5 Star Resort : PANGKOR LAUT RESORT

Assalammualaikum semua. Memandangkan Hans nih merupakan seorang manusia yang suka melancong, jadi secara tak langsung memang ramai kawan-kawan Hans yang asyik bertanya,”

”Hang bila nak pi jalan-jalan lagi? Ada tak tempat yang tak payah belanja besar sangat? Kalau boleh tempat macam pulau yang pasir dia putih dan laut biru tu!”


“Hang tau dak tempat mana yang best? Aku nak bawa bini aku nih! Selalu dia dok bising kata aku tak bawa dia jalan! Tapi, aku dok survey juga tempat mana yang macam nampak wow tapi harga murah. Ada cadangan tak Hans?”


“Weh Hans! Suami aku nih sikit-sikit bawa aku pi mall jer! Aku dah paksa dia bawa aku bercuti tahun nih! Dia kata boleh tapi dalam Malaysia jer. Aku pula tak tahu nak pi mana kalau dalam Malaysia nih! Hang ada idea tak?”


Memang kalut sungguh kawan-kawan Hans nih nak bercuti. Maklumlah cuti Tahun Baru Cina dah nak dekat kan. Jadi, Hans pun tanyalah kawan-kawan Hans nih nak bercuti dekat Malaysia ker luar Malaysia? Depa semua kata nak cuti dekat dalam Malaysia jer.

Depa suruh Hans cari pulau-pulau yang ala-ala VVIP tetapi nak harga yang mampu bayar. Hans pun terfikir juga bukan main besar selera kawan-kawan Hans nih. Bercuti nak macam VVIP tapi duit nak jimat. Masalahnya ada ker tak tempat macam tu?


Hans pun saja-saja lah google carikan tempat yang bersesuaian dengan kehendak kawan-kawan Hans nih. Sekali Hans terjumpa satu tempat yang Hans rasa sesuai untuk percutian kawan-kawan Hans nih. Nama tempat tu PANGKOR LAUT RESORT.


Hans pun tengok-tengok lah gambar dekat situ dan serius cantik gila weh!  Hans pula yang teruja nak pergi bercuti! Hahaha! Mana taknya sebab keindahan alam semula jadi di seluruh kawasan nih memang macam langsung tak terusik.


Hans pun cuba juga usha-usha macam mana pihak yang menguruskan Pangkor Laut Resort nih boleh konsisten mengekalkan keindahan tempat nih. Rupa-rupanya resort nih bertaraf lima bintang dik nonnn oiiii dan merupakan sebuah pulau persendirian milik syarikat YTL. 

LOBI PANGKOR LAUT RESORT YANG MEMANG AWESOME HABIS!

Patutlah tengok gambar pun rasa macam kena pukau dah sebab lawa sungguh. Tu baru tengok gambar. Kalau tengok depan mata? Memang setiap saat rasanya Hans dok berselfie dekat sini. Hahaha!


Hans pun bagitahulah kawan-kawan pasal Pangkor Laut Resort nih. Lepas tu depa tanya Hans pula apa yang ada dekat sana. Haihh! Awat lah yang depa nih malas betoi entah nak google. Tapi, sebab Hans sendiri pun rasa teruja nak tahu dan Hans pun semak lah apa aktiviti yang ada dekat sini.


JUNGLE TREKKING 

ISLAND HOPING & SNORKELING

NAK MEMANCING DEKAT LAUT PUN BOLEH :)

MAIN PELBAGAI SUKAN AIR DEKAT SINI

Serius macam-macam ada weh! Untuk orang yang aktif dan suka air, memang ini syurga korang weh. Ada aktiviti berkayak, memancing, snorkeling, Island Hoping dan banyak lagi. Aktiviti jungle trekking pun ada.

 SPA OUTDOOR NAMPAK LAUT WEHHH! CANTIK!!

 NIH PULA SPA INDOOR! CANTIK KAN?

NIH PUN SPA DEKAT SINI JUGA! PERGHHHH!

Untuk orang yang suka dimanja-manjakan atau mementingkan kecantikan, perkhidmatan spa pun disediakan. Yang spa nih Hans memang suka sebab spa untuk lelaki pun ada. Yang penting macam-macam jenis spa ada! Memang terbaik!

SEJUK MATA MEMANDANG TENGOK DEKORASI PANGKOR LAUT RESORT NIH

Kepada pasangan suami isteri yang baru berkahwin dan kepada pasangan yang terasa nak honeymoon lagi tu, Hans memang sarankan sangat-sangat korang datang Pangkor Laut Resort nih sebab selain pemandangan tempat nih dan alam semula jadinya yang superb, suasana dia pun buat jiwa korang tenteram tanpa gangguan bunyi bising atau debu habuk semua. Memang serius pasangan korang akan sayang korang sampai jannah kalau korang bawa pasangan korang ke sini. Hahaha!

INDOOR POOL YANG MEMUKAU!

OUTDOOR POOL DIA YANG MEMANG SUPERB!

Lepas tu kawan-kawan Hans nih pula sibuk dok tanya bab makan,”Makan macam mana weh? Ker nak kena bawa maggi ka sambal ikan bilis ka?” Haih! Tu payah dapat kawan pemalas nih. Semua benda nak Hans juga bagitahu. Hans pun cari lah lagi info dan rupa-rupanya dekat sini memang hangpa semua tak payah risau bab makanan. Ada pelbagai jenis tempat makan yang disediakan dan masing-masing menampilkan dekorasi dan pemandangan yang indah.







Kepada bakal-bakal pengantin pula, kalau hangpa rasa nak buat majlis hangpa tu nampak ekslusif dan mewah, Pangkor Laut Resort nih pun ada sediakan pakej perkahwinan yang sesuai untuk korang. Bukan untuk yang baru nak kahwin jer, yang nak kahwin lagi pun boleh! Confirm bini korang tak tahu punya sebab buat dekat pulau persendirian nih. Hahaha!

 OUTDOOR WEDDING AREA

OUTDOOR DINING

Buat yang dah kahwin tu, Hans rasa lagi sweet kalau korang bawa pasangan ke sini. Dekat sinilah sesuai kalau tiba-tiba hangpa nak buat kejutan dekat isteri ka suami ka untuk sambutan ulang tahu perkahwinan korang. Ala-ala sweet gituh! Lagipun memang disini pun pihak resort ada buat pakej juga untuk sambutan ulangtahun pasangan.

MENANGIS KERIANGAN WIFE KO BANG KALAU KO BUAT KEJUTAN MACAM NIH DEKAT DIA!

Nampak tak Hans dah bagi korang idea nih. Kalau korang buat, yang si suami kalau minta nak kahwin lagi satu pun mesti si isteri bagi punya. Yang si isteri pula, lepas nih senang korang nak minta beli beg tangan baru ker set barang kemas ker confirm si suami tunaikan. Tak percaya cuba buat kejutan bawa pasangan korang bercuti dekat sini.



Tetapi, kepada yang masih bujang macam Hans jangan lah risau. Pangkor Laut Resort nih bukannya tempat percutian untuk pasangan suami isteri jer. Untuk orang-orang bujang macam kita nih pun boleh datang bercuti dekat sini. Macam Hans sendiri pun rancang nak bercuti dengan kawan-kawan dekat sini. Kepada yang nak bercuti dengan keluarga tu pun, Hans rasa memang sesuai sangat tempat nih. Sesekali gembirakan keluarga apa salahnya kan.





Bila Hans cerita dekat kawan-kawan Hans nih, semua dah teruja sebab masing-masing dah dapat bonus dengan dividen simpanan masing-masing. Depa pun tanya lah Hans macam mana nak pergi ke Pangkor Laut Resort nih. Hans pun terfikir yer tak yer juga. Hans pun google dan tengok banyak juga pakej ditawarkan tetapi kita kenalah cari yang mana paling menarik dan berbaloi.


Akhirnya, Hans rasa pakej dari TRAVELOKA juga yang paling terbaik. Ada yang tak pernah dengar ker pasal Traveloka? Mungkin sebab Hans nih suka melancong jadi memang tahu pasal website nih. Kepada pembaca yang baru tahu, meh Hans kongsi sikit dengan korang apa sebenarnya Traveloka nih.


Traveloka nih sebenarnya adalah salah satu platform penerbangan dan tempahan hotel yang terkemuka di Asia Tenggara nih. Ada lebih dari 100,000 hotel dan laluan penerbangan di seluruh dunia. Dan yang paling seronok tu sebab setiap hari  mereka menawarkan harga hotel dan penerbangan dengan harga yang paling murah. Senang cerita lah kan, dengan website Traveloka ini akan memudahkan korang membuat carian, tempahan dan pengurusan lawatan untuk hotel dan penerbangan di dalam Malaysia mahu pun antarabangsa.


Jadi, kepada sesiapa yang sama macam Hans nak bercuti di Pangkor Laut Resort yang merupakan Resort Bertaraf 5 Bintang tetapi nak bayar dengan harga yang murah, korang boleh klik sini PANGKOR LAUT RESORT PRICES & DEALS untuk buat tempahan. Selamat bercuti semua! 

62 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. Perghh!!! Sejuk mata memandang....
    Aku terus google ttg tpt ni, ada rezeki, nak pi sini someday 😍😍

    ردحذف
    الردود
    1. serius cantik kan....kalau dah pergi share2 dekat entry blog yer :)

      حذف
  2. Cantik sgt view dkt pangkor laut tu. Terpesona tgk. Tak silap resort ni antara top dan tercantik di pangkor.

    ردحذف
    الردود
    1. yups cantik gila kan...hehe
      yes...top dekat Perak
      yang dah pergi semua cakap best

      حذف
  3. Waaah tempat ini bagus sekali, harus saya masukkan ke bucketlist:D

    ردحذف
  4. Cntiknya...arap lps ni bole dok situ

    ردحذف
    الردود
    1. hahaha..kena jadi owner situ lah kalau duduk situ terus
      kalau gi bercuti okay :)

      حذف
  5. Best oo Pangkor. AS dah lama tak ke sana.
    Last pegi 2 tahun lepas, masa preggy anak ke-2.. Babymoon lah kunun ahaks!
    Pasni kalo nak gi, nak guna servis traveloka je senang

    ردحذف
    الردود
    1. yang nih lain dari pulau pangkor AS
      ini pulau persendirian :)

      حذف
  6. الردود
    1. tu lah...sebab tengok ramai yang pernah pergi semua puji kata best

      حذف
  7. Pulau Pangkor Laut nie memang antara yang terbaik di dunia... Teman pernah menginap kat sini... Kalau nak menginap disini dan bawa anak kecil mungkin tak berapa best sangat la... faham-faham la kalau mat saleh banyak kat sini, pakaian depa tu... memang kalau boleh nak bogel je depa tu... Kat Marina resort belakang Pulau Pangkor Laut tu, memang selalu depa bogel kat tepi pantai...

    ردحذف
    الردود
    1. wahhhh seronok lah dah pernah sampai sini...nih yang jealous nih..hehehe

      حذف
  8. pangkor laut ni mmg cantik..bff akak baru je blk dr cuti2 kt sini..dia menang contest..syok btul tgk gmbr2 die kt sana

    ردحذف
    الردود
    1. perghhhh bertuah bff akak tu
      seronok lah dia dapat jejak kaki dekat sini

      حذف
  9. memang cantik danmeletop lah resort nie :)
    suka tengok view dia ....

    ردحذف
    الردود
    1. itulah...tgok pool dia menghadap laut memang lawa gila

      حذف
  10. laaaaa.... ingatkan dia yg terbang ke sana..

    tapi memang serious cantik kan. ingat nak gak lah sekali nnt stay kat sana.

    ردحذف
    الردود
    1. hehehe...kalau saya terbang dekat sana memang bersepah dah muka saya dekat gambar tu..haha
      tapi memang bila dah tengok mmg teringin gila nak pergi

      حذف
  11. Terima kasih hans, detail sangat nanti boleh miza tunjuk dekat EE mana tau dapat sambut Anniversary kat sini

    ردحذف
  12. cantiknya deco Pangkor Laut Resort ni..teringin pulak nak bercuti di resort ni

    ردحذف
  13. Salam....

    Ya tngk gmbr mmg cntik dn xclusip tmptnya... smlm pon msa tngh mkn laksa, terdengr sekumpulan gang bdk2 muda dok plan nk p cuti2 mesia...hehe

    ردحذف
  14. Salam balas kunjung di sini yea.
    Wah, info yg sangat bagus ni. Tq..Mana tau satu hari nak pegi sana kan.

    ردحذف
  15. cantik tempat ni..

    Salam perkenalan.. dari segmen yang sama..

    Jemput singgah tgk entry terkini k.. :)
    1. Giveaway Novel #MengintaiAkuDiNeraka
    2. Segmen: Pencarian Bloglist By Aqilah Shahirah

    ردحذف
  16. Teringin betul nak ke Pangkor Laut Resort. banyak baca review kata best.

    Saya follow sini dan happy blogging :)

    ردحذف
    الردود
    1. sama lah...harap dapat peluang ke sana
      thanks sudi follow

      حذف
  17. rajin nya Hans cari info utk kwn2..ingatkan Hans dh sampai sana rupana pic dari google ke? takpe tlg kwn cari info tu pun dpt pahala tau

    ردحذف
  18. 5 bintang? kalau tgk ke pic yang di sajikan tu confirm la mahal..x mgkin dpat harga RM150 per night

    ردحذف
    الردود
    1. yes...harga memang lebih tapi nak banding dengan tahap 5 bintang dia..kira berbaloi sangat dah tu

      حذف
  19. try la klik link Hans bagi tau nk tgk prize..mak aihhh..x sanggup den nk habiskan duit byr RM2K++ per night??? arghh sanggup buat trip pegi melbourne ke korea ke..hahaha

    ردحذف
    الردود
    1. hehehehe...ini sesekali jer...alang2 kalau nak merasa 5 bintang dengan suasana yang best...boleh punya lah :)

      حذف
  20. Harga starting from RM1.6k Han oiii....tetiba pulak hakak rasa bakhil hahaha...
    Cantik memanglah cantikkan. Deko dia tu diaaa...... Kalau dapat duduk semalam tu mmg tak keluar ke manalah gamaknya tu....

    ردحذف
    الردود
    1. hehehee...suruh lah husband bayar kak..sesekali kata dekat dia..hahaha

      حذف
  21. LZ memang suka book hotel di Traveloka. Macam Hans kata harga yang ditawarkan di Traveloka berpatutan..
    Tang penginapan di Pangkor Laut mcm best dan LZ terus record dalam planner untuk next hotel to stay.
    By the way thanks for sharing this info :-)

    ردحذف
    الردود
    1. no problem..tempat cantik harus dikongsi untuk rujukan :)

      حذف
  22. tngok gmbar pun dh tenang.. mmg cntik sngt view nya..

    ردحذف
  23. Masuk bucket list kami nak pi lepasni. Nice sharing Hans

    ردحذف
    الردود
    1. hehehe...terima kasih...dah pi nanti jangan lupa update dekat blog :)

      حذف
  24. Happeningnya kalau dapat bercuti kat sini.
    Mrs. A pernah pergi Pangkor Island tapi dah lama sangat dah memorinya pun dah hampir lupus dalam ingatan sebab time tu gambar ambil guna kodak lagi hahahaha... ntah mana ntah tercampaknya gegambar tu.

    ردحذف
  25. Pangkor tempat idaman nak pergi, pernah lintas je ke pulau lebih jauh. Dapat intai dari bot aje la...

    ردحذف
  26. cantiknya tempat tuu

    ردحذف
  27. perghhh.. cantik giler.. rasa cam nak kahwin lagi sekali jek.. hahahaha..

    ردحذف
  28. best kan kalau dapat gi melancong macam ni..dulu pernah gi sekali dekat pangkor..memang indah..terutama nyer time tengok matahari naek..perghhhh,,,......

    ردحذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم