Assalammualaikum semua. Emosi aku memang terganggu saat menulis kisah kali ini. Apa kau rasa bila kawasan tempat kau tinggal tiba-tiba tak ada air? Adakah kau akan melompat keriangan? Tidak kan? Begitulah apa yang aku rasa sekarang nih.
Aku basuh baju tadi dalam pukul 3 petang macam tu. Sampai dekat pusingan terakhir tiba-tiba mesin basuh aku berhenti. Jadi, aku ubah jer lah ke mod bilas. Lepas tu aku nak lah basuh tangan aku dekat sinki dapur tu. Sekali air tak keluar! Aku dah mula rasa cemas dah!
Aku pergi bilik air dan sempat lah tadah air setakat mana air keluar daripada pili air tu. Cukup-cukup baldi kecil aku saja. Aku pun pelik juga sebab ikutkan esok dah Tahun Baru Cina. Petang tadi mestilah mereka makan besar sambil tarik-tarik yee sang tu. Tetapi, macam tak ada pula bunyi riuh-riuh. Aku pun dengan inisiatif sendiri bukalah laman web Syabas nak semak. Sekali mata aku terbeliak macam dalam drama-drama sinetron Indonesia tu bila tengok berita di bawah nih :
Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin memaklumkan pelanggannya bahawa berdasarkan pemantauan ke atas sistem bekalan air sejak 2 minggu yang lepas didapati penyusutan paras kolam-kolam perkhidmatan akibat permintaan yang tinggi. Ini telah menyebabkan beberapa kawasan di wilayan Petaling telah terjejas dengan gangguan bekalan sementara dan tekanan rendah.
Perghhhhhhhhhhhhh!! Serius aku cukup tak suka bila masalah gangguan bekalan air nih terjadi. Kali terakhir berlaku masalah nih tak silap masa tahun lepas yang sampai jadi isu politik dalam televisyen tu. Itu saja dah berhari-hari tak ada air dan buat pertama kali aku ada pengalaman angkut air daripada lori tangki air Syabas tu.
GAMBAR HIASAN
Sekarang nih pun aku tak tahu lah bila bekalan air dekat kawasan rumah aku nih nak elok. Dalam laman web Syabas tu pun tak ada bagitahu setakat aku tengok tadi bila gangguan nih bakal berakhir. Tak rasa sakit hati ker bila kau sendiri tak tahu bila masalah nih akan selesai. Aku baru nak bercuti dengan aman dan gembiranya di rumah sewa tapi macam nih pula jadinya. Lori tangki air pun entah bila datang. Memang betul-betul rosak hari Khamis aku nih.
YEE SANG
Lagi simpati dekat keluarga-keluarga yang menyambut Tahun Baru Cina, yang ada orang tua atau anak-anak kecil. Notis yang diberi pun sangat singkat dan memang aku tak tahu apa-apa langsung. Maklumlah pihak pengurusan semalam pun dah cuti sebab nak sambut raya. Sama lah macam kita nih pun bila hari raya dah dekat memang lah cuti sehari dua awal. Notis keluar semalam dan hari nih terus tak ada air. Gila memang sakit hati aku!
Sekarang banyak betul masalah nak kena selesaikan nih! Paling bermasalah semestinya masa aku nak buang air besar nanti! Nak berak pun mencabar zaman sekarang nih!!! Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!
P/S : BILA NAK ADA AIR NIH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
UPDATE TERKINI : GANGGUAN BEKALAN AIR KEMBALI PULIH PADA 16 FEBRUARI 2018 BERSAMAAN HARI JUMAAT. ALHAMDULILLAH!
biar x de elektrik jgn x de air...
BalasPadamdua2 penting tetapi air lagi penting
Padamhahaha
Kacau mood nak raya. Kena simpan air dah ne.
BalasPadamyups...
Padambaru selesai mengangkat dan membersih
penat turun naik tangga dan lif
hahaha
Dah ade air belum tu? Alhamdulillah rumah kak ana so far tak pernah xde air. Bertabahlah ye hans.
BalasPadamtak ada...
Padamnih pun baru mengangkat air dari lori air...nasib rumah tingkat 2 jer...masa turun guna tangga..masa dah ambil air baru naik lif...kalau tidak berjemah nak tunggu depan lif...haha
kalau takde air, masjid la jadi tempat mandi.
BalasPadamxde letrik kejap je..xde air lama la nak tunggu..haha
esok solat jumaat
Padammalas nak habiskan air masjid
hehehe
Bab bekalan air terputus ni la yang baik-baik tenang jadi berang...lagi2 la kalau notis lewat.Nangis.
BalasPadamitu lah pasal
Padamnasib lori air datang juga walau lewat
lega dah dapat mandi
adoiii ! jadi time public holiday memang susahh... dengan festive season ni...
BalasPadamnasib hari nih dah okay
Padamkalau tak kesian dekat jiran-jiran nak sambut tahun baru tak ada air...hoho
Sabar je la bro... nak buat macam mana, isu lama macam nie pun kerajaan sedia ada pun tak dapat nak settelkan lagi...
BalasPadamalhamdulillah hari nih dah okay
PadamPart last tu, nak gelak tapi rasa bersalah nak gelak sebab kesian pun ada.. But memang suh pun kalau takde air... Nasib hari cuti, kalau hari biasa lagi haru..
BalasPadamkalau hari bekerja memang haru
Padamhahaha
air takda lg pening. kalau elektrik boleh jugak hidup pakai lilin sob2
BalasPadamhahahaha...tu lah pasal...nasib pagi tadi dah ada balik
Padamkalau tak kena p cari hutan lipur kt selangor byk haha
Padamjauh sangat tu
PadamMmg sgt stress kalau xde ayaq aoyai.. pi rumah org yg xde gangguan air la han
BalasPadamalhamdulillah hari nih dah ada balik
Padamnasib baik..kalau tak kacau mood raya
BalasPadamhahaahaa tu lah pasal
Padamsusah kalau tak de air
BalasPadamheheheh betul sangat2
PadamAir kalau takda boleh jadi sasau. Semua keje tak jadi. Mungkin musim panas sekarang ni sebab tu air kurang.
BalasPadamalasan dia sebab penggunaan luar biasa...yer lah..ramai raya cina...banyaklah guna air..haha
PadamRumah Zumal pun air slow sangat hari ni
BalasPadamzumal dok area mana?
Padamseksa betui kalo takdak ayaq ni..nak memerut pun susah..ahhhaa :P
BalasPadamhahahaha tu lah pasal
Padamnasib dah ada air pagi tadi
Alhamduiillah, dah ada air...walopun sekejap je takde air, stress jgk kan..
BalasPadammemang stress...hahaa
PadamAdehhh...susah kalau tak de air.
BalasPadamtahu xper
Padamhahaha
seksa weiii takde air ..
BalasPadamhahaha
Padamtahu xper
Hehehe lau air takde seksa gakkk..
BalasPadammemang seksa :)
Padambiar x de letrik jgn tak ada AIR...SEKSA woooo
BalasPadamhahaha
Padamtahu xper
nak berak pun kena budget masa
hahaha
Malaysia selalu hujan tapi mcm air tidak cukup untuk diguna pulak. Pelik...
BalasPadamitulah
Padamhahah
tak tahu pengurusan airnya macam mana
Hahaha memang stress bila xde air.. lagi-lagi sekali ngan elektrik nak putus -,-
BalasPadamhahaha
Padamkalau elektrik pula tak ada masa air tak ada...itu malapetaka besar namanya
hahaha
Catat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com