Assalammualaikum semua. Lama tak kongsi tentang makanan yang sedap-sedap nih kan. Jadi, kali ini Hans nak kongsikan dengan semua pembaca tentang salah satu menu yang sangat popular di Kedah iaitu Nasi Lemak Royale. Orang Alor Setar mesti tahu punya lah tentang menu yang sedap nih. Kalau tak tahu tu memang bukan anak jati Aloq Setaq lah tu. Hahaha! Nak dijadikan cerita berdekatan rumah Hans nih sudah ada cawangan baru Nasi Lemak Royale Team Kedah Cawangan Serdang Raya yang baru dibuka pada hari Jumaat, 9 Mac 2018.
Nama Kedai :
NASI LEMAK ROYALE TEAM KEDAH (CAWANGAN SERDANG RAYA)
Alamat :
1G,
Jalan SR 7/3,
Taman Serdang Raya,
Jalan SR 7/3,
Taman Serdang Raya,
43300 Seri Kembangan,
Selangor.
Waktu Operasi :
11.00 AM - 11.59 PM
Telefon :
0133866555 / 01139940944
Facebook :
Menariknya semasa pembukaan cawangan baru ini, mereka bagi makanan percuma bermula pukul 2.30 petang sehingga pukul 5.00 petang. Tetapi, sayangnya Hans tak berkesempatan merasa makanan percuma tu sebab sibuk bekerja semalam. Jadi, hari ini Hans ambil lah kesempatan untuk merasa sendiri Nasi Lemak Royale dekat sini pula. Nak tengok rasa nasi depa nih boleh pi jauh ka dak. Hahaha!
Restoran mereka masih baru dibuka dan hiasan serta dekorasi di dalam restoran masih lagi kosong. Tetapi, tak kisah lah sebab yang Hans tahu memang Hans nak cuba rasa dan nilaikan sama ada rasanya sama atau tidak dengan cawangan asal di Kedah. Memandangkan Hans pergi sana pun dah pukul 4 petang jadi banyak lauk dah habis masa tu. Cadangannya nak ambil ayam dengan sotong tetapi sotong dah habis. Jadi, Hans redha jer lah ambil seketul ayam dan kuah campur.
TARAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!! Inilah wajah Nasi Lemak Royale Team Kedah yang bakal dijamah sebentar lagi. Sepatutnya mestilah sama macam gambar di atas ada kacang bendi dan cabai hijau tu kan? Sebenarnya ada jer tetapi Hans yang tak ambil. Kacang bendi nih Hans makan kalau buat gulai jer. Jadi, tunggu apa lagi? Hans mengketedarah dulu lah noh! YEHAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!
Seperti biasa lah kalau dah makan kena bagi betul-betul habis. Tetapi, adalah sikit-sikit baki kuah dal dekat situ. Nasi Lemak Royale nih banyak REMPAH 4 SEKAWAN iaitu bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga. Cuma tadi kulit kayu manis tak pula dijumpai. Jadi, macam Hans bila makan nasi nih memang kena berhati-hati lah. Buatnya tergigit buah pelaga tu mahu hilang selera makan. Hahaha! Kalau tak ada rempah 4 sekawan tu pun tak seronok juga sebab itu yang buat rasa dan bau nasi tu sedap. Jadi, ini antara pandangan Hans untuk menu kali ini :
Nasi Lemak Royale Ayam + Sirap : RM8.00
Jadi, dibawah adalah skala sedap untuk makanan yang Hans makan untuk kali ini di RESTORAN NASI LEMAK ROYALE TEAM KEDAH CAWANGAN SERDANG RAYA. Patutnya boleh bagi 4 sebab ayam dan kuah dah sedap sangat dah. Cuma nasi tadi lembik sedikit jadi sebab itu Hans kurangkan jumlah skala sedap. Hehehe.
Kuantiti Makanan:
Banyak
Nasi Lemak Royale:
Nasi Lemak Royale:
Nasi Sedikit Lembik
Ayam Goreng Berempah:
Ayam Goreng Berempah:
Memang Padu
Kuah Campur:
Kuah Campur:
Sedap
Kebersihan:
Kebersihan:
Baik
Servis:
Servis:
Sederhana Pantas
Cuma sedikit pandangan dan teguran untuk pekerja-pekerj disini. Hans tengok kebanyakannya masih muda jadi mereka perlu lebih pantas dan lebih mesra dalam memberi servis serta layanan kepada pelanggan-pelanggan yang hadir. Jadi, untuk harga makanan dan minuman yang Hans makan untuk kali ini adalah seperti di bawah cuma Hans terasa harganya macam sedikit mahal pula :
SKALA SEDAP : 3.7 / 5
Untuk pengetahuan semua juga, dekat sini pun ada juga menu-menu western yang mula dijual bermula dari pukul 4.00 petang sehingga lah pukul 11 malam. Kepada yang dah pernah makan di sini, jangan lupa untuk kongsikan pandangan dan pengalaman anda di ruangan komen. Kepada yang belum lagi berkesempatan untuk merasa nasi lemak royale dekat sini, silalah cuba sebab sedap hingga menjilat jari.
P/S : Lepas Nih Kena Pi Awai Lah Kalau Nak Makan Lauk Sotong!
woww sedap tu ^^
ردحذفhehehe
حذفtu lah
puas makan
hahaha
Ahaa biasalah tu kalau kedai2 makan yang baru nak start beroperasi (walaupun brand asalnya dah terkenal di lokasi asal) memang akan terasa macam kurenggg sikit servisnya, give them a month or two, nanti akan improve la tu :)
ردحذفyups
حذفsebab baru hari kedua kan
heheeh
terliur tgk nasi kat atas sekali tu. cili hijau potong tu yang paling sedap tu, macam rangup je. hehe. Nanti gi alor star lagi kena cari lah nasi ni, selalu gi sana tapi tak tahu nak makan apa. hehe
ردحذفcili hijau tu memang rangup
حذفskrg bnyk dah cawangan
Dah pernah rasa makan kat sini.. rasa macam nasi kandar pun ada.
ردحذفjenis kuah banjir
حذفhehehe
Waaa....makanan kiter semalam hampir sama la..
ردحذفTapi kiter makan yg mak kiter masak la..Nasi Lemak Kuning...
Mak kiter pun ada citer pasal Nasi Lemak Royale ni masa masak http://namakucell.blogspot.my/2018/02/nasi-lemak-kuning-bungkus-surat-khabar.html?m=1
hehehehe
حذفyups
nasi lemak kuning
Amboi ada pulak skala sedap dia tu. Hahaha. Tp mmg nmpk sedap la hans.. Ala hans buat cikyan tringin la pulak. Hahhahaha
ردحذفhahaha
حذفmemang selalu review makanan saya buat ada skala sedap
skali tengok nampak macam nasi kandar dgn lauk n sambal nampak bertimbun mcm tu.
ردحذفhehehehe
حذفkonsep dia kuah bnyk macam tu
tapi bergantung juga pada kita nak kuah bnyk mana
hans mmg suka kuah banyak2
jauh ni dari penang :(
ردحذفdekat alor setar ada
حذفcawangan aslinya dekat Alor Setar
hehe
Alahai sedapnya nampak. Kak ana tak pernah cuba lagi makan dkt sini walau dah 2x ke kedah. Boleh cuba nanti.
ردحذفnanti boleh lah cuba kak ana
حذفmana tahu kena dengan selera
Tak pernah lagi makan nasi lemak taruh rempah empat sekawan.
ردحذفnasi2 kenduri nih memang selalu letak rempah empat sekawan tu
حذفDulu 3 tahun belajar kat kedah tak pernah rasanya makan nasi lemak royale nih..haha.
ردحذفhahaha
حذفsaya dekat kedah pun jarang makan
pergh, tengok gambaq pun dah cair. sedap nya :D
ردحذفhehehe
حذفkuah dia sedap ohhhh
Nampak sedap. Kat sini susah cari nasi lemak fancy2 yang sedap.
ردحذفowhhh
حذفnanti kalau ada rezeki datang sini cuba lah makan
mana tahu kena dengan selera :)
Wah. Habis licin Hans makan. Hopefully diorang improve on the rice. Next time will be 5/5. Hahaha
ردحذفhahaha
حذفhari tu lah nasi dia lembik sikit
kalau tidak boleh dapat 4 ke atas dah
heheheh
wow.. unik nsi lemak royale kedah..kuning gituuu :D
ردحذفhehehehe
حذفkuning
sodap owhhh
Saya selalu singgah kat nasi lemak royale kalau berkunjung ke kedah. Best angat
ردحذفkalau dekat kedah lagi padu lah perginya kan?
حذفhehehe
Alamak ternampak gambar makanan ^^"
ردحذفSy bookmark eh..
hehehe
حذفnanti cuba makan
mana tahu kena dengan selera Yun Sing
terbaek nasi lemak ni.. :)
ردحذفJemput singgah tgk entry terkini k.. :)
1. SEGMEN JOM TUKAR2 BLOGLIST DARI EJULZ
2. 11 MAC 2018
3. Pertubuhan Kebajikan BAITURRAHMAH Kuching
jangan lupa try nanti makan nasi nih
حذفIngat diKedah, boleh pi terjah...
ردحذف2 kali baca baru perasan di Selangor
dekat kedah memang ada dekat Alor Setar
حذفAlahai... macam sedap. Tapi kalu da nasi lembik, terpotong selera kita nak try... mungkin ritu, tukang masak dok berangan masa nak tanak nasi.. huhuhuh
ردحذفtak lah lembik sangat cuma semalam lembik sikit...biasalah baru2
حذفlepas nih nasi In Sha Allah okay tu
Nasi lemak kuning byk kali jg makan, ada jual di mini UTC Sentul..
ردحذفyg ni cawangan nasi royale yg femes kt Kedah tu ye..
yer betul2
حذفhehehe
Terusss lapor tengokkk, wowwww! Alahai, asal takdak kat Johor..aduduudd..geramm jeww~
ردحذفhehehe dekat johor ada Mee Racun
حذفMacam menarik je... tengok la nanti, kalau tersesat kat area tu, boleh la singgah sambil test menu tu...
ردحذفhehehe
حذفdia ada banyak cawangan
shah alam ada
bangi ada
tersesat dekat mana-mana nanti leh lah cuba
Wahh.makan sampai licin.. sah-sah sedap..walaupun nasi lembik
ردحذفsaya jenis makan licin
حذفhahaha
Wah! Nampak sedapnya..
ردحذفsedap ayam dengan kuah dia
حذفhehe
hai Hans..
ردحذفdah banyak kali singgah, xdan nak komen apa2..
tgok Hans punya cerita, hebat2 sangat, penulis skrip gitu..
kami ni penulis blog cikai ja, hahaha..
kami org kedah pun xpenah lg mkn nasi lemak royale ni..
takat nasi kandaq Ramli je la boleh makan, sebab dekat dgn rumah makayah..
skg dah dok selangoq, blk kg xdan nak jalan2 cari makan, walaupun enSuami dok ajak cari, sebab xtau jalan, dia kena cari sendiri ler by maps@waze...
saya penulis skrip pun biasa jer lah...tak ada hebat mana pun
حذفowh dekat selangor lah banyak cwawangan dia...dekat Shah Alam ada...Bangi pun ada
Nampak sedap dengan kuah yang banyak tu. Boleh pergi cuba ni hehe
ردحذفsila2
حذفkalau suka makan nasi kuah banyak...ini antara makanan yang sedap untuk kategori tu
hehehe
tangkai cabai tu pun hang telan jg kaa hans hahaha
ردحذفsaya tak ambil cabai
حذفgambar 1st tu bukan gambar saya
gambar yang lepas tu baru gambar nasi saya :)
woahh sedapnyaaa nak jugakk, kenapa team kedah tapi ada kat selangor TT .TT
ردحذفbiasalah
حذفorang kedah jer leh makan dekat kedai nih kut
hahaha
Nama kedai tu menarik.. kikiki..
ردحذفhahahaha
حذفnama kenegerian
Tak pernah cuba lagi. Jarang tengok nasi lemak dengan kuah banyak macam tu..
ردحذفNanti akak cuba try test
cuba2
حذفkuah dia sedap
Ya ALlah....terliuq sgt tgk...(kuaq da bhs penang)
ردحذفhahahaha
حذفterus jadi penang
Wah.. Mmg nmpk menyelerakan. Mana tau pi kedah nanti boleh try.. Thanks sharing
ردحذفhehehehe
حذفsila2 try
mana tahu kena dengan selera
wahhh nampak sedap , tapi tak pernah try lagi
ردحذفcuba lah try nanti :)
حذفmenyesal buka entry ni pepagi buta ni... kan dah terliur sendiri... hehe
ردحذفhahahaha
حذفkejap lagi sarapan
sedapnya, BV suka betul dengan makanan yg ada kuah n sos pekat2 macam nie :D
ردحذفhahahaha
حذفbaru nikmat makan kan bila kuah pekat2
the best nasi lemak i've ever ate last time beli kt tganu. nasi lemak ayam madu. hehe
ردحذفbut this looks good as well
owh banyak jenis nasi lemak yang sedap2
حذفsemua ada keistimewaan tersendiri
Hmmm menarik, nak sarapan nasi lemak la nanti
ردحذفdekat alor setar ada nasi lemak royale nih
حذفboleh cuba
hehehe
Mama penah makan Di caw Shah alam
ردحذفyer
حذفdekat shah alam ada cawangan dia
Salam
ردحذفSaya selalu makan di cawangan Shah Alam
salam
حذفwah
pelanggan tetap ke nih?
hehehe
Assalamualaikum...Hans, saya owner kedai Branch Serdang Raya. Terima kasih atas Review dan teguran saudara. In shaa Allah kami akan memperbaiki dari masa ke semasa. Saya masih baru dalam bidang ini dan kami akan cuba yang terbaik. Mohon beri sedikit masa utk memperbaiki kesilapan kami ya. Untuk makluman semua Branch Nasi lemak royale Serdang raya dalam perancangan untuk menyediakan stall pelbagai menu makanan. Branch pertama nasi lemak royale yang berkonsepkan mengikut citarasa penduduk setempat. - kami sangat hargai sokongan daripada anda semua - ��
ردحذفwaalaikumsalam
حذفno problem
semoga semakin maju jaya yer :)
wowww sedapnyaa tengok. terliurr
ردحذفcuba lah makan nanti :)
حذفTerus rasa lapar lepas tgk gmbr gmbr tu
ردحذفhehehe
حذفsila makan
saya dulu selalu p yang seksyen 14 shah alam
ردحذفإرسال تعليق
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com