Alhamdulillah untuk tahun ini aku mencuba satu lagi bidang baru iaitu menjadi pembantu peribadi atau dalam bahasa media nya P.A kepada seorang Pencetus Ummah iaitu PU Riz.
Memandangkan bidang ini tak adalah asing sangat bagi aku sebab sebelum-sebelum nih pun memang dah biasa dah layan orang-orang VVIP atau pun artis-artis nih cuma yang lain untuk kali ini bila aku pula merasa di layan macam orang kenamaan nih.
Korang rasa aku suka ker tak dilayan dengan penuh kebaikan nih? Rasa-rasa korang? Okay! Secara jujurnya kalau aku boleh bahagikan peratus kesukaaan itu ialah 40% aku suka dan 60% lagi bukannya aku benci atau tidak suka tetapi aku rasa kurang selesa. Hahahaha!
Baru-baru ini bila temankan PU Riz bagi ceramah dekat Akademi LHDN di Bangi memang layanan daripada pengarah serta seketariat dan AJK majlis semua sememangnya terbaik. Cuma bagi aku yang sebelum nih melayan tetamu macam tu sememangnya aku rasa sangat kekok. Cuma dekat muka aku tak ada lah tunjuk kekok tu. Buat biasa jer. Dalam hati Allah sahaja yang tahu rasa aku masa tu macam mana. Hahahaha!
Paling seronok bila salah seorang ahli jawatan kuasa majlis datang dekat kepada aku sambil bercakap perlahan :
"Kami minta maaf Encik! Masa bergambar nanti kalau Encik tidak terlibat boleh kan? Maafkan kami sangat-sangat yer!"
"Encik! Maaf untuk kerusi merah dihadapan tu untuk tetamu-tetamu yang utama. Encik kami sediakan kerusi disebelah sana. Okay tak Encik?"
Dua dialog tu yang aku ingat sampai sekarang. Ada lagi dua tiga dialog tetapi tak berapa nak ingat dah. Hahaha! Aku bila pegawai tu cakap macam tu aku automatik jer cakap,"Eh, saya tak kisah! Saya okay jer! Kalau minta saya duduk atau join sekali pun saya tak nak!"
Hahahahaha! Tu tak masuk dengan nak pergi kemana-mana mesti akan ada orang iring lagi. Memang betul-betul lah mereka jaga. Protokol dan etika kerja mereka kan. Jadi, aku pun hormat jer sebab mereka menjalankan tugas.
Apa-apapun, memang satu pengalaman baru yang menarik bagi aku untuk tahun 2017 nih bila dilayan macam tu. Hahahaha!
P/S : Sesiapa yang berminat nak menjemput PU Riz boleh whatsapps saya yer :)
إرسال تعليق
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com