Assalammualaikum semua. Kali ini Hans nak berkongsi pula tentang pengalaman makan petang di Shihlin Taiwan Street Snacks semasa berada di The Mines pada hari Ahad, 11 Mac 2018.
Kepada sesiapa yang masih belum pernah mendengar nama atau belum lagi mengetahui tentang kewujudan kedai makanan nih, mari Hans kongsikan sedikit info untuk rujukan anda semua. Shihlin Taiwan Street Snacks ini merupakan sebuah kedai makan yang menjual makanan-makanan ringan kegemaran masyarakat Taiwan yang sangat popular di pasar malam Taiwan. Cara penyediaan makanan mereka ini adalah sama seperti mana yang dilakukan di Taiwan. Menu-menu yang dijual oleh mereka juga mempunyai ciri-ciri asli makanan Taiwan seperti XXL Crispy Chicken, Crispy Floss Egg Crepe, Handmade Oyster Mee Sua dan Seafood Tempura.
Jadi, menu pertama yang Hans makan di sini ialah XXL Crispy Chicken. Seperti yang anda dapat lihat pada gambar di atas, bahagian ayam yang dijual ialah bahagian dada yang besar, lembut dan berair atau orang putih kata juicy. Senang cakap isi ayamnya memang tak kering sampai penat gigi anda nak mengunyah. Daging ayam nih pula disalut pula dengan tepung istimewa yang di import dan digoreng sehingga garing keemas-emasan. Kemudian ada pula rempah istimewa yang ditaburkan di atas daging ayam dan dihidangkan panas-panas untuk anda makan.
Sekali pandang memang nampak sama macam Ayam Uncle Bob tu tetapi rasa kedua-duanya berbeza. Sama lah macam anda pandang Hans dengan Shah Rukh Khan. Nampak sama tetapi sebenarnya dua orang yang berbeza. Menu XXL Crispy Chicken nih memang ada kelainan rasa dan pada pandangan Hans memang sedap dibuat makan petang sambil bergosip-gosip dengan orang yang kita lepak. Hahaha! Satu perkara yang Hans suka tentang menu ini ialah daging ayam nya yang tak kering dan tidak juga terlalu berair. Senang cakap rasa daging ayam tu seimbang. Ditambah lagi dengan tekstur tepungnya yang rangup serta rasa rempah yang pedas-pedas manja tu membuatkan menu ini memang berbaloi untuk dimakan. Jadi, ini adalah pandangan dan penilaian Hans untuk menu XXL Crispy Chicken :
Menu kedua yang Hans makan pula ialah Sausage Cheese Egg Crepe. Kalau ikutkan menu asal resipi ini sebenarnya tak ada sosej dan dikhabarkan menu ini antara menu yang paling laris dijual disini. Rasa keju serta sosej yang indah serta dibalut pula dengan kulit yang macam kulit popia tu memang menepati selera sebab ia hasil buatan tangan sendiri. Bukan guna mesin yer! Kemudian dimakan pula panas-panas memang akan membuatkan kepala anda menggeleng-geleng ke kanan dan kemudian ke kiri sambil memejam mata menikmati rasa sedap menu ini.
Nampak macam menu yang mudah tetapi tak kisahlah. Janji rasanya sedap. Cuma memandangkan dah lama tak pegang kayu chopstik jadi memang mencabar sedikit lah untuk jari-jari Hans mengawal kayu chopstik tu. Dah macam nak berkungfu pula masa makan. Apa-apapun, Hans cukup suka cicah makanan nih dengan sos seperti yang anda nampak di dalam gambar tu sebab sedap dan sos nya pun likat. Memang satu kombinasi yang sedap bagi Hans bila keju, sosej, telur dan daun(Daun Apa Entah) bersatu. Jadi, ini adalah pandangan dan penilaian Hans untuk menu Sausage Cheese Egg Crepe :
Sekali pandang memang nampak sama macam Ayam Uncle Bob tu tetapi rasa kedua-duanya berbeza. Sama lah macam anda pandang Hans dengan Shah Rukh Khan. Nampak sama tetapi sebenarnya dua orang yang berbeza. Menu XXL Crispy Chicken nih memang ada kelainan rasa dan pada pandangan Hans memang sedap dibuat makan petang sambil bergosip-gosip dengan orang yang kita lepak. Hahaha! Satu perkara yang Hans suka tentang menu ini ialah daging ayam nya yang tak kering dan tidak juga terlalu berair. Senang cakap rasa daging ayam tu seimbang. Ditambah lagi dengan tekstur tepungnya yang rangup serta rasa rempah yang pedas-pedas manja tu membuatkan menu ini memang berbaloi untuk dimakan. Jadi, ini adalah pandangan dan penilaian Hans untuk menu XXL Crispy Chicken :
Kuantiti Makanan:
Saiz Daging Ayam Besar Dan Berbaloi Dengan Harga
Rasa:
Rasa:
Sedap
Servis:
Servis:
Pantas
Harga:
RM8.80
Skala Sedap:
4 / 5
Harga:
RM8.80
Skala Sedap:
4 / 5
Nampak macam menu yang mudah tetapi tak kisahlah. Janji rasanya sedap. Cuma memandangkan dah lama tak pegang kayu chopstik jadi memang mencabar sedikit lah untuk jari-jari Hans mengawal kayu chopstik tu. Dah macam nak berkungfu pula masa makan. Apa-apapun, Hans cukup suka cicah makanan nih dengan sos seperti yang anda nampak di dalam gambar tu sebab sedap dan sos nya pun likat. Memang satu kombinasi yang sedap bagi Hans bila keju, sosej, telur dan daun(Daun Apa Entah) bersatu. Jadi, ini adalah pandangan dan penilaian Hans untuk menu Sausage Cheese Egg Crepe :
Kuantiti Makanan:
Sederhana
Rasa:
Rasa:
Kombinasi Rasa Yang Menarik Dan Sedap
Servis:
Servis:
Pantas
Harga:
RM7.80
Skala Sedap:
4 / 5
Harga:
RM7.80
Skala Sedap:
4 / 5
Jadi, ini antara pandangan ringkas Hans untuk makanan-makanan yang Hans dah makan di Shihlin Taiwan Street Snacks nih. Memang sesuai dimakan pada waktu petang dan kepada yang nak cuba makan tu boleh lah semak lokasi-lokasi cawangan Shihlin Taiwan Street Snacks nih yang kebanyakkannya boleh ditemui di sekitar pasaraya-pasaraya besar. Kalau dah makan nanti jangan lupa tinggalkan komen di bawah untuk kongsikan pengalaman anda menikmati menu-menu yang dijual di sini yer. Jumpa lagi untuk menu makanan yang lain pula.
P/S : Ada Lagi Dua Menu Nak Dikongsi Iaitu Shellout Bulldozer Dengan Fortune Saranghaeyo Kenny Rogers! Anda Nak Hans Kongsi Pandangan Untuk Menu Yang Mana Dahulu?
sedapnyer...mmg nk kena cari nanti ni...
ردحذفhehehe
حذفsila2 cari
Sedap mata memandang heheh :3
ردحذفsedap lagi mulut yang mengunyah
حذفahaha
Terliur pulak bila hans kata ayam tu juicy. Haha...
ردحذفtry lah nanti :)
حذفBila Hans describe makanan memang terasa terus nak pi cari..
ردحذفBegitulah penangan review ini, huhuhu
hehehehehe
حذفcepat2 cari dan cuba
mana tahu kena dengan selera kan :)
shellout tu nmpk menarik
ردحذفhehehehe...alright
حذفSedapnya..habis ke makan xxl crispy chicken tuh hans?
ردحذفhabis jer
حذفhehehe
nampak sedap xde la mahal sgt harga dia
ردحذفharga standard dalam mall
حذفsederhana
hehehe
wow! Sedapnyaaa ~~~ SUbhanallah !!! XDDD
ردحذفhehehehe
حذفcuba lah makan nanti
mana tau jadi snacks kegemaran
nak tapi jauh, lain kali in shaa Allah ~
حذفIn Sha Allah
حذفada rezeki dapat lah merasa tu
masya Allah sedapnya tengok :(
ردحذفhehehehe
حذفkalau jumpa nanti cuba lah beli dan rasa
mana tahu sedap dan kena dengan selera kan
Sedap nampaknya tu.
ردحذفyups
حذفsedap sedap :)
Cara hidangan pon dah menari 😃😃
ردحذفkan
حذفpresentation makanan dia lawa
igttd betul2 mkn kt taiwan hahaha
ردحذفkalau dekat taiwan tak berani nak makan
حذفhahaha
Wah..makan snack taiwan international level ni heheee..
