Hans Comix : Terkucil

Assalammualaikum semua! Baru-baru ini viral tentang kisah sebuah forum yang berlangsung baru-baru ini. Hans tak berminat nak ulas secara mendalam berkaitan hal tersebut . Cuma untuk Hans Comix kali ini memang sengaja Hans gambarkan situasi viral tersebut melalui babak di dalam filem Jibam. Semoga semua terhibur!


Kesimpulannya, sebagai seorang muslim yang mengaku beriman kepada Allah SWT dan juga rasul-Nya perlulah mengutamakan adab-adab yang diajarkan oleh Islam dalam menguruskan setiap perselisihan dan perbezaan yang berlaku. Antara adab-adab yang boleh dipupuk di dalam diri kita adalah :


1) Ikhlas kerana Allah dalam mencari kebenaran.

2) Berlapang dada dalam masalah yang diperselisihi.

3) Tidak mengeluarkan kata-kata kesat.

4) Menghormati pihak yang berbeza.

5) Tidak menuduh pihak yang berbeza itu dengan tuduhan yang jahat seperti sesat.


Firman Allah SWT yang bermaksud :

"Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) di dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada Allah (Al-Quran) dan Rasul-Nya (al-Sunnah) jika kamu benar beriman kepada Allah dan juga hari Akhirat." (Surah An-Nisa' : Ayat 59).

36 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. Huhu, Mmg viral isu itu. Peringatan yang bagus Mr Hans. :)

    ردحذف
  2. الردود
    1. itulah
      peringatan untuk semua termasuk diri sendiri
      hehehe

      حذف
  3. hahaha .. terbaik penulis skrip ni.

    ردحذف
  4. terbaiklah skrip nya... sesuai sgt ngn viral terkucil tuh hehehehe

    ردحذف
  5. Nabi Muhammad dengan org yg berkasar dengan dia pun dia tak lawan balik. kecuali kalau org tu mainkan hukum Allah

    ردحذف
  6. Nice entry... memang terbaik la bro....👍👍👍👍

    ردحذف
  7. tu dia dalam diam je wat komik hahaha

    ردحذف
    الردود
    1. dah lama dah buat
      sekarang baru start balik kalau ada idea dan masa :)

      حذف
  8. Dah buat salah tak mengaku pula terkucil kannn Hans, masih lagi ego.
    Sekurang-kurangnya show respect to elderly, adoi!..

    ردحذف
  9. kih kih kih..lawak..dah ler si Rul tu kena ikat..sian dia..

    ردحذف
    الردود
    1. hahaha
      scene asal sebenarnya benda lain
      lepas nih ada masa nak buat Hans Comix pakai filem Badang pula lah

      حذف
  10. peringatan yg bagus untuk mengingatkan orang lain dan diri sendiri..hehe

    ردحذف
  11. Dialog tak menahan.. hehehe..
    Cara yang sempoi untuk memperingati sesama kita..

    ردحذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم