Assalammualaikum semua. Emosi aku memang terganggu saat menulis kisah kali ini. Apa kau rasa bila kawasan tempat kau tinggal tiba-tiba tak ada air? Adakah kau akan melompat keriangan? Tidak kan? Begitulah apa yang aku rasa sekarang nih.
Aku basuh baju tadi dalam pukul 3 petang macam tu. Sampai dekat pusingan terakhir tiba-tiba mesin basuh aku berhenti. Jadi, aku ubah jer lah ke mod bilas. Lepas tu aku nak lah basuh tangan aku dekat sinki dapur tu. Sekali air tak keluar! Aku dah mula rasa cemas dah!
Aku pergi bilik air dan sempat lah tadah air setakat mana air keluar daripada pili air tu. Cukup-cukup baldi kecil aku saja. Aku pun pelik juga sebab ikutkan esok dah Tahun Baru Cina. Petang tadi mestilah mereka makan besar sambil tarik-tarik yee sang tu. Tetapi, macam tak ada pula bunyi riuh-riuh. Aku pun dengan inisiatif sendiri bukalah laman web Syabas nak semak. Sekali mata aku terbeliak macam dalam drama-drama sinetron Indonesia tu bila tengok berita di bawah nih :
Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin memaklumkan pelanggannya bahawa berdasarkan pemantauan ke atas sistem bekalan air sejak 2 minggu yang lepas didapati penyusutan paras kolam-kolam perkhidmatan akibat permintaan yang tinggi. Ini telah menyebabkan beberapa kawasan di wilayan Petaling telah terjejas dengan gangguan bekalan sementara dan tekanan rendah.
Perghhhhhhhhhhhhh!! Serius aku cukup tak suka bila masalah gangguan bekalan air nih terjadi. Kali terakhir berlaku masalah nih tak silap masa tahun lepas yang sampai jadi isu politik dalam televisyen tu. Itu saja dah berhari-hari tak ada air dan buat pertama kali aku ada pengalaman angkut air daripada lori tangki air Syabas tu.
GAMBAR HIASAN
Sekarang nih pun aku tak tahu lah bila bekalan air dekat kawasan rumah aku nih nak elok. Dalam laman web Syabas tu pun tak ada bagitahu setakat aku tengok tadi bila gangguan nih bakal berakhir. Tak rasa sakit hati ker bila kau sendiri tak tahu bila masalah nih akan selesai. Aku baru nak bercuti dengan aman dan gembiranya di rumah sewa tapi macam nih pula jadinya. Lori tangki air pun entah bila datang. Memang betul-betul rosak hari Khamis aku nih.
YEE SANG
Lagi simpati dekat keluarga-keluarga yang menyambut Tahun Baru Cina, yang ada orang tua atau anak-anak kecil. Notis yang diberi pun sangat singkat dan memang aku tak tahu apa-apa langsung. Maklumlah pihak pengurusan semalam pun dah cuti sebab nak sambut raya. Sama lah macam kita nih pun bila hari raya dah dekat memang lah cuti sehari dua awal. Notis keluar semalam dan hari nih terus tak ada air. Gila memang sakit hati aku!
Sekarang banyak betul masalah nak kena selesaikan nih! Paling bermasalah semestinya masa aku nak buang air besar nanti! Nak berak pun mencabar zaman sekarang nih!!! Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!
P/S : BILA NAK ADA AIR NIH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
UPDATE TERKINI : GANGGUAN BEKALAN AIR KEMBALI PULIH PADA 16 FEBRUARI 2018 BERSAMAAN HARI JUMAAT. ALHAMDULILLAH!
biar x de elektrik jgn x de air...
ردحذفdua2 penting tetapi air lagi penting
حذفhahaha
Kacau mood nak raya. Kena simpan air dah ne.
ردحذفyups...
حذفbaru selesai mengangkat dan membersih
penat turun naik tangga dan lif
hahaha
Dah ade air belum tu? Alhamdulillah rumah kak ana so far tak pernah xde air. Bertabahlah ye hans.
ردحذفtak ada...
حذفnih pun baru mengangkat air dari lori air...nasib rumah tingkat 2 jer...masa turun guna tangga..masa dah ambil air baru naik lif...kalau tidak berjemah nak tunggu depan lif...haha
kalau takde air, masjid la jadi tempat mandi.
ردحذفxde letrik kejap je..xde air lama la nak tunggu..haha
esok solat jumaat
حذفmalas nak habiskan air masjid
hehehe
Bab bekalan air terputus ni la yang baik-baik tenang jadi berang...lagi2 la kalau notis lewat.Nangis.
ردحذفitu lah pasal
حذفnasib lori air datang juga walau lewat
lega dah dapat mandi
adoiii ! jadi time public holiday memang susahh... dengan festive season ni...
ردحذفnasib hari nih dah okay
حذفkalau tak kesian dekat jiran-jiran nak sambut tahun baru tak ada air...hoho
Sabar je la bro... nak buat macam mana, isu lama macam nie pun kerajaan sedia ada pun tak dapat nak settelkan lagi...
ردحذفalhamdulillah hari nih dah okay
حذفPart last tu, nak gelak tapi rasa bersalah nak gelak sebab kesian pun ada.. But memang suh pun kalau takde air... Nasib hari cuti, kalau hari biasa lagi haru..
ردحذفkalau hari bekerja memang haru
حذفhahaha
air takda lg pening. kalau elektrik boleh jugak hidup pakai lilin sob2
ردحذفhahahaha...tu lah pasal...nasib pagi tadi dah ada balik
حذفkalau tak kena p cari hutan lipur kt selangor byk haha
حذفjauh sangat tu
حذفMmg sgt stress kalau xde ayaq aoyai.. pi rumah org yg xde gangguan air la han
ردحذفalhamdulillah hari nih dah ada balik
حذفnasib baik..kalau tak kacau mood raya
ردحذفhahaahaa tu lah pasal
حذفsusah kalau tak de air
ردحذفheheheh betul sangat2
حذفAir kalau takda boleh jadi sasau. Semua keje tak jadi. Mungkin musim panas sekarang ni sebab tu air kurang.
ردحذفalasan dia sebab penggunaan luar biasa...yer lah..ramai raya cina...banyaklah guna air..haha
حذفRumah Zumal pun air slow sangat hari ni
ردحذفzumal dok area mana?
حذفseksa betui kalo takdak ayaq ni..nak memerut pun susah..ahhhaa :P
ردحذفhahahaha tu lah pasal
حذفnasib dah ada air pagi tadi
Alhamduiillah, dah ada air...walopun sekejap je takde air, stress jgk kan..
ردحذفmemang stress...hahaa
حذفAdehhh...susah kalau tak de air.
ردحذفtahu xper
حذفhahaha
seksa weiii takde air ..
ردحذفhahaha
حذفtahu xper
Hehehe lau air takde seksa gakkk..
ردحذفmemang seksa :)
حذفbiar x de letrik jgn tak ada AIR...SEKSA woooo
ردحذفhahaha
حذفtahu xper
nak berak pun kena budget masa
hahaha
Malaysia selalu hujan tapi mcm air tidak cukup untuk diguna pulak. Pelik...
ردحذفitulah
حذفhahah
tak tahu pengurusan airnya macam mana
Hahaha memang stress bila xde air.. lagi-lagi sekali ngan elektrik nak putus -,-
ردحذفhahaha
حذفkalau elektrik pula tak ada masa air tak ada...itu malapetaka besar namanya
hahaha
إرسال تعليق
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com