Hibah Tabung Haji 2017

Assalammualaikum semua. Hans bukannya pakar ekonomi ker apa cuma sebagai salah seorang pendeposit Tabung Haji jadi Hans nak berkongsi dengan sesiapa yang masih belum tahu tentang kadar hibah yang diterima oleh pendeposit untuk tahun 2017.


Tabung Haji hari ini telah mengumumkan pemberian sebanyak RM2.7 bilion kepada pendeposit Tabung Haji bagi tahun kewangan yang berakhir pada 2017 dengan kadar 4.50% Hibah Tahunan dan tambahan 1.75% Hibah Haji dalam satu majlis ringkas di Putrajaya sebentar tadi.


Sesiapa yang menyimpan di Tabung Haji tu dah boleh semak berapa nilai Hibah bagi tahun 2017 yang anda semua terima bermula pada hari Isnin minggu hadapan iaitu 12 Februari 2018.



Dan jangan lupa Hibah yang anda terima sudah tidak perlu lagi dibayar zakat kerana pihak Tabung Haji telah pun membayar zakat untuk simpanan anda pada kadar yang ditetapkan iaitu 2.5%. Selamat menyemak baki simpanan tabung haji anda pada 12 Februari 2018 ini.


P/S : Alhamdulillah! Semoga Bertambah-Tambah Simpanan Di Dalam Akaun Tabung Haji Nih Dan Berpeluang Menunaikan Haji Dengan Simpanan Nih. Amin!

47 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. alhamdulillah yang penting hasil yang dapat tu bersih..sis JM dapat tak banyak sbb tabungan pun sikit..Elok Hans daftar haji awal2..berapa tahun lagi kalau tengook Q tu..tapi kalau ada rezeki leh dapat pergi cepat

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah....saya pun xbanyak..belas2 jer....tu tak sabar pula nak tunggu Isnin depan dapat berapa...hehehe

      Padam
  2. nice sharing hans.. baru perasan mengenai ini.. Salam perkenalan juga.. done follow sini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah
      terima kasih sudi follow blog saya :)

      Padam
  3. syukur alhamdulliah, ada rezeki simpan bertambah untuk ke tanah suci Mekah

    BalasPadam
  4. Thanks for sharing. Hans, ada salah spelling arr tu, try balik lik 🤤🤤🤤

    BalasPadam
    Balasan
    1. Perenggan akhir, jauh tersasar maksudnya ��

      Padam
    2. "Dan jangan lupa Hibah......" perenggan yg ni ada spelling error..

      Padam
    3. hahahaha
      adoi...ingat salah apa
      rupanya itu..Ya Allah baru sekarang perasan
      okay dah edit
      hahahaha

      Padam
  5. Makcik membalas kunjungan. Terima kasih.
    Alhamdulillah dengan apa yg dapat

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah bertambah jugak simpanan dalam TH. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. cuma tahun nih cara kiraan dia macam tak sama dengan tahun-tahun sebelumnya

      Padam
  7. terima kasih atas perkongsian info ini

    BalasPadam
  8. harap2 tahun 2018 boleh dpt 8% ke atas..

    Jemput singgah tgk entry terkini k.. :)
    1. PolicyStreet Menawarkan Insurans Terbaik di Malaysia Serendah RM5/Sebulan

    BalasPadam
    Balasan
    1. cuma tahun 2017 tu..bila check balik...dikira sebagai baki terendah tahunan...tu yang pelik tu...tak sama macam tahun-tahun sebelum nih

      Padam
  9. Good sharing hans..
    Muda2 nnt dah boleh pegi haji.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau ikut giliran yang dia bagitahu..masa tu dah tua dah..hahaha
      melainkan In Sha Allah ada rezeki tiba-tiba dapat pergi awal atau ada rezeki duit banyak boleh pergi yang pakej macam Neelofa tu..hehe

      Padam
  10. read this somewhere too just now

    BalasPadam
  11. Terima kasih share info ni.
    Semoga ada rezeki kita semua utk menunaikan ibadah haji.. Aamiin..

    BalasPadam
  12. alhamdulillah.. kalau nak simpan duit rasanya betterla Tabung Haji. di bank lain pun okay tapi yang mainnya biarla di TH. semoga kita semua berpeluang menjadi tetamu-Nya di sana nanti =D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah
      mana yang bagus untuk menyimpan kena simpan jer
      hehehe

      Padam
  13. tak sabar nak tnggu duit masuk hari isnin ni. hahaha :D agak agak berapa la yang masuk ek :P

    BalasPadam
  14. Umur 45 baru kami boleh pi dengan Tabung Haji..mereput dulu tunggu..huu

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe
      In Sha Allah..mana tahu rezeki boleh pergi awal

      Padam
  15. Terima kasih hans, saya pun tengok lagi, best simpan kat tabung hji kan, sebab zakat simpanan kita pun dia selesaikan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yups...alhamdulillah baru semak tadi...
      dah masuk dah hibah...hehehe

      Padam
  16. Alhamdulillah..walaupun kalau ikut investor, 4.5% return on investment is considered low..tapi TH is a safe investment..zakat pun dah byr..

    BalasPadam
    Balasan
    1. so far alhamdulillah tak payah pening-pening nak bayar zakat dah
      hehee

      Padam
  17. Rupanya macam ni ya.. thanks for sharing :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama