Assalammualaikum semua.....
Memang dah lama dah tak menulis di sini. Pergi Brunei hari tu pun tak update padahal ikutkan bukan susah pun nak update. Apa-apapun, seronok pergi Brunei dan terima kasih kepada Tuan Haji yang begitu baik melayan saya di Brunei. Memang dah macam ayah angkat dah rasanya.
Berbalik kepada tahun 2017 rasanya macam tak ada apapun kemajuan. Masih bujang. Masih belum kaya. Masih tidak mampu beli rumah. Masih tidak berkereta sebab rasa malas nak beli kereta. Masih hidup kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang.
Tahun 2017 nih juga rasanya macam makin sunyi hidup bila kawan-kawan boleh dikatakan 95% dah kahwin. Sebaik mana pun kau dengan kawan kau....bila dah kahwin mestilah keluarga sendiri diutamakan. Kalau aku pun mesti aku utamakan isteri dan anak-anak. Siapalah bakal isteri pun entah. Hahahaha!
Sejak tahun bila yer aku memang dah tak suka nak azam-azam nih sebab selalunya susah aku nak tunaikan. Bila aku tak berazam laju pula aku buat. Itu keunikan aku kut. Hahahaha! Antara yang aku tengah buat sekarang ialah cuba kuruskan badan dan banyakkan simpanan dengan harapan ada duit yang cukup untuk deposit rumah. Malangnya harga rumah semakin mahal. Apalah nasib!
Masih bujang di usia 29 tahun adalah satu perkara yang bili difikirkan agak memberi tekanan pada kepala otak aku nih. Hahahaha! Bukan stress sebab orang tanya,"Bila nak kahwin?"....betul ker tak stress? Adalah sikit tapi sebab dah biasakan jadi suruh doakan jer yang baik-baik. Aku cukup tak berkenan dengan jawapan kawan-kawan aku bila ditanya soalan macam tu. Daripada kau menipu kahwin 30 Februari lah 31 Jun lah...baik kau suruh jer lah makcik pakcik tu doakan kau bahagia. Lagi baik kan?
Hah! Stress sebenarnya bila kau tengok kawan-kawan kau dah kahwin...ada anak-anak comel...pergi mana berdua ker bertiga ker berempat ker...rasa cemburu gila disitu. Hahaha! Sebab aku memang jenis Family Man sikit. Dah makin kurang bersosial sejak-sejak wujudnya GST dengan peningkatan macam-macam harga barang nih. Mencari orang sewa rumah pun asyik tak dapat-dapat lagi.
Cuma seronoknya bila ada 2-3 orang yang masih lagi bertanya dengan aku bila nak menulis balik...bila nak review filem balik....kadang-kadang rasa sedih pun ada. Aku tak tau lah diorang suruh tu saja jer bodek ker apa ker tapi secara positifnya aku tahu itu peminat blog aku. Kahkahkahkah! Perasan tak sudah-sudah.
Jadi, rasanya mungkin untuk tahun ini aku akan memaksa diri aku untuk menulis kisah dan pengalaman hidup atau apa yang aku rasa aku nak tulis. Cuma memang tak mengharapkan orang baca dan komen pun.
Paling kurang mungkin aku akan syok sendiri jer..lepas tulis aku baca balik lepas tu gelak sorang-sorang. Hahahaha!
Apa-apapun, selamat tahun baru kepada semua yang membaca entry ini dan doakan esok aku tulis apa-apa yang menarik dekat blog nih lagi.
Selamat tahun baru 2017 Hans. Jangan risau pasal kahwin tu. Ada rezeki ada la tu. Takpe jadi Family man, because family always comes first! Hehehe
ردحذفdoakan aku...
حذفkalau ada calon sila rekeman...hahaha
haha..same umo rupenye..i feel u.
ردحذفtulis la blog lagi.#peminat
In Sha Allah...tengah istiqamah nak cuba update sehari satu entry ringkas...harap2 bawa manfaat atau hiburan pada yang membaca
حذفإرسال تعليق
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com