Aku dah berhenti melancong nak dekat setahun dah sebab nak kumpul duit untuk benda lain. Tetapi, memandangkan ramai betul kawan-kawan aku berjalan merata-rata tempat buat aku rasa cemburu tahap nak bakar jer rumah depa semua. Ada yang pergi Eropah lah....Russia lah...Korea lah...Jepun lah...Australia lah....Turki lah! Fuh!! Panas Abang Hans dibuatnya! Hahaha!
Sebenarnya kalau ikutkan misi abang...ada empat negara yang memang abang nak sangat pergi dan duanya dah tercapai iaitu :
ARAB SAUDI - SEMOGA ADA REZEKI KEMBALI KE SINI LAGI!
BRUNEI - NEGARA YANG MENDAMAIKAN
Tinggal dua lagi negara yang abang belum ada rezeki lagi nak jejak kaki iaitu :
SRI LANKA - ABANG EXCITED NAK NAIK KERETAPI DEKAT SINI
TURKI - SEJARAH EMPAYAR ISLAM YANG ABANG SUKA
Kalau ada sesiapa nak pergi sila HELLO HELLO abang Hans yer. Hahaha! Tetapi, memandangkan duit ringgit Malaysia sekarang lebih kurang rupiah jer jadi memang tak mampu lah aku nak pergi jauh-jauh. Jadi, bila dok usha-usha dekat Air Asia hari tu tiba-tiba hati rasa tertarik pula nak pergi SOLO, Indonesia. Tetapi, ramai juga cadangan dari kawan-kawan blogger dan facebook yang bagitahu lebih baik kalau pergi Solo-Yogjakarta sekali.
Jadi, abang sebenarnya macam tertarik juga nak pergi sekali dua-dua tempat nih sebab abang suka tempat tu bila ada makanan sedap, tempat sejarah, pemandangan yang cantik dan yang penting makanan yang sedap. Nampak tak dua kali sebut pasal makanan. Hahahaha!
Jadi, antara tempat-tempat menarik hati aku di Solo, Indonesia nih ialah :
PANDAWA WATER WORLD SOLO BARU - AKU MEMANG SUKA TAMAN TEMA
GROJOGAN SEWU TAWANGMANGU - AKU MEMANG SUKA AIR TERJUN
PASAR KLEWER SOLO - SERONOK BOLEH TENGOK BUDAYA MASYARAKAT
MUZIUM MANUSIA PURBA SANGIRAN - AKU TERTARIK TENGOK BENDA NI
CANDI CETHO - CANDI DEKAT SUNGAI PETANI TAK NAK PERGI...DEKAT SINI NAK PERGI PULA...TERUK BETUL ABANG NIH!
WADUK GAJAH MUNGKUR
NGARSOPURO NIGHT MARKET SOLO - ABANG KALAU SESAK SEBAB MARKET ATAU MAKANAN TAK APA...ABANG ON JER!
WISATA KULINER GALABO - MESTILAH ABANG NAK MAKAN PUAS-PUAS BILA BERCUTI. MAKANAN DEKAT INDONESIA SEDAP-SEDAP :)
Ada banyak lagi tempat-tempat dekat Solo tu cuma malas nak letak gambar dan taip. Hahahaha! Seterusnya, tempat-tempat yang menarik hati aku untuk pergi ke Yogyakarta pula ialah :
MALIOBORO - DEPA KATA SINI TEMPAT SHOPPING SAKAN...TAK TAU LAH ABANG TAPI MEMANG TERINGIN NAK PERGI
TAMAN NASIONAL GUNUNG MERAPI - TERINGIN NAK TENGOK KESAN LETUPAN GUNUNG MERAPI SEBAB MASA DEKAT BANDUNG DULU MERASA BAU SULFUR JER.
CANDI BOROBUDUR - ABANG BACA REVIEW RAMAI MACAM TAK MAU PI TEMPAT NIH SEBAB RAMAI ORANG DAN MAHAL. TAPI RASA RUGI PULA KALAU TAK PERGI KAN? ENTAH!
CANDI PRAMBANAN - ABANG SUKA TEMPAT-TEMPAT SEJARAH MACAM NIH
BUKIT KEDIWUNG - ABANG DAH BERANGAN ABANG YANG BERDIRI DEKAT TEMPAT PEREMPUAN DALAM GAMBAR TU SEKARANG. HAHAHA!
PANTAI TIMANG - ABANG ADA BACA BLOGGER TULIS PENGALAMAN DEKAT SINI DAN ABANG SERIUS TERUJA NAK CUBA.
GOA JOMBLANG - SESEKALI LAYAN ALAM SEMULAJADI PUN OKAY KAN?
JOGJA BAY PIRATES ADVENTURE WATERPARK - MACAM ABANG CAKAP MEMANG ABANG SUKA TAMAN TEMA...HAHAHA!
Itulah antara tempat-tempat yang Abang Hans rajin nak upload. Hahaha! Jadi, kalau ada sesiapa yang baca entry ini dan pernah pergi ke sana....boleh lah kongsi sikit info-info di sana seperti :
1) Nombor telefon supir/kenalan orang Solo/Yogyakarta
2) Tentatif perjalanan + Budget
3) Tempat-tempat menarik yang mungkin ramai lagi orang tak tahu
4) Link entry blog pengalaman korang disana
5) ETC....
Boleh mesej atau email Abang Hans seperti yang tertera di bawah :
Whatsapps : +60175056267
Email : misterhans88@gmail.com
P/S : KALAU ADA YANG NAK SPONSOR ABANG HANS BERCUTI DEKAT SANA PUN ADALAH AMAT SANGAT-SANGAT DIGALAKKAN. LEPAS TU ABANG PROMOTE KORANG DEKAT BLOG NIH IN SHA ALLAH TERUS KAYA KORANG. HAHAHAHA!
Asikkk, seru kan pergi ke Indonesia.
ردحذفwww.Penadwi.com
In Sha Allah...memang mahu ke sana lagi :)
حذفJom Hans trip ke Lombok
ردحذفbila tu?
حذفAssalamualaikum wr wb.
ردحذفSebelumnya saya mohon maaf bilamana Tuan/ Puan/ Abang/ Akak kurang berkenan kerana posting saya. Salam perkenalan saya Jati dari syarikat pelancongan Ganesha Jogja Tour & Travel. Bilamana tuan/puan, abang/akak nak melancong kat Jogja sila kol / whatsapp saya. Insya Allah saya bagi quotation menarik dengan harga yang berpatutan.
Kami bagi harga yang berpatutan dengan service best kerana kami handle terus dari Jogja. Bilamana tuan/puan, abang/akak nak melancong ke Jogja sila kol / sms / whatsapp saya +628985101301, bole juga email ganeshabantul@yahoo.com. Tanya2 dulu tidak mengapa..
Kami juga sedaiakan kereta sewa (all new avanza, xenia, innova, etc) / van (elf, travello, dyna, hiace 11-17 seats) / bus (29-50 seats) dengan harga yang berpatutan. Harga bole sesuaikan dengan bajet Tuan/ Puan/ Abang/ Akak sekalian.
Berikut contoh pakej pelancongan dari kami:
(pakej lain sila whatsapp)
Day 1
● Tebing breksi
● Kotagede (kilang silver & chocolate)
● Parangtritis beach
● Manding (leather arts)
● Alun2 selatan (sepeda & becak lampu)
Day 2
● Merapi lava tour
● Borobudur temple
● Kalibiru
Day 3
● Timang beach
● Cave tubing pindul
● Pinus Forest
● Bukit bintang
Day 4
● Drop off to airport
Harga bermula dari:
RM 589 (ALL IN)*
RM 439 (exclude hotel)*
*kos kira dalam 1 ringgit = 3500 rupiah, kos hanya estimasi sahaja kerana nilai tukar naik turun
* kos kira dalam 5 pax, lagi ramai lagi jimat, lagi sedikit lagi mahal
Pakej termasuk
● Kereta Sewa AC standard pelancongan (Grand / all new Avanza / Xenia untuk 2-5 pax, Isuzu elf 11 seater untuk 6-11 pax, Isuzu elf 16/17 seater untuk 12-16 pax, medium bus 31-33 seater untuk 17-33 pax, bigbus 44-54 seater untuk 33 pax lebih)
● Hotels *2 selama 3 malam (termasuk makan pagi)
● Supir / Pemandu
● Makan supir
● Parking
● Entrance fee sesuai itinerary
● 4x4 jeep merapi (kongsi 4 orang)
● shuttle menuju timang / kalibiru, kalibiru bilamana guna van harus naik ojek sepeda motor
● Dinner and lunch sesuai itinerary (halal meals)
● Air mineral
● Insurance
Exclude:
● Airport taxes
● Gondola ride bilamana pergi timang
● Personal expences (laundry, pulse, shopping etc.)
● Menu tambahan untuk dinner / lunch
● Tips untuk driver (seikhlasnya)
Note:
Harga dapat berubah setiap masa
Harga tidak berlaku bagi high season
>>> Untuk pakej pelanconga jogja yang lain sila jangan sungkan kol /whatsapp +628985101301 (FREE).
>>> Email: ganeshabantul@yahoo.com
>>> Facebook: www.facebook.com/reviosta (Jati Wijaya)
Atas perhatiannya kami ucapkan banyak2 terimakasih.
Wassalamualaikum Wr Wb
berjaya juga pecah tembok jogja november tahun lepas, memang tak rugi. jogja seru bangat!
ردحذفowh pergi berapa orang hari tu?
حذفTimang beach tu wajib pergi..view ohsem gila..dah cucuk cucuk ni pat pergi 😬
ردحذفhahaha...tggu ada duit lebih sis
حذفإرسال تعليق
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com