Alhamdulillah! Kita merancang tetap Allah S.W.T yang menentukan. Ewahhh! Ayat pembuka kata. Hahaha! Sebenarnya aku bukan lah peminat lemang sangat pun tetapi memandangkan salah seorang kawan baik aku selalu sangat dok bercerita bab kesedapan lemang bentong ni. Sikit-sikit makan lemang bentong! Sikit-sikit dekat Bentong sebab tengah makan lemang! Sebagai pemburu makanan tegar mana aku boleh tahan!!
Dari bulan Disember 2016 lagi dah aku dok merancang nak ajak kawan aku nih bawa aku pergi makan dekat sini. Akhirnya pada 11 Februari 2017 bersamaan hari Sabtu berjaya juga aku dan dua orang sahabat aku iaitu Ali dan Izzad menjejakkan kai di Lemang To'Ki di Bentong, Pahang. Asalnya berempat tetapi sahabat lagi seorang si Rashidi tu kena kerja pula.
Masa sampai sini memang dah ramai gila dah orang. Aku nih jenis bukan percaya sangat pun kalau orang ramai nih sedap. Nak tak nak memang kena rasa sendiri juga baru boleh bagitahu sedap ker tak.
Nasib kami ambil meja nombor 33 nih sebab berbumbung. Tadi pula hujan jadi kami terselamat lah. Hahahah!
Jadi, masa untuk membeli lemang yang diidamkan. Walaweh! Tengok depa bakar lemang macam esok lusa nak raya pula. Punyalah banyak! Masa tu aku dok fikir boleh habis ka lemang depa dok bakar sampai 3-4 baris tu.
Nasib cepat beratur. Kalau tidak lagi ke belakang lah sebab orang memang ramai betul yang datang. Padahal masa aku sampai sini pun dah pukul 2.30 petang tak silap aku.
TARAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!! Set Lemang To'Ki idaman hati telah pun tiba untuk disantap. Dekat sini dia jual set atau nak beli terus sebatang pun boleh. Satu set lemang dengan kuah ayam atau kuah daging berharga RM4.50 yer. Tak mahal pun. Macam aku pula tadi, aku ambil set lemang campur yang bermaksud kuah ayam dan daging sekali dalam satu pinggan dengan harga RM6.50. Walawehhhh!!! Sedap gila nak habaq maiii!!
Cendol depa pun memang terbaik bagi lidah aku yang merasa nih. Kemanisan dan lemaknya tu sama rata. Tak lebih tak kurang. Orang putih kata JUST NICE. Aku pula kata MEMANG RUGI KALAU HANGPA TAK CUBA! Hahahaha!
Dekat sini pun ada ayam bakar juga. Isi ayam tu sedap. Orang putih kata JUICY ka apa entah. Aku pula kata NYUM NYUM! Cuma air asam depa ja aku tak minat sangat sebab manis. Abang kan orang utara. Makan pedas maaa! Hahaha!
Inilah member aku yang selalu dok cerita pasal Lemang To'Ki nih dan menjadi pemandu yang membawa kami ke jalan yang benar ini.
Ini pula seorang lagi member aku. Badan jer kecil tapi tadi dia yang makan paling banyak. Aku kedua banyak. Hahahaha!
Ini pusingan kedua yer. Asalnya beli satu set sebab takut tak kena dengan selera tekak. Tetapi, bila dah mengketedarah tadi rasa sedap pula. Jadi, masing-masing beli lagi 2 set setiap seorang. Member aku dah macam pekerja dekat situ pula dalam gambar nih. Hahaha!
Motto aku bila pergi makan jauh-jauh dari Kuala Lumpur ke Bentong nih ialah alang-alang dah lebih 70KM nih kena lah makan banyak pinggan. Takkan pergi jauh-jauh nak makan sepinggan? Tak berbaloi duit minyak. Hahahaha!
Alhamdulillah! Aku bagi 4 bintang dari skala 5 bintang untuk rasa Lemang To'Ki yang enak, lemak, lembut dan menggiyurkan ini. Sebagai penutup, sila nikmati video diatas dimana aku bersantap dengan wajah yang penuh nikmat itu. Sekian :)
Kemain dorang bakar lemang. banyak nau nau!
ردحذفhahahaha...sesekali bantai makan besar...hehehehe
حذفmabeles...sedapnya...which part is Bentong....terasa nak ke sana jugak nie....huhu
ردحذفmemang sedap....saya nak bagi spesifik tempat pun tak pasti sebab pertama kali pergi..
حذفcuma mula-mula google map dulu Bentong...sampai bentong terus search Lemang To'ki
إرسال تعليق
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com