Assalammualaikum semua. Hari nih Hans sibuk sikit menyelesaikan urusan cukai pendapatan nih sebab buat pertama kalinya Hans nak daftar dan semak berapa cukai yang Hans kena bayar. Kalau ikutkan sebenarnya Hans tergolong di dalam golongan manusia berpendapatan di bawah RM3100 dan tidak perlu bayar cukai pendapatan. Tetapi apabila disarankan oleh rakan-rakan supaya buka sahaja akaun LHDN dan mengisytiharkan jumlah pendapatan tahunan, jadi Hans pun buka lah kan. Lagi pun memudahkan hidup Hans juga di masa hadapan sebab Hans nih bekerja sendiri.
BESAR GEDABAK BANGUNAN DIA! NASIB PARKIR MOTOSIKAL DEKAT DENGAN PINTU MASUK!
Jadi, bersemangat waja lah Hans pergi ke Pejabat LHDN di UTC Pudu Sentral tetapi rupa-rupanya disitu hanya lebih kepada hal-hal operasi yang lain. Hans disarankan pergi ke cawangan LHDN Bandar Baru Bangi sebab dekat sana ada satu ruangan khas disediakan dimana komputer-komputer diberikan untuk kegunaan pelanggan dan ada pegawai disediakan untuk membantu kita semasa mengisi segala macam perbelanjaan dan pelepasan cukai terutama sekali untuk orang yang pertama kali mengisi macam Hans nih.
KALAU NAK PERGI TU JANGAN LUPA SEMAK WAKTU YANG SESUAI BERURUSAN :)
Hans pun malas nak tangguh-tangguh jadi Hans terus kesana. Walaweh! Serius memang pening gila nak isi e-Filling nih tetapi nasib baik lah ada pegawai-pegawai LHDN yang sangat baik, ramah dan rajin membantu Hans menjawab segala macam persoalan Hans pasal setiap ruangan yang perlu diisi. Hans sangat bangga dengan ketabahan mereka melayan Hans sebentar tadi. Hahaha! Memang satu keputusan yang bijak bila Hans isi dekat situ. Kalau biarkan Hans isi sendiri dekat rumah memang alamatnya mengamuk depan laptop sendiri lah sebab tak faham. Hahahaha!
SIAP ADA GAMBAR LAGI BAGAIMANA CARA NAK BAYAR CUKAI PENDAPATAN TAHUNAN
Alhamdulillah, segalanya dah selesai dan dipermudahkan. Sebenarnya salah satu sebab Hans nak isytiharkan jumlah pendapatan dekat LHDN nih sebab senang sikit proses kalau ada rezeki nak beli rumah ker apa sebab bila Hans saja-saja tanya ejen yang jual rumah dan semua nak tengok penyata cukai nih bagi orang yang bekerja sendiri macam Hans nih. Tetapi, memandangkan keadaan ekonomi dan pasaran kerja yang Hans ceburi untuk tahun 2018 nih seakan-akan suram jadi Hans pun hanya cuba semampu mungkin lah untuk cuba menyimpan duit lagi setakat yang boleh. Jadi, dibawah ini Hans kongsikan sedikit tentang senarai perbelanjaan yang dapat mengurangkan cukai individu bagi tahun 2017 nih :
Memang masa mengisi tu seronok juga lah sebab teruja mengira benda-benda yang boleh dapat pelepasan cukai macam belanja ibu bapa, bil unifi, bayaran insurans dan macam-macam lagi yang berkaitan. Seronoknya tu ada satu ruangan jumlah bayaran zakat untuk di isi jika kita ada membayar zakat. Jadi, jangan takut bayar zakat sebab selain dapat keberkatan dan dimurahkan rezeki boleh dapat lagi pelepasan untuk cukai. Kepada yang masih belum buat e-Filling tu cepat-cepat lah buat sebab tak silap Hans tarikh akhir pembayaran untuk sesiapa yang dikenakan cukai ialah pada hujung bulan April 2017 nanti. Selamat membayar cukai!
P/S : Kepada Sesiapa Yang Memang Jumlah Gaji Tahunan Tidak Perlu Bayar Cukai Tetapi Buka Jer Akaun Dengan LHDN Untuk Memudahkan Urusan Anda Di Masa Akan Datang.
Yang pendapatannya tinggi tu kenalah bayar cukai.
ردحذفbetul tu
حذفAlhamdulillah..dah selesai dah lega...
ردحذفhehehe
حذفtu lah
alhamdulillah
Terbaek.. gaji ejulz pun kecik je. X kene cukai. Hehe
ردحذفyups
حذفtapi buka jer file
untung2 leh tuntut duit refund tau :)
Nice sharing. I pun terpinga-pinga jugak masa first time nak buat benda alah ni
ردحذفahahaha
حذفtu lah pasal
pening owhhh
settle dah. nak tunggu dapat refund balik jer ni hehe..
ردحذفwahhhh siap dapat refund
حذفmacam mana nak tahu kita ada refund ke tak?
tak pernah buka lagi. kalau tak salah ada service tolong uruskan individual income tax termasuk nak kira sekali. Senang tapi agak mahal nak upah accountant.
ردحذفowhhh
حذفitu kalau orang yang buat business kut yang banyak nak kena kira kos
dah dekat 7 kali buat, tapi setiap kali pun blur nak isi e-filing ni.hehe.benda setahun sekali kan
ردحذفhahahaha
حذفtu lah
setahun sekali jer isi
thn ni first time aida kena byr cukai.
ردحذفasben masih lagi status refund.
hmmmm tak pe la. dlm rezeki kita, ada rezeki org lain, kan?
yups
حذفada rezeki tu :)
buat online senang sikit :)
ردحذفyups
حذفdah belajar isi semalam
so rasanya akan datang In Sha Allah senang lah kut
akak pun kene buat jgkla, walaupun gaji pokok tak sampai rm3 k lg tp bila dpt elaun ke tunggakan terlebih jgk... biar bt akaun siap2 kan tkt tak buat tup2 kene bayo sesia je...
ردحذفbetul2 tu
حذفlepas dah buat resit2 tu kena simpan selama tujuh tahun
hehehe
Betul tuh... Hehe... Pergi ibu pejabat ker? Nape tak roger LeYa..ekekeke..
ردحذفleya kerja LHDN?
حذفHans ni good citizen.
ردحذفCukai jika di tangguh tangguh nanti berserabut.
hahaha
حذفtak ada lah good citizen sangat pun
hehehe
Setiap bulan kena potong cukai berkala (PCB). Alhamdulillah, setiap tahun ada lebihan cukai dan lepas la untuk isi petrol 2-3 bulan.
ردحذفwah
حذفbanyak lebihan cukai tu
Bagus! E-filing, buat jangan tak buat. Setel awal2 senang... :D
ردحذفbetul3
حذفtak payah nak serabut kepala otak dah
hahaha
Saya tak dapat lagi EA form..sabar jealah bos saya ni
ردحذفsila lempang bos tu laju2
حذفlambat sangat buat kerja
hahaha
Hehe zumal belum pernah bayar cukai pendapatan.
ردحذفbuka je file zumal
حذفmana tahu untung2 dapat refund
Adoi.. baca pengalaman hans je dah pening.. kikiki
ردحذفhahaha
حذفtapi tak apa
lepas pergi kaunter tu tak pening dah
sebab ada pegawai boleh tolong
hehehe
Bagus Hans share info ini dengan bahasa mudah faham..
ردحذفAlhamdulillah sis dah submit tax via e-Filing Isnin lepas.
Sekarang tunggu refund, yeahhhhh!
hehehe
حذفtu lah
harap membantu orang2 yang baru pertama kali nak bayar macam Hans nih
Kalau keja sendiri nak beli rumah memang kena declare cukai pendapatan nie. Macam suami Kak Sue juga..
ردحذفyer...betul tu
حذفSemoga dimurahkan rezeki Hans nak beli rumah ye
ردحذفAmin
حذفterima kasih doakan :)
ermm kak lily tiap2 mengisi form BE ni.. kalau dah ada dalam system tak sampai 10 minit je dah boleh submit
ردحذفyups
حذفkalau dah mahir senang jer :)
tiap2 thn kna byr cukai...online cpt je...klik sana klik sini...siap!!
ردحذفbetul2
حذفkalau dah mahir memang sekejap jer
Ya..wajib buka...kena tak kena belkang cerita hehe
ردحذفbetul3
حذفsetuju
Dah lama buka akaun cukai pendapatan.so far belum kena apa apa cukai lg
ردحذفowh bagus lah :)
حذفTudia.. nak isi jer online kat rumah xleh ya? .__.
ردحذفboleh je isi online tapi takut pening kepala lah kalau pertama kali nak isi
حذفhahahah
Sbb setahun sekali, selalu lupa password..hihi..
ردحذفbuat awal, kalau ada lebihan, Alhamdulillah, rezeki..
macam mana nak tahu kita ada lebihan tu?
حذفAlamak..belum buat lagi. First thing first..cari resit2 buku dulu..
ردحذفhahaha
حذفkena cepat tu
bulan 4 nanti dah tutup dah
Alhamdulillah... Semoga terus dimurahkan rezeki...
ردحذفamin
حذفterima kasih atas doa tu :)
Alamak.. mama x isi lagi ni.. mmg kena dftar efiling gni Hans.. semoga Hans murah rezeki cpt2 Naik gaji ye
ردحذفnih dah nak bulan 4 dah
حذفcepat-cepat lah isi
semoga doa mama tu makbul
amin
إرسال تعليق
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com