Melancong Ke Bandung Indonesia - Part 3

Assalammualaikum semua! Apa khabar? Sebelum terlupa nak ucap selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam yang sedang berpuasa di bulan Ramadan yang mulia ini. Maaf lah sebab tak sempat nak kemas kini blog dalam waktu terdekat. Seronok juga bila ramai yang membaca (melihat kepada jumlah views) dan meninggalkan komen di sini. Paling menarik Hans dapat banyak pertanyaan di whatsapps dan juga email tentang lawatan ke Bandung ini. Jadi, meh sini cheq nak sambung cerita pula....



Jadi, destinasi Hans seterusnya ialah Floating Market Lembang. Perjalanan nak mai dekat sini sebenarnya melalui kawasan perumahan dan pekan kecil. Memang tak sangka langsung bak hang tiba-tiba ada tempat yang betul-betul indah dan menarik macam Floating Market ini. Harga tiket masuk dalam 15 ribu rupiah sahaja. Tak mahai haihhh! Berbaloi-baloi nak habaq dekat hangpa semua! Aik? Cakap Utara pula Cheq...faham ka? Hahahaha!



Floating Market Lembang ini memang cukup luas kawasannya dan memang sesuai untuk aktiviti keluarga sebab ada banyak aktiviti dan tempat yang sesuai untuk kanak-kanak, remaja dan orang dewasa. Hans menganggap kawasan ini berbentuk bulat dan ditengah-tengahnya ialah tasik buatan manusia. Memang ramai manusia dekat sini dan Hans pun nak tengok ada apa sangat yang menarik dekat sini sampai ramai betul orang datang melawat tempat pelancongan Floating Market Lembang nih..Jom ikut Hans!




Tudiaaa! Tudiaaaa! Tudiaaaa! Taman Kelinchi! Taman Kelinchi! Hahahaha! Dalam perjalanan ke sini memang banyak bertemu dengan kedai makan yang jual satay kelinchi @ arnab. Datang ke sini, kita bagi pula dia makan! Comel-comel! Gebu-gebu! Nak masuk taman nih kena bayar berapa rupiah entah. Hans dah lupa tetapi lepas dah bayar dia akan bagi kita dua batang lobak merah. Lepas tu kita masuk ke dalam dan pilih lah arnab mana kita nak bagi makan. Walawehhhh! Rambang mata nak bagi arnab yang mana satu nak makan. Dah tengok semua gemuk jer! Mana tak nya kalau dah seorang dapat dua lobak...beratus pula masuk taman nih. Hahahaha! Cuba tengok gambar Hans bagi arnab makan lobak tu...nampak penyayang kan? Realitinya memang penyayang. Eh?



Kampung Leuit! Hahhh! Kepada orang-orang bandar yang kampung hangpa pun dekat bandaq juga...kalau hangma semua mai sini memang rasa seronok lah sebab cantik betul suasana, dekorasi dan kebersihan dekat sini. Cheq orang kampung jadi bila tengok kampung rasa biasa jer lah cuma dalam hati memang kagum dengan dekorasi orang-orang Lembang ini. Menarik tertarik memang kebabom lah!




Ini antara dekorasi dan kreativi depa! Hans berkenan betoi dengan gajah dan anak gajah tu! Cantik kan? Berapa lama lah depa bertukang baru siap buat benda tu agaknya yer?



Hans kan anak jati Kedah! Jadi, tengok pokok padi nih memang rasa biasa jer lah! Hahaha! Jadi, ambil jer lah gambar kan sambil acah-acah nak terbang macam superman!



Serius memang seronok sebab tempat nih kaya dengan kecantikan, pemandangan, kreativiti dan cukup mendamaikan. Memang rasa tenang dan gembira dapat menghabiskan percutian dekat tempat-tempat macam nih. Ada antara rakan Hans yang kurang gemar dengan suasana kampung pun boleh terus suka dengan tempat ini. Jadi, Hans rasa memang betul tempat nih cukup menarik. Korang kalau datang Bandung, wajib kena datang sini tau! Kalau tak mai sini, rugi besaq lah hangpa!



Nama pun Floating Market jadi mestilah ada pasar atas air! Cuba tengok sampan-sampan tepi tu! Itu semua jual makanan tu! Walawehhhh! Tiba-tiba rasa lapaq pula tengok! Jom makan dulu! 



Sebelum makan, macam biasa lah kena lah ambil gambar dulu! Bukti! Bukti! Hahahaha!



Dekat sini kalau nak beli makanan tak boleh pakai duit tetapi kena pakai token. Jadi, hangpa pi lah tukar duit dengan token yang ada dekat pondok-pondok kecil sepanjang floating market nih. Ala-ala pi funfair lah tukar duit dengan token. Tak pernah pi funfair? Hangpa nih urban sangat nih! Nasib lah aku orang kampung! Merasa juga lah benda-benda macam tu! Hahaha!



Hans tukar 20 ribu rupiah dengan token nih. Tukar sedikit jer sebab masa tu tak lapar cuma dahaga tahap sesat di padang pasir jer sebab tempat nih kan luas! Walawehhh! Tukar token pun nak ambil gambaq ka? Matilah kena kutuk dengan pembaca blog sendiri nanti! Hahaha!




"Es Tebu! Es Tebu! Mahu ditambah lemon Mas?" Waduh! Waduh! Sedap bangat sih! Walau tak gemar sangat air tebu tetapi sebab kelakar Hans dengar dia cakap terus beli. Hahaha! Tetapi, boleh tahan jus tebu dia. Terbaik dari ladang! Sedap! 



Dekat sebelah tempat makan di floating market nih ada banyak ikan. Ikan apa entah? Siakap ker? Lupa dah Hans nama ikan nih tetapi dekat Malaysia pun banyak. Satu tips kalau korang rasa nak balas dendam dekat sapa-sapa, bawa orang tu dan tolak dia jatuh dekat tempat ikan ini sebab ikan dekat sini memanjang lapar. Hahaha! Ya Allah! Tips apa lah Hans bagi nih? Dah sekarang bulan puasa! Insaf lah wahai tuan punya blog!




Lepas dah minum dan makan teruskan kembali berjalan. Walaweh! Cantik pula dekorasi taman yang kami berlima lalu nih. Tengah-tengah bergambar dan berjalan tu tiba-tiba ada orang tempatan datang dekat Hans minta tolong sesuatu. Dia bagi Hans duit dalam 100 ribu rupiah juga lah lepas tu dia kata nanti bagi balik duit tu dekat saya. Alamak? Tolong jenis apa nih? Bagi duit lepas tu minta balik duit? Betapa buruknya siku mu? Hahaha!



Walawehhh! Rupa-rupanya dia suruh Hans berlakon konon-konon dia terjumpa Hans secara tiba-tiba dan minta tolong Hans beli. Hahahaha! Ini merupakan salah satu tugasan diorang sebab diorang tengah masuk treasure hunt ker apa entah. Tetapi, dia cuma minta dalam berapa puluh ribu saja jadi yang baki tu dapat dekat Hans! Lagi seronok tu diberinya pula hamper kuih. Berbulu jer kawan-kawan Hans tengok Hans dapat duit. Rezeki murah namanya! Alhamdulillah! Ketuk ketukkkk Ramadan! Eh?



Lihat lah duniaaaaaa! Inilah hadiah yang paling bernilai sepanjang saya berkecimpung dalam dunia blogger! Eh? Matilah nak tiba-tiba rasa macam dapat anugerah bintang popular. Hahaha!



Alhamdulillah! Selesai sudah perjalanan kami mengelilingi Floating Market. Jadi, masa untuk bergambar dengan pelbagai gaya. Dalam lima orang tu cuba korang bagitahu gaya mana yang paling terbaik? HAHAHA!



Macam Hans cakap sebelum nih, menariknya dekat Bandung nih sebab ada beberapa tempat pelancongan yang memberi kita keistimewaan bila tiket kita boleh ditukarkan dengan air. Ya Allah! Betapa indahnya masa tu bila dapat minum air. Syukran jazilan! Dekat Malaysia ada tak tempat pelancongan yang harga tiketnya murah tetapi buat macam nih? Kalau ada bagitahu yer :)




Alhamdulillah! Selesai sudah Hans tawaf di kawasan Floating Market Lembang yang memang cukup luas dan penuh dengan pelbagai tempat, dekorasi, maknaan dan aktiviti yang menarik yang disediakan buat semua pelancong yang datang ke sini! Terima kasih kepada Rahmat kerana mencadangkan tempat ini sebagai salah satu lokasi wajib datang buat kami berlima di hari yang pertama ini. Memang terbaik! Memandangkan ramai yang meminta nombor telefon Rahmat, jadi Hans letakkan nombor telefon nya dibawah untuk memudahkan anda semua berhubung dengannya melalui aplikasi Whatsapps.


Nama         :      Rahmat Sugiarto
Telefon      :      +62 821 2195 0335
Instagaram:     MAOSTRAVELTOURS_BANDUNG
Email         :      rahmatsugiarto695@gmail.com


Memandangkan dari pagi sampai ke petang kami berlima berjalan sakan tak ingat dunia, jadi destinasi kami yang seterusnya ialah untuk ke Cihampelas untuk check in hotel tetapi sebelum tu kami sempat singgah sebentar dekat sebuah tempat ini. Serius sangat cantik dengan suasana hijau semulajadinya yang betul-betul mendamaikan sampai Hans jatuh cinta dekat tempat tu. Kalau nak tahu tempat apa yang menarik sangat di mata Hans tu, nantikan dalam sambungan artikel seterusnya. Assalammualaikum :)

BERSAMBUNG.......


MELANCONG KE BANDUNG INDONESIA (TANGKUBAN PARAHU) - PART 1

MELANCONG KE BANDUNG INDONESIA (LADANG TEH & STRAWBERRY) - PART 2

MELANCONG KE BANDUNG INDONESIA (FLOATING MARKET LEMBANG) - PART 3

12 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. bestnyerrrr. lagi part arnab. sbb yatt suke binatang ehehe

    ردحذف
  2. Banyak entri pasal bandung ye... Melancong memang buat jiwa tenang

    ردحذف
    الردود
    1. hahaha...yups...cerita satu2...tu jadi banyak tu...hehehe

      حذف
  3. best hans.. suka cara hans bercerita.. rasa cam gi sana gak.. we want more..

    ردحذف
    الردود
    1. hehehe...terima kasih sebab suka artikel saya taip nih :)

      حذف
  4. Klu bawak parents g jalan2 bandung ni ok ke? takut x larat nk jalan je...huhu

    ردحذف
    الردود
    1. okay jer rasanya..bergantung pada parents awak juga dari segi minat dan kesihatan dia

      حذف
  5. Wahh! best betul jalan-jalan kat bandung..first time jumpa explanation pasal tempat ni selain lokasi lain yg biasa-biasa dengar.. Unik dan mesti pergi ni!

    ردحذف
  6. Wahh! Best betol jalan-jalan kat Bandung..Pertama seumpamanya ulasan tempat percutian yang unik selain tempat-tempat yang biasa kita dengar..mesti pergi ni

    ردحذف
  7. hahahaha... best la baca entri hang. Mana sambungannya nih tak sabo nak baca

    ردحذف
  8. Ummi tak pernah jln2 obersee even ke negara seberang sekalipon. Baca blog ni cam best pulak.tp sesuai ke nk angkut budak2 kecik kalo g sana.tu yg selalu bantut nk jenjalan jauh2 ni

    ردحذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم