Assalammualaikum semua. Hari nih Hans nak kongsikan sikit salah satu tempat makan yang Hans berkesempatan singgah dan makan iaitu Restoran Asam Pedas Al-Firdaus.
Nama Kedai :
ASAM PEDAS AL-FIRDAUS
Alamat :
Jalan Raya Satu,
43300 Seri Kembangan,
Selangor.
Waktu Operasi :
11.00 AM - 11.00 PM
Telefon :
0123162184
Facebook :
Restoran nih sebenarnya agak terkenal di kalangan pengunjung dekat sini untuk makan tengahari sebab memang banyak betul menu-menu yang dihidangkan disini. Kalau tengok nama restoran memang pasti dah tahu menu-menu utamanya ialah asam pedas. Ada pelagai jenis asam pedas yang anda semua boleh cuba dekat sini. Menu yang lain pun ada.
Tetapi, memandangkan bila terpandang menu restoran ini tertera nama DAGING SALAI MASAK LEMAK, Hans pun malas nak tengok menu dan terus pesan sahaja menu nih. Lamanya tak makan daging salai. Mengidam teruk nih! Hahaha!
Mula-mula sampai atas meja ialah set nasi putih, timun, salad, sedikit sambal belacan dan telur masin. Wah! Ada telur masin yang seronok tu! Memang tak sabar tunggu daging salai masak lemak sampai nih.
Sampai dah daging salai masak lemak yang dinanti-nanti. Jadi, sebelum makan tiba-tiba pula rasa nak hias set nasi kosong tadi. Hahaha! Hasilnya seperti di bawah :
Nampaknya rasa daging salai masak lemak ini masih belum dapat menandingi daging salai masak lemak Restoran Binjai di PNB Perdana Hotel. Kuah masak lemak nih agak cair sedikit. Macam Hans jenis suka makan kuah yang pekat-pekat. Hehehe! Tetapi, apa yang Hans suka bila makan menu ini ialah :
Jadi, untuk set yang Hans makan nih tak silap dalam lingkungan RM11 - RM12 macam tu lah untuk set seorang makan. Dengan kuantiti daging yang banyak jadi rasanya Hans masih boleh berpuas hati dengan menu di sini. Cuma Hans rasa menu asam pedas restoran nih mesti sedap sebab ramai yang puji dan cakap asam pedas di restoran nih terbaik. Ada rezeki akan datang In Sha Allah Hans cuba menu asam pedas disini pula.
Hahahah! Padahal letak daging jer pun atas pinggan tu! Baiklah! Saat telah tiba untuk melantak! Nyum Nyum!
Kuantiti Daging:
Sangat Banyak
Sambal Belacan:
Memang Sedap Kaw-Kaw
Telur Masin:
Masin yang sedap untuk lidah
Servis:
Pantas
Kebersihan:
Sangat Baik
SKALA SEDAP : 3.5 / 5
lpr plak tgk daging salai tu
ردحذفhehehe...makan cepat2
حذفray suke la daging salai masak lemakkk
ردحذفsedap kan :)
حذفmasakan kampung camni mmg puas makan.
ردحذفhehehehe...tu lah...kenyang jer
حذفFav miza ne. nak masak tak pernah sedap macam kedai hehe
ردحذفbukan selalu masak sendiri lagi sedap ker?
حذفtetiba kecur pulak sy tgk... dah laa x mkn apa2 lg ni waarghhhh kejammmmmm
ردحذفhahahaha
حذفdah makan okay lah tu
ala tengok makanan lapo la pulak! baru teringat tak lunch lagi. hahaha
ردحذفhahaha..lunch untuk kesihatan...masa makan tengahari mana boleh skip :)
حذفalahai hans! tngok pulak time pagi2 ni terus lapar. haha
ردحذفkena tengok time petang2
حذفhaha
Suka juga masak lemak daging salai . . . kalau lalu sini nak cuba juga .
ردحذفowhh sila-sila cuba
حذفmalam nih nak makan mee rebus lak dekat restoran nih
wahhh nampak menyelerakan...lapar la plak..hiihi
ردحذفhahaha
حذفmakan2
kemain licin pinggan.. mesti tengah lapar sangat nie.. hihi.. e'in tak penah makan daging salai..
ردحذفbukannya lapar sangat
حذفsaya jenis makanan tu sedap atau biasa2 pun memang jenis makan licin
kalau makanan tak habis dekat pinggan tu sama ada saya tengah demam atau tak sedap
hahaha
hmmm sedapnyaa.. ni buat rindu malaysia nie hahaha
ردحذفbalik lah Malaysia
حذفhohoho
huishhh.. sedap nye tu...
ردحذفsodap sodap
حذفwahhh.. sangat2 menggoda. tetiba rasa lapar...
ردحذفrasa lapar kena makan
حذفkalau tidak nanti tidur tak lena
haha
Licin Hans makan.. Fuh mengidam teruk sangat ni 😂
ردحذفdah bayar kena makan licin lah
حذفrugi kalau tak habiskan
hahaha
Menarik ni..harga pun ok...kalau ke selangor boleh cuba nanti
ردحذفIn Sha Allah
حذفboleh cuba sebab sini macam2 ada
mek pernah makan skali je ddg salai lemak cili api kat melaka.
ردحذفboleh telan tp bukan favorite.
hahaha lidah kelantan kot
oghe kelate suko manis2 deh
حذفhaha
dapat ulam dan sambal pun ckup ni buat nasi tambah. huhuh
ردحذفhahaha
حذفbetul lah tu
ada 2 kemungkinan kenapa mangkuk lauk daging tu licin..
ردحذف1. lauk tu sangat sedap
2. orang yang makan tu sangat lapar
yg penting jangan membazirkan :)
ada banyak kemungkinan
حذفlauk nih tengah2...bukan terlalu sedap tapi rasa boleh makan dan portion banyak
nak kata sangat lapar pun tak sebab sebelum makan nih dah melantak macam2
saya jenis memang makan licin pun
nanti nasi menangis :)
Nasib baik dekat dengan mak, nak makan daging salai..balik umah mak. Walaupun pandai masak sendiri tapi bila mak masakkan, suami lalu kat sebelah pun tak perasan
ردحذفuntung lah dekat
حذفhahaha
tapi memang kalau pandai masak pun tetap nak mak masakkan
sebab air tangan mak tu yang sedap
masak lemak nismilan selalunya pekat, tapi yg penting sedap dan harga berbaloi..
ردحذفyups
حذفyang pekat2 tu lagi kaw
hehehe
Tergoda dengan menu-menu yang ada tu...
ردحذفhehehehe...nanti ada menu lagi menggoda
حذفRasa lapar pulak hah..hah... So far belum pernah cuba daging asam pedas.
ردحذفyang saya makan nih daging salai masak lemak
حذفtapi kedai nih popular dengan asam pedas :)
Wahhg tetiba kakya lapar laaa bila singgah sini.. sedapmya..hehehe
ردحذفhahaha
حذفbanyak pasal makanan kan
haha
Alahaiii dah lama tak makan daging salai masak lemak ni. Mana nak cari area kota Bharu ni ye
ردحذفmencabar tu kalau nak cari dekat Kota Bharu
حذفhehehe
Mengancam betul masak lemak dia..
ردحذفhehehehe
حذفmengancam :)
masak lemak daging salai...licin!!! anak soleh ni makan tak membazir hihih
ردحذفhahaha
حذفmemang anak soleh
kehkehkeh
Jarang sangat ke Seri Kembangan ni....jadi mmg tak berapa familiar tempat makannya kat mana.
ردحذفOrang nogori mmg sukalah masak lemak cili padi ye Hans hihi.... Mahal sikit tak pe yg penting banyak dan sedap gitu
yang penting sedap
حذفhehehe
Huhuhu ni pun bookmark kan sekali.. baca separuh ja terus scroll komen. Tak sanggup tengok xD
ردحذفBalik Malaysia nanti baru serbu satu-satu..
wahhh
حذفbetul2 jalan-jalan cari makan lah kalau balik Malaysia nih
إرسال تعليق
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com