Akhirnya setelah penat berjalan-jalan melawat kawasan pelancongan di Banda Aceh pada hari pertama maka tibalah waktunya untuk aku mendaftar masuk ke hotel. Satu-satunya hotel paling mewah di Banda Aceh iaitu Hermes Palace Hotel Banda Aceh. Wah! Rasa macam orang kaya pula rasanya bila masuk hotel nih. Heheheh!
Hermes Palace Hotel Banda Aceh ini merupakan hotel antarabangsa yang pertama di sini. Tak silap aku hotel ini berstatus 4 bintang dan lokasinya terletak di Jalan T. Panglima Nyak Makam, Banda Aceh. Jarak hotel ini daripada lapangan terbang Sultan Iskandar Muda tak adalah jauh mana pun. Jadi, memang tak perlu nak risau lah kalau terlewat bangun waktu nak balik Malaysia nanti. Hehehehe! Jadi, masuk jer dalam bilik terus rehat sekejap. Lepak-lepak layan siaran televisyen Indonesia sebelum mandi. Malamnya pula aku bersama rakan-rakan pergi ke salah sebuah rumah masyarakat Aceh yang terlibat di dalam bencana tsunami.
Jadi, dekat sini dapat lah aku mendengar kisah dan pengalaman mereka yang terlibat sewaktu ombak tsunami tu datang. Memang gerun sangat apabila membayangkan macam mana sewaktu mereka cuba bersembunyi di dalam rumah dan ombak tsunami itu datang menghanyutkan rumah serta mereka yang berada di dalamnya. Dan jika tengok pada gambar di atas, abang tersebut adalah seorang yang terselamat dalam kejadian. Yang menariknya tu sebab nama dia sama dengan aku. Tu aku saja bergambar kejap dengan dia tu. Hahaha! Jadi, sewaktu disana aku dihidangkan dengan makanan-makanan mereka dan ada dua jenis kuih yang menarik perhatian aku iaitu kuih risol dan kuih timpan. Kuih risol yang bentuk seperti popia tu. Memang sedap! Tambah pula memang aku lapaq jadi mengketedarah lah kejap dekat rumah abang Hanis tu. Hahaha! Kuih timpan pula macam kuih ketayap tu. Isi di dalamnya ialah sri kaya dengan kelapa. Sedap juga! Kesimpulannya makan malam aku hari ini percuma kerana ditaja oleh orang Aceh disini. Hehehe! Alhamdulillah! Jadi, selesai sudah hari pertama! Waktu untuk balik hotel dan rehatkan diri untuk hari esok! Bye!
Hari Kedua (25 September 2014)
Bangun jer pagi terus sarapan di Hermes Cafe yang ada di dalam Hermes Palace Hotel Banda Aceh tu. Walawehhhh! Seronok melantak sampai lupa nak ambil gambar! Hahahaha! Secara keseluruhan makanan dekat sini memang sedap cuma apa yang aku perasan ada sesetengah makanan mereka agak masin terutamanya jika melibatkan penggunaan mee.
Tak cukup dengan sarapan dekat hotel, kawan-kawan sekerja aku nih nak lagi bersarapan dekat luar. Nak tengok makanan pagi orang Aceh katanya! Jadi, aku pun ikut jer lah dan pemandu kami yang memang asalnya orang Aceh pun bawa kami sarapan di sebuah kedai makan yang bertentang dengan Lapangan Terbang Sultan Iskandar Muda. Mai kita tengok apa yang ada dekat sana.
Hahhhhhhhhhhhhh!!! Tudiaaa! Tudiaaa! Nindiaaaa! Macam-macam kuih ada! Aku sempat makan kuih martabak mini! Boleh tahan sedap! Lepas tu aku cuba makan kuih dadar gulung. Isinya ialah kelapa dan nangka. Lepas tu ada lah kuih-kuih lain lagi macam kuih nasional, roti jala dan sebagainya. Memandangkan Banda Aceh ini terkenal dengan 'kupi' atau pun orang Malaysia panggil kopi, jadi dekat kedai nih aku cuba lah minum Kupi Sangar dan ada beberapa orang kawan yang minum Es Jeruk. Serius! Sedap kut Kupi Sangar tu! Memang terbaik! Tak adalah pahit macam kopi kemboja. Hehehe!
Memandangkan 5 hari aku berada di Banda Aceh ini jadi nak tak nak untuk memudahkan komunikasi dengan kawan-kawan terpaksalah beli simkad. Tapi yang betulnya aku memang tak nak beli pun. Kawan aku yang beli tetapi disebabkan penjual simkad tu salah potong dan tak sesuai dengan iPhone dia jadi bertuah lah telefon aku sebab dapat guna simPATI nih. Jadi, kepada korang semua terutama yang pakai iPhone sila pastikan penjual simkad tu tahun tentang perbezaan saiz simkad telefon korang. Kalau tidak mungkin korang semua akan senasib dengan kawan aku tu. Simpati pula aku dengan nasib kawan aku dan juga nama simkad nih. Hahahaha! Tetapi kelajuan internet dia memang laju. Kira tak menyesal lah pakai sebab boleh berinstagram dengan whatsapps selalu walaupun jauh dari Malaysia. Hehehe! Jadi, destinasi seterusnya ialah ke Gampong Lampulo. Hah? Ada apa jer dekat sana? Meh usha bawah nih!
Disinilah terdapatnya salah sebuah bot nelayan yang tersangkut di atas rumah penduduk kampung semasa tsunami melanda pada 26 Disember 2004 yang lalu. Bayangkan bot nelayan yang berukuran 18 meter ini dihanyutkan dari tepi pantai sehingga ke kampung ini. Jaraknya memang jauh dan bayangkan kalau korang yang berada disini ketika itu. Fuh!
Tetapi ada juga hikmahnya kedatangan bot ini ke Gampong Lampulo pada ketika itu kerana secara tidak langsung dapat menyelamatkan lebih kurang 59 orang penduduk kampung ini yang berlindung di atas kapal ini sewaktu tsunami berlaku. Bayangkan jer lah ketinggian air ketika itu memang menenggelamkan habis semua rumah-rumah di kawasan tersebut. Sebab itu bot nelayan ini boleh berada di atas rumah. Dasyat kan?
Aku juga berpeluang mendengar kisah daripada salah seorang penduduk disini yang selesa dipanggil dengan nama Wak Kolak. Mengikut ceritanya, pada waktu kejadian cuaca sangat baik. Cerah! Tidak mendung! Kemudian berlakunya gempa tetapi disebabkan Indonesia memang selalu dilanda gempa bumi jadi mereka tidak lah merasa panik. Tiba-tiba Wak Kolak ternampak dari jauh yang air pantai ini sudah naik tinggi dan menuju ke arah kampung mereka. Wak Kolak menjerit memberitahu penduduk-penduduk lain tetapi ramai yang tidak percaya.
Tetapi tak boleh juga nak salahkan sesiapa yang tak percaya tu sebab kalau aku di tempat kejadian pun silap-silap aku pun tak percaya. Cuaca cerah! Hujan tak ada! Nak kata kawasan kampung ni dekat sangat dengan laut pun tidak. Tetapi, itulah kuasa Allah! Tiada yang mampu menghalang. Habis tenggelam semua rumah di Gampong Lampulo ini ketika itu. Dekat sini kalau korang berani korang bolehlah ambil gambar daripada bawah bot nelayan ini. Aku memang pusing habis keliling kapal. Masuk ke dalam rumah dan di dalam rumah itu adalah satu kain rentang yang tertulis nama-nama mangsa tsunami yang terkorban sekitar kampung ini. Masa aku berada bawah kapal tu untuk ambil gambar memang kadang-kadang tu rasa cuak juga.
Satu perkara yang menariknya ialah sewaktu aku disini, ada beberapa rakan aku serta penduduk kampung yang merasa gegaran gempa dan ada segelintir anak-anak kecil Aceh serta penduduk yang menjerit gempa sambil berlari masuk ke dalam rumah. Walaupun kejadian tsunami sudah 10 tahun berlalu tetapi trauma serta fobia mereka terhadap gempa dan tsunami sentiasa menebal seperti kejadian itu baru semalam terjadi. Siapa tak fobia kalau dah tengok depan mata kan? Baiklah! Lepas nih kenapa pula aku nak pergi yer? Aku nak pergi satu tempat nih pula. Cantik! Rumoh Aceh!
Kepada yang bakal berkunjung ke Banda Aceh, jangan pula terkeliru dengan Pasar Aceh yang aku katakan ini. Pasar Aceh ini kalau ikutkan ada dua jenis. Di tempat yang sama! Pasar Aceh yang terkenal seperti sebuah pasaraya. Pasar Aceh yang aku pergi ni pula yang berada di tepi jalan sekitar kawasan tersebut. Ala-ala macam uptown lah sikit! Kawasan yang aku lalu sini memang banyak betul dijual kasut-kasut yang kalau tengok ada juga yang cantik-cantik. Aku hanya sekadar jalan-jalan cuci mata sahaja lah menikmati pemandangan malam Banda Aceh. Kawasan Pasar Aceh ini berdekatan dengan Masjid Raya Baiturrahman. Jadi, tak ada masalah kalau nak menunaikan solat. Jadi, badan pun memang dah penat! Sudah tiba waktu pulang semula ke hotel untuk berehat! Esok kemana pula arah tujunya yer?
Hahhhh! Inilah rumah tradisional suku Aceh yang diberi nama Rumoh Aceh. Rumoh Aceh ini ada 3 bahagian utama dan 1 bahagian yang ditambah iaitu dapur. Rumah ini serius memang cantik tapi zaman sekarang ini memang dah tak ramai dah orang Aceh buat rumah macam nih. Salah satu sebabnya ialah kos membeli kayu untuk buat rumah ini sudah terlampau mahal dan untuk menjaganya pun agak susah. Apa-apapun, kalau aku nih banyak duit memang teringin aku nak buat rumah macam nih. Cantik kut!
Dekat sini pun adalah kawasan-kawasan menarik untuk korang bergambar. Macam aku dengan kawan-kawan siap naik lagi bergambar dekat sini. Pemandangan dekat sini pun cantik! Jadi, sekarang aku nak menuju ke sebuah pantai dimana pantai ini merupakan salah satu kawasan terawal yang dilanda tsunami iaitu Pantai Ulele.
Aku nih sebenarnya sukakan sejarah. Jadi, sempat lah aku bertanya kepada orang Aceh disini. Dikhabarkan kepada aku pada zaman dahulu kala, bahagian pulau dihujung sana dan di tempat aku berdiri sini sebenarnya bercantum sebelum berpisah seperti sekarang. Kemudian, berbalik pada waktu sebelum tsunami melanda kawasan Pantai Ulele ini, dihadapan aku ini dahulunya merupakan padang bola sepak yang luas sebelum ditenggelami air seperti sekarang. Terkejut aku mendengar penerangan orang Aceh semasa aku tengah khayal melihat keindahan matahari yang jatuh disebalik pulau tu.
Kalau korang nak datang Pantai Ulele nih, kena lah datang awal sikit sebab kawasan pantai akan ditutup sebelum Maghrib. Aku pun sampai dah agak lewat kalau tidak mesti sempat minum-minum sambil melihat keindahan Pantai Ulele ini. Memang rasa sejuk sangat berdiri sampai menikmati hembusan angin pantai yang dingin. Layannnn! Memandangkan perut pun dah lapar jadi selepas Maghrib mesti nak kena isi perut kan. Menu selepas ini ialah makanan laut! Nak tahu dekat mana aku nak pergi pula? Tengok bawah! Hehehe!
Hah! Disinilah tempat makan malam untuk hari kedua di Banda Aceh ini. Aku lupa pula apa nama restoran seafood ini tapi restoran ini besar dan di atas pantai. Wah! Makanan-makanan dekat sini pun boleh tahan sedap. Bak kata orang Aceh,"Makanan-makanan disini lumayan dan sedap-sedap semuanya!" Hehehehe!
Hah! Segala mak nenek ada atas meja semua aku rasa dan makan. Makanan-makanan dekat sini memang kena dengan selera anak tekak aku lah. Serius sedap dan bertambah lah makan! Paling aku suka menu ikan dekat sini! Segar! Perut pun dah kenyang kan jadi destinasi seterusnya ialah ke Pasar Aceh di waktu malam! Hah! Ada apa jer dekat sana?
BERSAMBUNG.....
wah..syok2...pasal bot nelayan tuh best..berjasa betul kan..dpt jugak selamat penduduk..skg nih jadi tarikan pelancongan pulak..
ردحذفtu lah...takdir umur mereka panjang...banyak pengajaran nya
حذفSlm Hans , saya org Turki. Besok nak pi Aceh untuk 2 hari. Sebelum pergi sana untuk pengalaman dan maklumat sedang membaca pengalaman Hans. Tk kerana menulis susah susah. Nampaknya menarik sangat Aceh.
حذفPeerrrgghhh!!!
ردحذفTerasa gempar ke? Sure perasaan waktu tu lain macam...
Tp macam best laa Banda Aceh ni...makanan pun tak payah fikir susah nak dapat sbb semuanya halal...
Best best best!
aku tak rasa tapi ramai lah yang rasa...sebab time tu aku busy kerja..hehehe
حذفpergi lah sana...seronok
uuu.. bot atas rumah tu, mengingatkan peristiwa tsunami.
ردحذفsangat...dulu tengok dekat tv jer...bila dapat tengok depan mata...lagi menginsafkan
حذفBestnya dapat melancong ke banda aceh.
ردحذفpergi lah melancong sana bro..harga tiket xmahal
حذفkos belanja makan, kenderaan dan hotel dekat sana pun murah
ak pn prnah sampai Aceh.. tahun 2011.. waktu tu tgh raya Aidiladha.. sebak semacam je bila tngok tinggalan Tsunami dekat situ.. insaf....
ردحذفowh...malam sebelum raya tu mereka ada event kereta berhias..
حذفsempat tgok x bro?
mmg best la dpt duduk hotel 4*.. hehehe.. nampak macam dh semakin pulih banda aceh ni lepas tsunami.
ردحذفmemang best...hotel class tapi harga dia murah...so memang seronok sangat
حذفassalam. saya nak tanya berapa harga hotel yang saudara duduk tu dalam rm?
حذفbanyak jugak yer tempat menarik di acheh ni. makanan pun sedap-sdap
ردحذفnantikan sambungan nya :)
حذفpersonally, lepas peristiwe kat acheh... Luna terus takut nak pergi pantai... kalau membe2 ajak wat event kat pantai mesti awal2 tolak.... padahal.. dari kecik mmg suke pergi pandai.. kalau boleh tiap minggu ajak parent berkelah! mm..
ردحذفrugi lah takut pantai :)
حذفSalam, saya nak tanya. pasar aceh yg macam uptown tu buka sampai pkul brpe dan berapa caj utk pemandu pelancong tu?
ردحذفitu buka malam...tak pasti sampai pukul berapa....caj untuk pemandu pelancong tu kamu boleh cuba hubungi sendiri pemandunya yang saya letak nombor di part 5
حذفإرسال تعليق
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com