Melancong Ke Banda Aceh - Part 3

HARI KETIGA

Alhamdulillah! Hari ketiga aku di berada di Banda Aceh jatuh pada hari Jumaat. Jadi, aku berpeluang menunaikan solat jumaat di salah sebuah masjid yang cukup terkenal bukan sahaja di kalangan masyarakat Aceh tetapi juga seluruh dunia iaitu Masjid Raya Baiturrahman.


Masjid Raya Baiturrahman ini bukan sahaja dikenali dunia sewaktu kejadian tsunami sahaja tetapi juga dek kerana sejarahnya. Sebenarnya sewaktu zaman Belanda menjajah Indonesia, masjid ini pernah dibakar keseluruhannya oleh tentera Belanda sebelum dibangunkan semula. Dan mengikut daripada pertanyaan aku kepada beberapa orang masyarakat Aceh disini, sewaktu tsunami melanda kawasan ini, air tsunami tersebut tidak masuk langsung ke dalam masjid dan masjid ini memang selamat tanpa ada kerosakan. Lihatlah betapa hebatnya kuasa Allah. Memang insaf apabila berada di masjid ini dan mengetahui tentang segala peristiwa yang berlaku. 


Masjid Raya Baiturrahman ini dibuka sejak tahun 1881 lagi dan pemandangan di sekitar kawasan masjid ini memang membuatkan aku rasa tenang jer. Selain menjadi tempat umat Islam Aceh bertukar pandangan, melangsungkan perkahwinan dan mencari sumber ekonomi, masjid ini juga memang aktif membuat pelbagai aktiviti seperti ceramah dan jumlah hadirin yang datang memang melimpah keluar daripada masjid. Memang Hans kagum betul! Dan menariknya masjid ini kerana ia dilengkapi penghawa dingin, menyediakan air minuman secara percuma kepada jemaah selepas sudah solat Jumaat dan juga turut menjadi kawasan pelancongan yang menarik perhatian ramai pelawat.


Alhamdulillah Hans rasa sangat bersyukur kerana dapat menunaikan solat Jumaat di Banda Aceh. Jadi, destinasi seterusnya ialah melawat sebuah rumah anak yatim di Banda Aceh. Di Banda Aceh memang terdapat banyak rumah anak yatim hasil sumbangan pelbagai negara termasuk Malaysia. Maaf Hans lupa pula nama rumah anak yatim yang Hans pergi nih tetapi dekat sini sahaja dah ada lebih kurang 1000 orang anak yatim. Banyak weh! Serius sayu hati bila tengok budak-budak ini. Hans rasa bersyukur sangat sebab masih mempunyai abah dan emak!


Alhamdulillah! Lawatan kami kesana memang disambut dengan cukup mesra oleh semua penghuni disana. Yang seronoknya tu hasil sumbangan beberapa orang rakyat Malaysia yang menyumbangkan seekor lembu buat rumah anak yatim ini, mereka telah menyediakan menu gulai kawah yang memang buat Hans tanpa segan apatah lagi malu untuk menambah nasi di dalam pinggan. Sedap wehhhh! Hahahaha!


Satu perkara yang Hans cukup kagum apabila berada di Banda Aceh ini ialah mereka mempunyai pasukan polis syariah dan untuk hari ketiga ini Hans berpeluang melihat sendiri bagaimana pasukan polis syariah Banda Aceh bertugas membanteras masalah-masalah sosial yang melibatkan remaja-remaja serta orang dewasa disana. Bagi Hans sebenarnya ini satu pendekatan yang cukup bagus dan Malaysia terutamanya majlis agama Islam setiap negeri sepatutnya boleh mencuba pendekatan ini. 


Pasukan polis syariah wanita yang pakai baju hijau lumut tu. Hahhhh! Mereka ini memang hebat kerana berani dan cekal menjalankan tugas. Mana-mana yang dilihat berdua-duaan atau memakai pakaian yang menunjukkan aurat atau ketat akan dipanggil, dikumpulkan dan diberi nasihat dengan penuh berhemah. Walaupun ada sesetengah yang ditahan bertindak agak agresif tetapi akhirnya mereka menjadi tenang dan mengaku bersalah apabila mendengar nasihat daripada polis-polis ini. Serius Hans tabik dengan skuad polis syariah Banda Aceh ini. Terbaik!


Semalam Hans telah pergi ke Gampong Lampulo untuk melihat kapal yang tersangkut di rumah tetapi tidak sempat untuk singgah menikmati pemandangan senja yang indah berdekatan dengan sebuah pelabuhan disana. Jadi, aku mengambil kesempatan untuk menikmati pemandangan matahari jatuh daripada kawasan ini dan memang cantik dan indah pemandangan pada hari itu. Penduduk sekitar pun murah dengan senyuman dan memandangkan mereka tahu kami ini pelancong luar jadi mereka pun tidak kisah membenarkan aku dan rakan-rakan untuk naik ke atas kapal dan bergambar disitu. Hehehe!


Untuk hari ketiga ini, pemandu kami yang merupakan penduduk tempatan mencadangkan kami makan malam disebuah restoran yang bernama Warong Rumoh Aceh. Restoran ini menawarkan semua makanan khas Aceh dan kata mereka makanan dekat sini memang sedap-sedap. Hah! Itu yang aku nak dengar tu! Perkataan sedap tu bila diucapkan oleh pemandu tu memang boleh dipercayai! Sedap gila nak habaq mai! Hahahaha! Bertambah lagi lah nasi yang aku makan. Jadi, kepada sesiapa yang tengah berdiet tu mohon lupakan hajat korang kalau datang ke Banda Aceh ini. Serius aku memang syorkan kepada sesiapa yang nak datang melawat ke Banda Aceh ini untuk cuba makan malam dekat sini. Jadi, perut pun dah kenyang dan aku pun balik ke hotel untuk berehat. Tak sabar nak tunggu esok sebab banyak lagi tempat yang aku tak pergi lagi nih! Yehaaaaaaaaaa!!  

BERSAMBUNG.....

13 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. dekat sana pmpn tak boleh pakai seluar kan? kalau tak silap saya la

    ردحذف
    الردود
    1. apa pula xboleh...ramai jer pakai seluar..siap legging ketat kut...tu yang kena tahan polis syariah tu..hahaha

      حذف
  2. Best best best!!
    Tak sabar nak baca yg seterusnya...

    ردحذف
    الردود
    1. next part banyak lagi kisah dan gambar sebab banyak berjalan...hehehe

      حذف
  3. bestnya kalau dpt pengalaman mcm nie..

    ردحذف
    الردود
    1. bila pergi melancong ke mana-mana cubalah kutip dan lawat sebanyak mungkin tempat...mesti best :)

      حذف
  4. slm... sy nk ke aceh esok. 4 hari 3 mlm. nak tanya dekat mana ada jual telekung sembahyang?

    ردحذف
  5. Brpe ratus tuka rm ke rupiah??? suggestions?

    ردحذف
    الردود
    1. tengok pada berapa hari dan tujuan ke sana....

      ikut kan sebelum nih di Aceh tak banyak sangat barang2 souvenir bagi pandangan mata saya sebagai lelaki..

      saya tak sure kalau wanita macam mana..

      حذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم