreng
Katak Goreng! Nyum Nyum! Hahaha! 
Ulat Goreng! Ulat Apa Entah!

Selain daripada labah-labah goreng, dekat sini juga ada dijual macam-macam lagi lah serangga serta haiwan lain. Antaranya cengkerik, kumbang, belalang dan paling aku tak boleh blah tu ialah lipas goreng! Gila betul lah makan lipas! Mohon datang tangkap lipas di Malaysia semoga lipas pupus dan tak mengganggu ketenteraman jiwa aku lagi! Hahaha! Selain daripada tu ada juga katak goreng! Burung goreng! Yang aku nampak yang kita sebagai orang Islam nih boleh makan pun hanya telur burung puyuh! Hahaha!

Labah-Labah Sebelum Digoreng Macam Nih Lah Rupanya!

Harga dia tak mahal! Tak silap aku dalam 1000 atau 2000 Riel jer kut! Lupa pula dah! Tetapi, memang murah lah! Dekat sini pun ada juga dijual labah-labah hidup sebab aku nampak ada penduduk dekat sini datang beli! Siap ambil guna tangan dan timbang lagi. Aku rasa kalau labah-labah hidup tu ada dekat rumah rakyat Malaysia, mahu menjerit tak kira perempuan atau lelaki. Hahahahaha! Penjual dekat situ suruh aku rasa. Tak apa lah kak! Kalau dah tak ada makanan sangat barulah saya terasa nak cuba! Hahaha!

Dekat pasar Skun nih pun tak dapat lari daripada budak-budak yang datang merayu dekat aku untuk beli barang yang mereka jual. Salah seorang ialah kanak-kanak perempuan yang datang menjual buah mangga dekat aku. Aku waktu tu tertinggal clutch dalam kereta sebab aku tak berniat nak beli apa-apapun dekat pasar nih. Budak perempuan nih pula asyik memaksa aku beli walaupun aku cakap aku tak makan mangga(hakikatnya aku hantu mangga kut! hahaha!). Tetapi, budak nih tetap juga tak berputus asa. Satu ayat dia yang paling menyentuh hati aku bila dia cakap,

"Awak banyak duit sebab awak boleh pergi sekolah! Saya tak ada duit nak pergi sekolah! Tolonglah beli barang saya!"

Budak tu bukan cakap bahasa Melayu tetapi aku terjemah siap-siap lah untuk memudahkan korang baca dan aku menaip! Apa-apapun, memang simpati dengan nasib kehidupan mereka dekat sana. Kecil-kecil dah kena berusaha untuk hidup. Apa-apapun, inilah salah satu pengalaman bernilai aku dekat kawasan bernama Skun nih. Jadi, untuk entry akan datang, aku akan sambung kembali perjalanan dan pengalaman aku sewaktu berada di Kampong Cham. Sekian! Assalammualaikum.

24 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. الردود
    1. hahaha...tapi masa dekat sebelah lipas goreng tu rasa biasa jer lah pula

      حذف
  2. Eeeee.... memang tak boleh tengok semua yang goreng-goreng tu...Kesian diorang makan benda-benda macam tu.. Orang Malaysia kalau nampak serangga macam tu mau nangis n lari sebatu jauhnya..

    ردحذف
    الردود
    1. hahahaha.....kena tengok...rasa macam tengok pisang goreng kut

      حذف
  3. الردود
    1. orang kata rasa katak lagi sedap daripada ayam..tak nak cuba? kehkehkeh

      حذف
  4. bon apetit! ahhahahhaa.... so masih kat cambodia lagi ke ni..?? jangan shopping kat central market! bargain kaw2 k!

    TIPS shopping!
    - shirt i love cambodia boleh dapat semurah 2dolar sehelai.
    - tshirt brand polo/timberland/etc: 5 dolar sehelai
    - shawl (jenis silk) : 3.5 dolar sehelai
    - magnet plug : 1 dolar for 3pcs
    - kain silk (utk buat baju perempuan) : 9 dolar
    - gems (necklace) : 5 dolar /pcs

    ردحذف
    الردود
    1. dah balik dah...ada yang saya dapat beli dari murah yang awak bagi...ada juga yang saya beli mahal sikit...tak sempat sangat dah nak tawar menawar...kejar masa..hehehe

      حذف
    2. ooohh.. ingat kat sane lagi.. haha.. tulaa... guide saye ckp.. kalau beli barang, balik jangan tanye harge dengan kawan.. sbb mesti takkan same punye! hahaha.. =D

      حذف
  5. perghhh..exotic abes..memang patut ponlah tinggalkn clutch kat kereta...kalau jual benda2 mcm nih..memang xdenya nak beli..lol...

    ردحذف
    الردود
    1. hahahaha....kedai2 yang lain tu jual buah-buah dengan sayur-sayur...yang ini jer tak boleh beli

      حذف
  6. الردود
    1. hahahaha...relaks...tengok dan bayangkan itu ayam...hahaha

      حذف
  7. Untung kau dapat lawat tempat orang kan.. aku negeri semenanjung pun tak habis pusing hehe.

    Ok dalam banyak² gambar, semua tekak aku selera... LOL

    *kembangg tekak*

    ردحذف
    الردود
    1. rezeki alhamdulillah
      yang boleh makan dekat dia jual tu pun telur burung puyuh jer aku rasa...hahaha

      حذف
  8. cengkerik goreng tu rangup x? hahaha.. untunglaaa p melancong..

    lamanyaaa tak melawat blog ni. serious dh berabad. mesti dh besar kn tuan belog nie? hahaha..

    ردحذف
  9. Dah lama tak lepak sini! Heeee.. OMG ulat! Ulattttt!!!

    ردحذف
  10. apekahhhhh. semuanye di goreng. yuksss

    ردحذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم