Assalammualaikum semua! Minggu ini merupakan minggu yang sangat dinanti-nantikan oleh pengumpul duit syiling peringatan keluaran Bank Negara Malaysia kerana Duit Syiling Peringatan Bersempena Dengan Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV yang ditempah secara online tempoh hari bakal dijual bermula Khamis ini bersamaan 22 Februari 2018.
Jadi, Hans kongsikan sedikit tentang info maklumat berkaitan koleksi ini yang diperoleh dari Bank Negara Malaysia seperti di bawah :
Bank Negara Malaysia mengeluarkan duit syiling peringatan bersempena dengan pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong kelima belas. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda telah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong kelima belas untuk tempoh lima tahun oleh Raja-Raja Melayu pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-243 (Mesyuarat Khas) di Istana Negara, Kuala Lumpur pada 14 Oktober 2016. Baginda kemudiannya melafaz sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 13 Disember 2016 di Istana Negara, Kuala Lumpur. Upacara pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong kelima belas telah berlangsung pada 24 April 2017. Duit syiling peringatan ini dipersembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong oleh Gabenor Bank Negara Malaysia, Muhammad bin Ibrahim, FCB, di Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia.
Jadi, mari kita tengok pula reka bentuk bahagian hadapan dan bahagian belakang Syiling Pertabalan Yang di-Pertuan Agong XV di bawah ini :
REKA BENTUK BAHAGIAN HADAPAN
Potret Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V dipaparkan pada bahagian tengah dyuit syiling. Perkataan "KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG XV SULTAN MUHAMMAD V" tertera di sekeliling duit syiling manakala tarikh pertabalan dipaparkan di bawah potret Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV..
REKA BENTUK BAHAGIAN BELAKANG
Reka bentuk pada bahagian tengah duit syiling memaparkan jata rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V. Nama "BANK NEGARA MALAYSIA" sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling peringatan ini dipaparkan pada bahagian atas duit syiling manakala perkataan "PERTABALAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG XV" dipaparkan pada bahagian bawah duit syiling bersama-sama dengan nilai muka duit syiling tersebut.
Dan di bawah ini pula ialah jenis-jenis syiling, kuantiti tempaan serta harga untuk setiap jenis syiling sebagai rujukan anda semua :
Kepada sesiapa yang hobinya suka mengumpul syiling peringatan tu, sila pastikan Syiling Pertabalan Yang di-Pertuan Agong XV ini berada di dalam koleksi simpanan anda. Selamat membeli dan mengumpul.
P/S : Nanti Hans Kongsikan Gambar Bila Koleksi Syiling Nih Dah Ada Dekat Tangan Sendiri :)
Rare ni. Agung sebelum2 ini ada jugak ke?
ردحذفada...tapi kalau pengeluaran yang macam nih tak silap start masa Agong Perlis dulu
حذفyang emas itu cantik...
ردحذفharga juga cantik..
yang emas itu auction
حذفorang have2 jer mampu tu
hahaha
pergh...
حذفseronoknya jadi orang kaya.
boleh memiliki sesuatu yang unik dan rare di pasaran
hahahaha
حذفtu lah kan
tetapi beli yang murah-murah pun In Sha Allah ada rezeki kalau jadi rare...harga pun naik jadi rare :)
cantikkk sungguh harganya..hhihoohiihiihoo
ردحذفhahaha...
حذفyang jenis nih BNM tiba2 jual harga mahal gila
minat punya pasal jadi kena lah kumpul duit dari bulan 10 tahun lepas...haha
wow intresting ni...
ردحذفhehehe interesting kan?
حذفDapat yang kecik pun jadi ler
ردحذفyang kecil tu memang murah
حذفyang tu selalu dalam bentuk coin card :)
Perghh ada series... Emas, Silver dan perak..
ردحذفyes tapi Emas tu untuk orang have have jer
حذفMummy mampu tengok je ni..Org have have je mampu milik..heheh
ردحذفehhh yg nordic gold mampu beli lah
حذفharga macam beli topup je :)
Wah, Hans ni collector tegar rupanya yer
ردحذفyups
حذفhehehehe
minat ke arah nih :)
cuma terpikir kalo kita beli, dan nak guna duit...mane nak jual emas mcm ni?
ردحذفduit nih orang tak guna sebab duit nih kan jenis koleksi
حذفtapi kalau nak jual...boleh jual dekat pengumpul yang tak ada koleksi nih sebab koleksi nih terhad...bukan semua orang boleh dapat beli :)
Rare tapi takut pulak terbagi baki duit syiling dgn org hehe.
ردحذفdia ada dalam bekas...memang simpan dalam bekas tu elok2 jer
حذفAbah Kak Sue suka kumpul syiling macam nie, kadang Abah belikan juga untuk kami anak beranak. Cuma sekarang tak tau lah Abah Kak Sue masih kumpul atau dah berhenti..
ردحذفowhhh
حذفbest lah
simpan elok2
kalau rare harga riban2 tu jadinya
Fuyooh! Rasa proud kalau dapat kumpul ni!
ردحذفhahaha
حذفkadang2 ada lah rasa proud tu bila pengumpul lain tak dapat
hahaha
uyoooo.. hans peminat duit syiling ka?..
ردحذفbalas kunjunga dan done follow sini
#3689
saya minat kumpul duit kertas dan duit syiling peringatan
حذفtak pernah tahu pon selama ni ada..hahahah opss..thanks for da info
ردحذفno problem
حذفsebab selalu benda2 macam nih pengumpul syiling jer yang selalunya tahu sebab dah minat
hehehe
wow tak pernah tahu wujud syiling macam ni. thanks for sharing
ردحذفhehehe
حذفwelcome :)
banyak jg koleksi wang syiling dikeluarkan tahun ni & thn lepas...ke setiap tahun ada? sbb bukan collector tk tau sgt hal2 ni...huhu..
ردحذفsetiap tahun ada tapi jenis edisi keluaran tu tak tentu
حذفada kadang-kadang tu 3-4 edisi keluar dalam setahun
ada kadang-kadang tu satu edisi jer keluar
bergantung pada Bank Negara Malaysia
wow! menarik ni
ردحذفmenarik menarik
حذفhehe
Mmmm.... menarik... kalau beli duit emas nie, boleh trade kat Poh Kong tak....?
ردحذفselalu kalau collector beli duit syiling peringatan emas nih...
حذفmereka tak akan jual dekat kedai emas sebab macam boleh tengok dekat gambar saya upload tu...nilai muka duit emas tu cuma RM300...
selalunya collector akan jual dengan mana-mana collector yang mencari atau nak miliki duit tu dengan harga yang lebih tinggi dari harga asal
melainkan kalau collector tu terdesak nak pakai wang, jadi dia akan jual dengan harga yang murah :)
Kena bayar zakat tak?
ردحذفKecik2 dulu setakat kumpul setem & sampul surat hari pertama ok la.
kena bayar zakat kalau dah banyak sangat atau lebih daripada haul
حذفsebab ada zakat emas, perak, gangsa semua tu kan :)
Oh! ok baru tahu ni nampak sangat memang bukan pengumpul duit syilling.
ردحذفThanks for sharing.
hehehe
حذفwelcome
saja berkongsi
Wow
ردحذفwow wow wow
حذفwow wow wow x prnh tau pun haha
ردحذفTu yang bagitahu tu...haha
حذفmenarik design dia..exclusive sangat!
ردحذفBoleh tahan lah design dia
حذفBAru tahu pasal keluaran duit syiling ni. ingtkn duit syiling mcm biasa jer..huu
ردحذفhihihi
حذفini syiling peringatan
harga pun teringat-ingat sampai sekarang
haha
Oo ada ye! Tak pernah tahu pun ada duit syiling sempena pertabalan ni. Gud info
ردحذفhehehehe
حذفdia umum bulan 12 hari tu dah
saja kongsi dekat sini sebab 22hb nih siapa yang order hari tu boleh ambil dah :)
Cantik lah..
ردحذفyups
حذفcantik
hehe
Terbaik laa. Abg ipar cikyan minat la smua bnda ni. Dia ada simpan syiling yg dr zaman dulu kala tu. Ada org nk beli, tp dia xnk jual sbb syg.
ردحذفSyiling atas ni serius menarik. Nnt lg 20 tahun blh tunjuk kat anak cucu harta pusaka nenek tokwan yg bernilai ni. Syok ahh !
owhhh
حذفdia pun kumpul juga lah tu
hehehe
yups
20 tahun akan datang mungkin harga syiling nih kalau dijaga dengan baik boleh jadi mahal
heehee
Cantik. Tapi mampu tgk je 😣
ردحذفhehehe...mampu beli juga lah :)
حذفboleh guna ker duit ni? hehe
ردحذفboleh jer tapi rugi lah sebab nilai muka dia bukan besar
حذفselalu beli syiling nih sebagai koleksi dan hobi jer :)
Emas 999 tu jatuh RM502.50 segram. Mak ai mahal..
ردحذفowhhh jgn kira macam tu
حذفnilai muka sebenar syiling emas tu RM300 jer
jadi mahal sebab ini koleksi terhad jer :)
Syiling emas tuh cantik..confirm mahal
ردحذفharga lelong bermula RM4000
حذفmemang mahal lah jawabnya
hahaha
awak selalu kumpul yg mana dik? emas, perak or tembaga?
ردحذفkalau dh minat kan msti nk juga ada 1 dlm koleksi kan...
saya selalu kumpul perak dengan nordic gold
حذفemas tu saya lebih suka beli barang kemas
tembaga tu pula yang edisi Agong nih jer ada balik
jarang2 BNM keluarkan syiling tembaga
masyaallah harganya !
ردحذفmek sbg pengguna duit syiling memang tk beli kot.
hahahah
yg mngumpul memang sanggup beli
hahahaha
حذفyg mengumpul pun pilih mana yang mampu jer
Syiling ni untuk collection or boleh guna?
ردحذفdua boleh tetapi rugi kalau guna sebab nilai muka kecil
حذفjadi, memang beli untuk simpan jer
untung2 20 tahun akan datang tiba-tiba harga naik
hahaha
belanja satu duit syiling agong ni. hihihi
ردحذفbak duit
حذفhahaha
kalau dapat ni memang simpan je la. sayang hehe
ردحذفuishhh
حذفmemang kena simpan
dah susah nak dapat
terbaik ni
ردحذفmemang terbaik :)
حذفemas nordic tu mcm mn ya? berapa peratusan emas dia?
ردحذفemas nordic tu bukan emas yang mahal2 macam dekat kedai emas tu
حذفemas biasa2 jer..emas murah...
Eh...dah keluar dah ye...perasan yg RM60 harituu je...setiap tahun la adenya...tapi kalau pengumpul boleh laa...saje-saje nk beli mmg tak laaa
ردحذفsetiap tahun ada...
حذفbergantung pada BNM dia nak keluarkan edisi apa
hehehe
wahh dah ada.. memang kena simpan buat koleksi jer lahh
ردحذفyes...buat koleksi :)
حذفseronok juga kalau menyimpan emas ni
ردحذفkalau simpan emas..saya suka simpan barang kemas
حذفhehe
Orang yang minat kumpul mmg wajib kena beli.. heheheh..
ردحذفhehehe
حذفkoleksi wajib beli
Sangat rare.. first time tahu..
ردحذفyes
حذفmemang rare sebab pengeluaran terhad
Hans booking yang mana? RM4000 tu ke :-)
ردحذفtak lah...saya ambil set of 2 dengan emas nordic RM11 tu jer
حذفRM4000 tu kena masuk auction
Dulu ada kumpul tapi sekarang ni dah stop pun..
ردحذفowhhh
حذفlah kenapa stop?
Cantik dan rare..begitu juga dengan harganya. Hehe
ردحذفإرسال تعليق
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com