ردحذفAkak makan popia cis jer hehee..
Tq selalu jengok blog akak..
Hari ni baru sempat tinggal.komen
alhamdulillah
حذفpopia cheese pun sedap
hehee
welcome
Fuhh...meliur tengok
ردحذفhahaha
حذفnanti jumpa try lah makan
menarik makanan taiwan ni hans...nanti boleh cuba
ردحذفcuba jangan tak cuba
حذفsedap sedap
hehehe
SEDAPNYA MAKANAN YG DIHIDANG
ردحذفhehehe
حذفjangan lupa cuba
hmm..sedapnye T,T
ردحذفtu menangis ke apa tu?
حذفhahaha
Ayam tu macam ayam gunting yang anak Mrs. A suka makan.
ردحذفTapi itu rupa dia sebelum digunting la...
Beli kat pasar malam jer...
yups
حذفmacam ayam gunting juga
tapi rasa dia lain sikit
ptg2 ni di kala time2 minum ptg, tgk lak gambar2 nih aduhaiiii sedapnya msk tekak
ردحذفhahaha
حذفtu lah kan
tambah hujan lak tadi
Tgk gmbr pun dah tau sedap. Peminat mknn taiwan kena cuba ni...
ردحذفheheheeh
حذفmakanan taiwan tapi citarasa melayu masih ada
waktu macam ni tengok gambar makan buat makin lapar je perut ni.. hehehe..
ردحذفhehehehe
حذفpetang2 memang cepat tergoda tengok gambar makanan
saya sudah terliur nak makan nie,,
ردحذفuntung sungguh bro dapat makan yang sedap sedap..
syukur alhamdulillah
rezeki orang belanja nih bro
حذفhehehe
alhamdulillah
Ayam tu nampak menggiurkan betulla petang-petang macamni
ردحذفhehehehe
حذفsila makan bila terjumpa nanti yer
wowww menariknyaaa
ردحذفmemang menarik :)
حذفBaca pun dah rasa teringin. Saya pilih itu sausage cheese egg crepe.
ردحذفsedap tau tu
حذفhehehe
kalau makan nanti order lah dua
biar puas makan
hahaha
lapo terus lepas tengok makanan ni! hahaha
ردحذفnasib bukan bulan puasa
حذفhehehehe
Tak tau nak pilih ni. Semua nampak sedap
ردحذفhehehe
حذفmemang semua sedap-sedap
harga rakyat marhaen
ردحذفhehehe
Haha. Masa pgg chopstick tu lawakkkkk
ردحذفwah wah wah
حذفsuka nampak
tunggu lah nanti
Terasa lapar pulak bila tengok makanan-makanan nie..
ردحذفhehehe
حذفjangan lupa sarapan :)
Sedapnyaa ya Allah !!
ردحذفcuba lah makan nanti
حذفbagi saya memang sedap
Nampak menarik dan menyelerakan.. harga pun berpatutan juga tu
ردحذفyups
حذفharga pertengahan
memang menyelerakan
lamanya tak makan tu. terus rasa terliur... nanti ahhhhh g cari. ish ish
ردحذفhehehehe
حذفsila2 cari dengan kadar segera
Teringin nak cuba...
ردحذفkalau nanti jumpa, zumal silalah cuba
حذفmana tahu kena dengan selera zumal
ayam goreng yg juicy mmg sedap..
ردحذفmakan pula panas2
حذفsedap betul
Rare ni mama on X penah makan
ردحذفnanti cuba lah makan
حذفsedap
Sedap la sosej cheese tu. Wah, sedap2x makanan kat sini,. :)
ردحذفnanti GV try lah makan dekat sini
حذفwah shellout buldozer tu cam bes jer...
ردحذفboleh tahan best
حذفshihlin taiwan street snacks ni halal tak?
ردحذفsetakat yang diketahui bahan-bahan yang digunakan daripada supplier yang halal mengikut kata mereka..
حذفnak maklumat lanjut boleh tanyakan dekat facebook Shihlin Taiwan Malaysia
Halal ke x ni sbb kalau halal xdela susah nk dpt sijil halal
ردحذفkalau was-was jangan makan lah Tanpa Nama
حذفpilihan di tangan anda :)
إرسال تعليق
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com