Assalammualaikum semua. Hans bukannya pakar ekonomi ker apa cuma sebagai salah seorang pendeposit Tabung Haji jadi Hans nak berkongsi dengan sesiapa yang masih belum tahu tentang kadar hibah yang diterima oleh pendeposit untuk tahun 2017.
Tabung Haji hari ini telah mengumumkan pemberian sebanyak RM2.7 bilion kepada pendeposit Tabung Haji bagi tahun kewangan yang berakhir pada 2017 dengan kadar 4.50% Hibah Tahunan dan tambahan 1.75% Hibah Haji dalam satu majlis ringkas di Putrajaya sebentar tadi.
Sesiapa yang menyimpan di Tabung Haji tu dah boleh semak berapa nilai Hibah bagi tahun 2017 yang anda semua terima bermula pada hari Isnin minggu hadapan iaitu 12 Februari 2018.
Dan jangan lupa Hibah yang anda terima sudah tidak perlu lagi dibayar zakat kerana pihak Tabung Haji telah pun membayar zakat untuk simpanan anda pada kadar yang ditetapkan iaitu 2.5%. Selamat menyemak baki simpanan tabung haji anda pada 12 Februari 2018 ini.
P/S : Alhamdulillah! Semoga Bertambah-Tambah Simpanan Di Dalam Akaun Tabung Haji Nih Dan Berpeluang Menunaikan Haji Dengan Simpanan Nih. Amin!
alhamdulillah yang penting hasil yang dapat tu bersih..sis JM dapat tak banyak sbb tabungan pun sikit..Elok Hans daftar haji awal2..berapa tahun lagi kalau tengook Q tu..tapi kalau ada rezeki leh dapat pergi cepat
ردحذفalhamdulillah....saya pun xbanyak..belas2 jer....tu tak sabar pula nak tunggu Isnin depan dapat berapa...hehehe
حذفDgr kt radio td . . Alhamdulillah
ردحذفehehehe
حذفalhamdulillah
nice sharing hans.. baru perasan mengenai ini.. Salam perkenalan juga.. done follow sini..
ردحذفalhamdulillah
حذفterima kasih sudi follow blog saya :)
syukur alhamdulliah, ada rezeki simpan bertambah untuk ke tanah suci Mekah
ردحذفIn Sha Allah
حذفsemoga ada rezeki
amin
Thanks for sharing. Hans, ada salah spelling arr tu, try balik lik 🤤🤤🤤
ردحذفsalah spelling dekat mana tu?
حذفPerenggan akhir, jauh tersasar maksudnya ��
حذف"Dan jangan lupa Hibah......" perenggan yg ni ada spelling error..
حذفhahahaha
حذفadoi...ingat salah apa
rupanya itu..Ya Allah baru sekarang perasan
okay dah edit
hahahaha
Makcik membalas kunjungan. Terima kasih.
ردحذفAlhamdulillah dengan apa yg dapat
alhamdulillah
حذفAlhamdulillah... syukur...
ردحذفsyukur alhamdulillah
حذفAlhamdulillah bertambah jugak simpanan dalam TH. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit ;)
ردحذفcuma tahun nih cara kiraan dia macam tak sama dengan tahun-tahun sebelumnya
حذفSyukur Alhamdulillah
ردحذفalhamdulillah
حذفterima kasih atas perkongsian info ini
ردحذفsama-sama :)
حذفharap2 tahun 2018 boleh dpt 8% ke atas..
ردحذفJemput singgah tgk entry terkini k.. :)
1. PolicyStreet Menawarkan Insurans Terbaik di Malaysia Serendah RM5/Sebulan
cuma tahun 2017 tu..bila check balik...dikira sebagai baki terendah tahunan...tu yang pelik tu...tak sama macam tahun-tahun sebelum nih
حذفSyukur Alhamdulillah Hans...
ردحذفalhamdulillah syukur :)
حذفGood sharing hans..
ردحذفMuda2 nnt dah boleh pegi haji.
kalau ikut giliran yang dia bagitahu..masa tu dah tua dah..hahaha
حذفmelainkan In Sha Allah ada rezeki tiba-tiba dapat pergi awal atau ada rezeki duit banyak boleh pergi yang pakej macam Neelofa tu..hehe
read this somewhere too just now
ردحذفalright
حذفTerima kasih share info ni.
ردحذفSemoga ada rezeki kita semua utk menunaikan ibadah haji.. Aamiin..
amin
حذفIn Sha Allah
alhamdulillah.. kalau nak simpan duit rasanya betterla Tabung Haji. di bank lain pun okay tapi yang mainnya biarla di TH. semoga kita semua berpeluang menjadi tetamu-Nya di sana nanti =D
ردحذفAlhamdulillah
حذفmana yang bagus untuk menyimpan kena simpan jer
hehehe
tak sabar nak tnggu duit masuk hari isnin ni. hahaha :D agak agak berapa la yang masuk ek :P
ردحذفharap-harap dapatlah atas RM500...hohoho
حذفUmur 45 baru kami boleh pi dengan Tabung Haji..mereput dulu tunggu..huu
ردحذفhehehe
حذفIn Sha Allah..mana tahu rezeki boleh pergi awal
Tq Han good info
ردحذفwelcome :)
حذفTerima kasih hans, saya pun tengok lagi, best simpan kat tabung hji kan, sebab zakat simpanan kita pun dia selesaikan.
ردحذفyups...alhamdulillah baru semak tadi...
حذفdah masuk dah hibah...hehehe
Alhamdulillah..walaupun kalau ikut investor, 4.5% return on investment is considered low..tapi TH is a safe investment..zakat pun dah byr..
ردحذفso far alhamdulillah tak payah pening-pening nak bayar zakat dah
حذفhehee
Rupanya macam ni ya.. thanks for sharing :)
ردحذفwelcome :)
حذفإرسال تعليق
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com