Assalammualaikum semua.
Memandangkan Hans nih merupakan seorang manusia yang suka melancong, jadi
secara tak langsung memang ramai kawan-kawan Hans yang asyik bertanya,”
”Hang
bila nak pi jalan-jalan lagi? Ada tak tempat yang tak payah belanja besar
sangat? Kalau boleh tempat macam pulau yang pasir dia putih dan laut biru tu!”
“Hang
tau dak tempat mana yang best? Aku nak bawa bini aku nih! Selalu dia dok bising
kata aku tak bawa dia jalan! Tapi, aku dok survey juga tempat mana yang macam
nampak wow tapi harga murah. Ada cadangan tak Hans?”
“Weh
Hans! Suami aku nih sikit-sikit bawa aku pi mall jer! Aku dah paksa dia bawa
aku bercuti tahun nih! Dia kata boleh tapi dalam Malaysia jer. Aku pula tak
tahu nak pi mana kalau dalam Malaysia nih! Hang ada idea tak?”
Memang kalut sungguh
kawan-kawan Hans nih nak bercuti. Maklumlah cuti Tahun Baru Cina dah nak dekat
kan. Jadi, Hans pun tanyalah kawan-kawan Hans nih nak bercuti dekat Malaysia
ker luar Malaysia? Depa semua kata nak cuti dekat dalam Malaysia jer.
Depa suruh Hans cari
pulau-pulau yang ala-ala VVIP tetapi nak harga yang mampu bayar. Hans pun
terfikir juga bukan main besar selera kawan-kawan Hans nih. Bercuti nak macam
VVIP tapi duit nak jimat. Masalahnya ada ker tak tempat macam tu?
Hans pun saja-saja lah
google carikan tempat yang bersesuaian dengan kehendak kawan-kawan Hans nih.
Sekali Hans terjumpa satu tempat yang Hans rasa sesuai untuk percutian kawan-kawan
Hans nih. Nama tempat tu PANGKOR LAUT RESORT.
Hans pun tengok-tengok
lah gambar dekat situ dan serius cantik gila weh! Hans pula yang
teruja nak pergi bercuti! Hahaha! Mana taknya sebab keindahan alam semula jadi
di seluruh kawasan nih memang macam langsung tak terusik.
Hans pun cuba juga
usha-usha macam mana pihak yang menguruskan Pangkor Laut Resort nih boleh
konsisten mengekalkan keindahan tempat nih. Rupa-rupanya resort nih bertaraf
lima bintang dik nonnn oiiii dan merupakan sebuah pulau persendirian milik
syarikat YTL.
LOBI PANGKOR LAUT RESORT YANG MEMANG AWESOME HABIS!
Patutlah tengok gambar
pun rasa macam kena pukau dah sebab lawa sungguh. Tu baru tengok gambar. Kalau
tengok depan mata? Memang setiap saat rasanya Hans dok berselfie dekat sini.
Hahaha!
Hans pun bagitahulah
kawan-kawan pasal Pangkor Laut Resort nih. Lepas tu depa tanya Hans pula apa
yang ada dekat sana. Haihh! Awat lah yang depa nih malas betoi entah nak
google. Tapi, sebab Hans sendiri pun rasa teruja nak tahu dan Hans pun semak
lah apa aktiviti yang ada dekat sini.
JUNGLE TREKKING
ISLAND HOPING & SNORKELING
NAK MEMANCING DEKAT LAUT PUN BOLEH :)
MAIN PELBAGAI SUKAN AIR DEKAT SINI
Serius macam-macam ada
weh! Untuk orang yang aktif dan suka air, memang ini syurga korang weh. Ada
aktiviti berkayak, memancing, snorkeling, Island Hoping dan banyak lagi.
Aktiviti jungle trekking pun ada.
SPA OUTDOOR NAMPAK LAUT WEHHH! CANTIK!!
NIH PULA SPA INDOOR! CANTIK KAN?
NIH PUN SPA DEKAT SINI JUGA! PERGHHHH!
Untuk orang yang suka dimanja-manjakan atau
mementingkan kecantikan, perkhidmatan spa pun disediakan. Yang spa nih Hans
memang suka sebab spa untuk lelaki pun ada. Yang penting macam-macam jenis spa ada! Memang terbaik!
SEJUK MATA MEMANDANG TENGOK DEKORASI PANGKOR LAUT RESORT NIH
Kepada pasangan suami
isteri yang baru berkahwin dan kepada pasangan yang terasa nak honeymoon lagi
tu, Hans memang sarankan sangat-sangat korang datang Pangkor Laut Resort nih
sebab selain pemandangan tempat nih dan alam semula jadinya yang superb,
suasana dia pun buat jiwa korang tenteram tanpa gangguan bunyi bising atau debu
habuk semua. Memang serius pasangan korang akan sayang korang sampai jannah
kalau korang bawa pasangan korang ke sini. Hahaha!
INDOOR POOL YANG MEMUKAU!
OUTDOOR POOL DIA YANG MEMANG SUPERB!
Lepas tu kawan-kawan
Hans nih pula sibuk dok tanya bab makan,”Makan macam mana weh? Ker
nak kena bawa maggi ka sambal ikan bilis ka?” Haih! Tu payah dapat kawan
pemalas nih. Semua benda nak Hans juga bagitahu. Hans pun cari lah lagi info dan rupa-rupanya dekat sini memang hangpa semua tak payah risau bab makanan. Ada pelbagai jenis tempat makan yang disediakan dan masing-masing menampilkan dekorasi dan pemandangan yang indah.
Kepada bakal-bakal
pengantin pula, kalau hangpa rasa nak buat majlis hangpa tu nampak ekslusif dan
mewah, Pangkor Laut Resort nih pun ada sediakan pakej perkahwinan yang sesuai
untuk korang. Bukan untuk yang baru nak kahwin jer, yang nak kahwin lagi pun
boleh! Confirm bini korang tak tahu punya sebab buat dekat pulau persendirian
nih. Hahaha!
OUTDOOR WEDDING AREA
OUTDOOR DINING
Buat yang dah kahwin tu,
Hans rasa lagi sweet kalau korang bawa pasangan ke sini. Dekat sinilah sesuai
kalau tiba-tiba hangpa nak buat kejutan dekat isteri ka suami ka untuk sambutan
ulang tahu perkahwinan korang. Ala-ala sweet gituh! Lagipun memang disini pun
pihak resort ada buat pakej juga untuk sambutan ulangtahun pasangan.
MENANGIS KERIANGAN WIFE KO BANG KALAU KO BUAT KEJUTAN MACAM NIH DEKAT DIA!
Nampak tak
Hans dah bagi korang idea nih. Kalau korang buat, yang si suami kalau minta nak
kahwin lagi satu pun mesti si isteri bagi punya. Yang si isteri pula, lepas nih
senang korang nak minta beli beg tangan baru ker set barang kemas ker confirm
si suami tunaikan. Tak percaya cuba buat kejutan bawa pasangan korang bercuti
dekat sini.
Tetapi, kepada yang masih
bujang macam Hans jangan lah risau. Pangkor Laut Resort nih bukannya tempat
percutian untuk pasangan suami isteri jer. Untuk orang-orang bujang macam kita
nih pun boleh datang bercuti dekat sini. Macam Hans sendiri pun rancang nak
bercuti dengan kawan-kawan dekat sini. Kepada yang nak bercuti dengan keluarga
tu pun, Hans rasa memang sesuai sangat tempat nih. Sesekali gembirakan keluarga
apa salahnya kan.
Bila Hans cerita dekat kawan-kawan Hans nih, semua dah teruja sebab
masing-masing dah dapat bonus dengan dividen simpanan masing-masing. Depa pun
tanya lah Hans macam mana nak pergi ke Pangkor Laut Resort nih. Hans pun
terfikir yer tak yer juga. Hans pun google dan tengok banyak juga pakej
ditawarkan tetapi kita kenalah cari yang mana paling menarik dan berbaloi.
Akhirnya, Hans rasa
pakej dari TRAVELOKA juga yang paling terbaik. Ada yang tak
pernah dengar ker pasal Traveloka? Mungkin sebab Hans nih suka melancong jadi
memang tahu pasal website nih. Kepada pembaca yang baru tahu, meh Hans kongsi
sikit dengan korang apa sebenarnya Traveloka nih.
Traveloka nih sebenarnya
adalah salah satu platform penerbangan dan tempahan hotel yang terkemuka di
Asia Tenggara nih. Ada lebih dari 100,000 hotel dan laluan penerbangan di
seluruh dunia. Dan yang paling seronok tu sebab setiap hari mereka menawarkan
harga hotel dan penerbangan dengan harga yang paling murah. Senang cerita lah
kan, dengan website Traveloka ini akan memudahkan korang membuat carian,
tempahan dan pengurusan lawatan untuk hotel dan penerbangan di dalam Malaysia
mahu pun antarabangsa.
Jadi, kepada sesiapa yang sama macam Hans nak bercuti
di Pangkor Laut Resort yang merupakan Resort Bertaraf 5 Bintang tetapi
nak bayar dengan harga yang murah, korang boleh klik sini PANGKOR LAUT RESORT PRICES & DEALS untuk buat tempahan. Selamat bercuti semua!
Perghh!!! Sejuk mata memandang....
BalasPadamAku terus google ttg tpt ni, ada rezeki, nak pi sini someday 😍😍
serius cantik kan....kalau dah pergi share2 dekat entry blog yer :)
PadamCantik sgt view dkt pangkor laut tu. Terpesona tgk. Tak silap resort ni antara top dan tercantik di pangkor.
BalasPadamyups cantik gila kan...hehe
Padamyes...top dekat Perak
yang dah pergi semua cakap best
Waaah tempat ini bagus sekali, harus saya masukkan ke bucketlist:D
BalasPadamyes...harus pergi :)
PadamCntiknya...arap lps ni bole dok situ
BalasPadamhahaha..kena jadi owner situ lah kalau duduk situ terus
Padamkalau gi bercuti okay :)
Best oo Pangkor. AS dah lama tak ke sana.
BalasPadamLast pegi 2 tahun lepas, masa preggy anak ke-2.. Babymoon lah kunun ahaks!
Pasni kalo nak gi, nak guna servis traveloka je senang
yang nih lain dari pulau pangkor AS
Padamini pulau persendirian :)
memang cantik sangat
BalasPadamtu lah...sebab tengok ramai yang pernah pergi semua puji kata best
PadamPulau Pangkor Laut nie memang antara yang terbaik di dunia... Teman pernah menginap kat sini... Kalau nak menginap disini dan bawa anak kecil mungkin tak berapa best sangat la... faham-faham la kalau mat saleh banyak kat sini, pakaian depa tu... memang kalau boleh nak bogel je depa tu... Kat Marina resort belakang Pulau Pangkor Laut tu, memang selalu depa bogel kat tepi pantai...
BalasPadamwahhhh seronok lah dah pernah sampai sini...nih yang jealous nih..hehehe
Padampangkor laut ni mmg cantik..bff akak baru je blk dr cuti2 kt sini..dia menang contest..syok btul tgk gmbr2 die kt sana
BalasPadamperghhhh bertuah bff akak tu
Padamseronok lah dia dapat jejak kaki dekat sini
memang cantik danmeletop lah resort nie :)
BalasPadamsuka tengok view dia ....
itulah...tgok pool dia menghadap laut memang lawa gila
Padamlaaaaa.... ingatkan dia yg terbang ke sana..
BalasPadamtapi memang serious cantik kan. ingat nak gak lah sekali nnt stay kat sana.
hehehe...kalau saya terbang dekat sana memang bersepah dah muka saya dekat gambar tu..haha
Padamtapi memang bila dah tengok mmg teringin gila nak pergi
Terima kasih hans, detail sangat nanti boleh miza tunjuk dekat EE mana tau dapat sambut Anniversary kat sini
BalasPadamhehehe...In Sya Allah ada rezeki dapat pergi tu
Padamcantiknya deco Pangkor Laut Resort ni..teringin pulak nak bercuti di resort ni
BalasPadampergi lah...mesti puas hati :)
PadamLawa betul view!
BalasPadamyups....memang cantik :)
PadamSalam....
BalasPadamYa tngk gmbr mmg cntik dn xclusip tmptnya... smlm pon msa tngh mkn laksa, terdengr sekumpulan gang bdk2 muda dok plan nk p cuti2 mesia...hehe
owhh diorang nak pergi mana tu?
PadamSalam balas kunjung di sini yea.
BalasPadamWah, info yg sangat bagus ni. Tq..Mana tau satu hari nak pegi sana kan.
In Sha Allah...ada rezeki tu
Padamcantik tempat ni..
BalasPadamSalam perkenalan.. dari segmen yang sama..
Jemput singgah tgk entry terkini k.. :)
1. Giveaway Novel #MengintaiAkuDiNeraka
2. Segmen: Pencarian Bloglist By Aqilah Shahirah
salam perkenalan.. In Sha Allah
PadamTeringin betul nak ke Pangkor Laut Resort. banyak baca review kata best.
BalasPadamSaya follow sini dan happy blogging :)
sama lah...harap dapat peluang ke sana
Padamthanks sudi follow
rajin nya Hans cari info utk kwn2..ingatkan Hans dh sampai sana rupana pic dari google ke? takpe tlg kwn cari info tu pun dpt pahala tau
BalasPadamhehehe...alhamdulillah :)
Padam5 bintang? kalau tgk ke pic yang di sajikan tu confirm la mahal..x mgkin dpat harga RM150 per night
BalasPadamyes...harga memang lebih tapi nak banding dengan tahap 5 bintang dia..kira berbaloi sangat dah tu
Padamtry la klik link Hans bagi tau nk tgk prize..mak aihhh..x sanggup den nk habiskan duit byr RM2K++ per night??? arghh sanggup buat trip pegi melbourne ke korea ke..hahaha
BalasPadamhehehehe...ini sesekali jer...alang2 kalau nak merasa 5 bintang dengan suasana yang best...boleh punya lah :)
PadamHarga starting from RM1.6k Han oiii....tetiba pulak hakak rasa bakhil hahaha...
BalasPadamCantik memanglah cantikkan. Deko dia tu diaaa...... Kalau dapat duduk semalam tu mmg tak keluar ke manalah gamaknya tu....
hehehee...suruh lah husband bayar kak..sesekali kata dekat dia..hahaha
PadamLZ memang suka book hotel di Traveloka. Macam Hans kata harga yang ditawarkan di Traveloka berpatutan..
BalasPadamTang penginapan di Pangkor Laut mcm best dan LZ terus record dalam planner untuk next hotel to stay.
By the way thanks for sharing this info :-)
no problem..tempat cantik harus dikongsi untuk rujukan :)
Padamtngok gmbar pun dh tenang.. mmg cntik sngt view nya..
BalasPadamheheheh..tu lah...cantik pemandangan dia
PadamMasuk bucket list kami nak pi lepasni. Nice sharing Hans
BalasPadamhehehe...terima kasih...dah pi nanti jangan lupa update dekat blog :)
PadamMarvelous indeed :D
BalasPadamawesome kan :)
PadamHappeningnya kalau dapat bercuti kat sini.
BalasPadamMrs. A pernah pergi Pangkor Island tapi dah lama sangat dah memorinya pun dah hampir lupus dalam ingatan sebab time tu gambar ambil guna kodak lagi hahahaha... ntah mana ntah tercampaknya gegambar tu.
wah seronok lah kalau dah pernah pergi sini
PadamPangkor tempat idaman nak pergi, pernah lintas je ke pulau lebih jauh. Dapat intai dari bot aje la...
BalasPadamnanti pergi lah kalau ada rezeki..best nih :)
Padamcantiknya tempat tuu
BalasPadammemang cantik..pergi lah nanti :)
Padamperghhh.. cantik giler.. rasa cam nak kahwin lagi sekali jek.. hahahaha..
BalasPadamhahaha kahwin jer lah
Padamhahaha
Bestnyaaa! Lawa yg amat pangkor resort
BalasPadammemang lawa
Padampergi lah kalau ada rezeki :)
best kan kalau dapat gi melancong macam ni..dulu pernah gi sekali dekat pangkor..memang indah..terutama nyer time tengok matahari naek..perghhhh,,,......
BalasPadamyes
Padammemang best kalau dapat pergi sini :)
Catat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com